Sahabat …
Ada seorang saudagar kaya-raya & rendah hati ingin memberi pekerjaan kepada seorang petani yg kuat. Suatu hari dipanggillah seorang petani tersebut,
"Wahai pak man yg memiliki tubuh yg sangat kuat, aku ingin memberimu hadiah 1000 keping emas, tapi ada syaratnya."
“Apa syaratnya tuan?” Tanya sang petani.
“Saya akan memberikan 1000 keping wang emas kepadamu jika kamu mampu menebang 1000 pohon di kebunku dalam waktu 100 hari, jika dalam 100 hari kamu menebang pohon kurang dari itu maka hadiah tersebut tidak akan aku berikan” jawab sang saudagar.
Wow ... Bererti dgn menebang sebatang pohon dia akan dibayar dgn sekeping wang emas? Dgn modal badan yg kuat & kapak yg tajam serta impian untuk membahagiakan orang² yg dicintainya, sang petani menyanggupi, “ Saya akan melakukannya tuan.”
Syarat itu berusaha dipenuhi dgn diperlihatkan keberhasilannya menebang 20 pohon dgn mudah di hari pertama, setelah itu sang petani itu pun pulang untuk rehat sambil membawa kapak yg digunakan menebang pohon tersebut.
Sang petani berfikir apabila di hari pertama saja sudah berhasil menebang 20 pohon, hampir boleh dipastikan jika syarat itu pasti terpenuhi.
Ternyata setelah tiba hari ke-100 syarat itu "gagal" terpenuhi kerana sang petani hanya mampu menebang 500 pohon.
Lalu di mana letak kegagalannya???
Padahal tubuh sang petani kuat & semangatnya begitu tinggi?
Apakah kerana tidak terbiasa menebang pohon?
Tapi di hari pertamakan sudah berhasil menebang 20 pohon?
Jadi kalau dihitungkan 100 x 20 = 2000 pohon?
Bahkan seharusnya boleh selesai dalam 50 hari?
Lalu di mana letak kesalahannya???
Setelah diteliti akhirnya ditemukanlah sebuah kesalahan yg sangat nyata, iaitu sang petani itu hanya menggunakan kapaknya setiap menebang pohon secara terus-menerus & lupa mengasahnya sehingga hari demi hari kapak itu menjadi tumpul & tidak setajam ketika hari pertama.
Sahabat …
Apabila kisah di atas kita hubungkan dgn kehidupan kita, ternyata masih banyak di antara kita yg melakukan kesalahan yg sama dgn yg dilakukan sang petani tersebut.
Sang petani sebenarnya sudah bagus, dia berani mengambil tawaran sang saudagar & menggapai impian 1000 keping emas untuk membahagiakan orang² yg dicintainya. Kerana berapa banyak orang yg tidak berani mengambil tawaran & menggapai impian yg besar. Mereka mempunyai prinsip hidup seperti air mengalir saja. Tidak perlu tujuan & cita² yang besar. Dan sang petani tidak seperti itu, dia berani menggapai impian yg besar & berani membayar harganya.
Tetapi impian besar & semangat tinggi tidak cukup…
Kita mempunyai cita² & impian yg besar…
Menjadi manusia yg BERJAYA dalam segala hal…
BERJAYA sebagai peribadi yg baik & soleh/ah sampai akhir hayat…
BERJAYA membina keluarga yg sakinah mawaddah wa rahmah…
BERJAYA dalam karier & bisnes…
BERJAYA menjadi manusia yg bermanfaat bagi orang banyak…
Dan BERJAYA yg sesungguhnya iaitu selamat dari seksa neraka & mendapat rahmat Allah dimasukkan ke dalam syurga…
Itu semua adalah impian & cita² yg besar...
Semakin besar impian pasti semakin sulit mencapainya,
Dan pasti akan menghadapi tentangan & masalah yg besar
Tapi kita lebih suka menjadi orang yg tidak suka perubahan.
Kita malas mengasah kemampuan diri kita…
Manusia adalah makhluk yg kompleks…
Banyak hal yg harus diasah untuk mencapai impiannya…
Mengasah kesihatan fizikal kita dgn berolahraga
Mengasah kemampuan berfikir dgn banyak membaca & belajar
Mengasah rohani kita dgn banyak membaca Al-Quran, hadir di majlis taklim/zikir & beribadah
Mengasah jiwa kita dgn memberikan cinta & kasih sayang kepada orang lain
Mengasah kemampuan skill dgn berlatih & berorganisasi
Mengasah kemampuan berbisnes kita dgn belajar kepada orang BERJAYA
Mengasah kepemimpinan kita dgn memimpin diri sendiri & keteladanan
Mengasah kesedaran kita dgn banyak merenung & bermuhasabah
Mengasah semangat kita dgn berkumpul bersama orang² positif
Insya Allah dgn selalu mengasah hal tersebut di atas, apapun impian kita akan tercapai selama Allah berkehendak...
Yang jelas sesuai firman-Nya :
INNALLAAHA LAA YUGHOYYIRU MAA BI QOUMIN HATTAA YUGHOYYIRUU MAA FII ANFUSIHIM
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah 'dirinya sendiri' (maa fii anfusihim)."
Wallahualam
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment