Suatu hari, seorang Professor yg sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yg begitu pendiam.
Professor memang mencari pendayung sampan yg pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dgn begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Di ambilnya sedikit air laut dgn tabung uji kemudian digoyang². Selepas itu, dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam² lamanya Professor itu membuat kajian dgn tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.
Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
❝Hmm. Hari nak hujan.❞
❝Hmm. Hari nak hujan.❞
❝OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat,❞ kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.
❝Kamu dah lama kerja mendayung sampan?❞ tanya Professor itu.
❝Hampir seumur hidup saya,❞ jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
❝Seumur hidup kamu?❞ tanya Professor itu lagi.
❝Ya❞
❝Jadi kamu tak tahu perkara² lain selain dari mendayung sampan?❞ tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,
❝Kamu tahu geografi?❞
❝Kamu tahu geografi?❞
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
❝Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25% dari usia kamu,❞ kata Professor itu lagi,
❝Kamu tahu biologi?❞
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
❝Kasihan. Kamu dah kehilangan 50% usia kamu. Kamu tahu fizik?❞ professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
❝Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75% dari usia kamu.❞
❝Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan,❞ kata Professor itu dgn nada mengejek & angkuh.
❝Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan,❞ kata Professor itu dgn nada mengejek & angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba² hujan turun.
Tiba² saja datang ombak besar.
Sampan itu dilambung ombak besar & terbalik.
Professor & pendayung sampan terpelanting.
Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
❝Kamu tahu berenang?❞
❝Kamu tahu berenang?❞
Professor itu menggelengkan kepala.
❝Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu,❞ kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Pengajaran: Jangan suka merendahkan orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan sendiri.
Pengajaran: Jangan suka merendahkan orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan sendiri.
✿ SELAMAT BERAMAL ✿
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment