Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

TeRMaKaN KHiNZiR

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:23 PM No comments

Dah 5 hari tak update blog, masa banyak tapi manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Hari ni Cik Wana nak kongsikan tentang "European communities". Terbelit lidah nak sebut benda alah nie.



Sebelum tu, tajuk entry buat saya teringat pada seorang penceramah dari Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang bercerita bilamana semasa dia bertugas dalam pemeriksaan makanan pernah seorang apek berkata pada mereka dengan nada yang marah:


" U ingat seorang Muslim tidak pernah termakan khinzir kah? Saya x percaya lo. Kalo mo tau sekurang-kurangnya seorang Muslim yang berumur 60 tahun sda makan 1 ekor ibu khinzir lo."

Berderau darah bila dengar cerita penceramah tu.

Hmmmm...

InsyaAllah anda akan faham apa sebenarnya kaitan tajuk entry kali ini dengan "European communities". Selamat meneruskan bacaan.

Apa pentingnya kita tahu "European communities"?

Sebenarnya "European communities" atau "E" ni boleh jumpa kat luar plastik makanan yang kita beli contohnya biskut, keropok, dan banyak lagi.

Pengenalan tentang kod "E"

"E" - Bererti EC (European communities)
"E" - Kod nombor yang diberikan kepada bahan-bahan additif (tambahan) dalam makanan. Sebahagian "Kod E" ini diharamkan di sesetengah negara. Di United Kingdom kod emulsifiers yang tidak disertai dengan huruf E juga diterima tetapi tidak dibenarkan di sesetengah negara lain.

"Kod E" ini dikategorikan sebagai berikut:


"Kod E" Additif Makanan
100-180 Pewarna
200-252 Preservatif
260-297 Pengasid (Acidities)
300-385 Anti oksidan
400-429 Penebal (Thickeners)
430-499 Emulsifiers
620-640 Penggalak Rasa
950-967 Pemanis

Lepas tengok kat atas ni mesti kita tertanya-tanyakan kod "E" apa yang diharamkan di Malaysia..

Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada insan sekeliling saya sentiasa mengingatkan tentang halal, haram, & syubahat (was halal @ haram) dalam kehidupan terutamanya dalam pemakanan. Masa mula-mula nak praktikkan amatlah susah apatah lagi makanan yang selalu dimakan pun rupanya ada "E" yang tak boleh dimakan. Astaghfirullahalazim.

Firman Allah:


“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; kerana sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (al-Baqarah:168)


“Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” (al-A’raf:157)

Apa itu status halal, haram & syubahat ?

Status Halal:


Status Halal hanya diberikan kepada bahan-bahan (ingredient) yang diperolehi 100% bahan mentah yang halal tanpa menggunakan alkohol (arak). Ia adalah bahan berasal dari bahan tumbuhan dan kimia.

Status Haram:


Bahan yang diperolehi daripada sumber binatang atau menggunakan sumber arak. Semua binatang yang tidak disembelih mengikut Islam juga haram meskipun ia binatang yang halal dimakan kerana nama Allah tidak disebut semasa penyembelihan. Kesemua produk hasilan (by product) yang tidak disembelih juga dianggap haram. By product daripada Khinzir juga haram.

Firman Allah:


“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)

Status Syubahat (Ragu):


Status syubahat diberikan kepada "Kod E" sekiranya sumbernya tidak diketahui sama ada dari tumbuhan atau binatang serta kekurangan maklumat tentang penggunaan bahan asas yang bersumberkan arak. Ada setengah negara tidak mensyaratkan bahan proses pembantu yang dimasukkan bahan pengawet dsbnya
.
Untuk status syubahat ni paling bahaya sebab kalau halal kita tahu halal dan kalau haram kita tahu haram. Tapi macam mana dengan syubahat?


"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ' Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

KOD "E" YANG HARAM:

Bahan-bahan "E" di bawah dikira sebagai Haram:


1. E 120: Cochineal (warna merah dari serangga) mengikut Mazhab Hanafi
2. E 441: Gelatin, jika sumber dari khinzir
3. E 542: Edible Bone Phosphate jika sumber dari khinzir

Maklumat di atas cukup berguna untuk barangan makanan yang diimpot.

Bagi makanan keluaran tempatan, sila semak dengan pengeluar. Kebiasaannya negara kita mengikut British atau American Standard untuk tujuan coding atau measurement. Adalah dinasihatkan menyemak terlebih dahulu jika kurang yakin.

Amaran:


Tidak semua bahan adalah 100% asli. Bahan tersembunyi atau bahan pembantu pemerosesan juga ditambah untuk membantu menyurai, mencampur atau memproses bahan makanan dalam sesuatu sistem makanan. Kebiasaannya bahan tersembunyi ini tidak dicatatkan bersama bahan-bahan yang digunakan dalam makanan sebagaimana yang tertera pada pembungkusan produk kerana ia di bawah peratusan kurang dari 2% yang dibenarkan. Makanan impot umpamanya Beta Kerotin tidak 100% tetapi hanya 98% dan 2% lagi mungkin minyak sayuran atau gelatin ikan. Inilah masalah kita yang perlu kita sahkan bahan tersembunyi yang perlu dipantau oleh JAKIM terutamanya pengeluar bukan Islam.

Diharapkan maklumat ini berguna untuk anda menyemak ingredient pada makanan yang diimpot dan juga tempatan.


Penunjuk (Ptjk):
/ Halal
X Haram
? Syubahat
Gerakkan crusor dengan cepat kalau tidak mahu lihat:

Ptjk Kod Name Category
? E100 Curcumin/Turmeric Color
? E101 Riboflavin (Vitamin B2) Color
? E102 Tartrazine Color
? E103 Chrysoine Resocinol This is coloring E-Number but Halal only if the solvents are Halal
? E104 Quinoline Yellow Color
? E105 Fast Yellow AB A coloring agent, Halal only if the solvents are Halal.
? E107 Yellow 2G Colors
? E110 Sunset Yellow FCF / Orange Yellow S Color

X E120 Cochineal / Carminic Acid Color
/ E1200 Polydextrose A starch based thickening, stabilizer, humectant.
? E122 Carmoisine / Azorubine Color
? E123 Amaranth Color
? E124 Ponceau 4R / Cochineal Red A Color
? E127 Erythrosine BS Color
? E128 Red 2G Colors
? E131 Patent Blue V Color
? E132 Indigo Carmine / Idigotine Color
? E133 Brilliant Blue FCF Colors
? E140 Chlorophyll Color

/ E1400 Dextrin A starch based thickening agent.
/ E1401 Modified Starch A starch modified by chemicals.

? E141 Copper Complex of Chlorophyll Color
? E142 Green S / Acid Brilliant Green BS Color

/ E150 Caramel Color/with chemicals Color
? E151 Black PN / Brilliant Black BN Color
/ E1520 Propylene Glycol A petroleum based humectant.
? E153 Carbon Black / Vegetable Carbon (Charcoal) Color
? E154 Brown FK Colors
? E155 Brown HT Colors
? E160a Alpha, Beta, Gamma Color – Carotene

/ E160b Annatto, Bixin, Norbixin Color – Carotene
? E160c Capsanthin / Capsorbin Color- Carotene
? E160d Lycopene Color – Carotene
? E160e Beta-apo-8-carotenal Color – Carotene
? E160f Ethyl ester of Beta-apo-8-cartonoic acid Color – Carotene
? E161a Flavoxanthin Color
? E161b Lutein Color
? E161c Cryptoxanthin Color
? E161d Rubixanthin Color
? E161e Violaxanthin Color
? E161f Rhodoxanthin Color
? E161g Canthaxanthin Color
? E162 Beetroot Red / Betanin Color
? E163 Anthocyanins Color
? E170 Calcium Carbonate (Chalk) Color – Inorganic

/ E171 Titanium Dioxide Color – Inorganic
/ E172 Iron Oxides and Hydroxides Color – Inorganic
/ E173 Aluminium Color – Inorganic
/ E174 Silver Color – Inorganic
/ E175 Gold Color – Inorganic

? E180 Pigment Rubine / Lithol Rubine BK Color – Inorganic
/ E200 Sorbic Acid Preservative
/ E201 Soduim Sorbate Preservative
/ E202 Potassium Sorbate Preservative
/ E203 Calcium Sorbate Preservative
/ E210 Benzoic Acid Preservative
/ E211 Sodium Benzoate Preservative
/ E212 Potassium Benzoate Preservative

? E213 Calcium Benzoate Preservative
? E214 Ethyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E215 Ethyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative
? E216 Propyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E217 Propyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative
? E218 Methyl 4-hydroxybenzoate Preservative
? E219 Methyl 4-hydroxybenzoate, Sodium Salt Preservative

/ E220 Sulphur Dioxide Preservative
/ E221 Sodium Sulphite Preservative
/ E222 Sodium Hydrogen Sulphite Preservative
/ E223 Sodium Metabisulphite Preservative
/ E224 Potassium Metabisulphite Preservative
/ E226 Calcium Sulphite Preservative

? E227 Calcium Hydrogen Sulphite Preservative
/ E228 Potassium Hydrogen sulphite A preservative.
? E230 Biphenyl / Diphenyl Preservative
? E231 2-Hydroxybiphenyl Preservative
? E232 Sodium Biphenyl-2-yl Oxide Preservative
? E233 2-(Thiazol-4-yl) Benzimidazole Preservative

/ E234 Nisin Preservative – other
/ E239 Hexamine Preservative – other
/ E249 Potassium Nitrate Preservative
/ E250 Sodium Nitrite Preservative
/ E251 Sodium Nitrate Preservative
/ E252 Potassium Nitrate(Saltpetre) Preservative
/ E260 Acetic Acid Miscellaneous – Acids
/ E261 Potassium Acetate Miscellaneous – Acids
/ E262 Sodium Acetates Prservative or acid regulator
/ E263 Calcium Acetate Miscellaneous – Acids

? E270 Lactic Acid Miscellaneous – Acids
/ E280 Propionic Acid Preservative – Acids
/ E281 Sodium Propionate Preservative- Acids

? E282 Calcium Propionate Preservative- Acids
/ E283 Potassium Propionate Preservative- Acids
/ E284 Boric acid Preservative.
/ E290 Carbon Dioxide Miscellaneous
/ E296 Malic Acid Miscellaneous – Acids and their Salts
/ E297 Fumaric Acid Miscellaneous – Acids and their Salts
/ E300 L-Ascorbic Acid (Vitamin C) Antioxidants- Vitamin C
/ E301 Sodium-L-Ascorbate Antioxidants- Vitamin C and derivatives

? E302 Calcium-L-Ascorbate Antioxidants- Vitamin C and derivatives
? E304 Ascorbyl Palmitate Antioxidants- Vitamin C and derivatives
? E306 Antioxidants- Vitamin E Natural Extracts rich in Tocopherols
? E307 Synthetic Alpha-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E
? E308 Synthetic Gamma-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E
? E309 Synthetic Delta-Tocopherol Antioxidants- Vitamin E

/ E310 Propyl Gallate Antioxidants- other
? E311 Octyl Gallate Antioxidants- other
? E312 Dodecyl Gallate Antioxidants- other

/ E315 Erythorbic acid Antioxidant.
? E320 Butylated Hydroxyanisole (BHA) Antioxidants- other
? E321 Butylated Hydroxytoluene (BHT) Antioxidants- other
? E322 Lecithin Emulsifiers and Stabilizers
? E325 Sodium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid
? E326 Potassium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid
? E327 Calcium Lactate Miscellaneous – Salts of Lactic Acid

/ E330 Citric Acid Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
/ E331 Sodium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
/ E332 Potassium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts

? E333 Calcium Citrates Miscellaneous – Citric Acid and its Salts
? E334 Tartaric Acid Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E335 Sodium Tartrates Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E336 Potassium Tartrates (Cream of Tartar) Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts
? E337 Potassium Sodium Tartrates Miscellaneous – Tartaric Acid and its Salts

/ E338 Orthophosphoric Acid Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E339 Sodium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E340 Potassium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts

? E341 Calcium Phosphates Miscellaneous – Phosphoric Acid and its Salts
/ E350 Sodium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E351 Potassium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E352 Calcium Malate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E353 Metataric Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E355 Adipic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E363 Succinic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E370 1,4-Heptonolactane Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E375 Nicotinic Acid Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E380 Triammonium Citrate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E381 Ammonium Ferric Citrate Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E385 Calcium Disodium EDTA Miscellaneous – Salts of Malic Acid
/ E400 Alginic Acid Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E401 Sodium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E402 Potassium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E403 Ammonium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates

? E404 Calcium Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E405 Propane-1,2-Diol Alginate Emulsifiers and Stabilizers – Alginates
/ E406 Agar Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E407 Carrageenan Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E410 Locust Bean Gum (Carob Gum) Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E412 Guar Gum Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E413 Tragacanth Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E414 Gum Acacia (Gum Arabic) Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E415 Xanthan Gum Emulsifiers and Stabilizers – other plant gums
/ E416 Karaya Gum Emulsifiers and Stabilizers
/ E420 Sorbitol Sugar Alcohols
/ E421 Mannitol Sugar Alcohols

? E422 Glycerol Sugar Alcohols
/ E425 Konjac A gum.
? E430 Polyoxyethane (8) Stearate Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E431 Polyoxyethane (40) Stearate Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E432 Polyoxyethane (20) Sorbitan / Polysorbate 20 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E433 Polyoxyethane (20) Sorbitan Mono-oleate / Polysorbate 80 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E434 Polyoxyethane (20) Sorbitan Monopalmitate / Polysorbate 40 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E435 Polyoxyethane (20) Sorbitan Monostearate / Polysorbate 60 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives
? E436 Polyoxyethane (20) Sorbitan Tristearate / Polysorbate 65 Emulsifiers and Stabilizers – Fatty Acid derivatives

/ E440a Pectin Emulsifier and Stabilizer – Pectin and derivatives
/ E440b Amidated Pectin Emulsifiers and Stabilizers – Pectin and derivatives

X E441 Gelatin Gelatin from Zabiha slaughtered animal is considered Halal.
/ E450a,b,c Sodium and Potassium Phosphates and Polyphosphates Miscellaneous
/ E460 Microcrystalline / Powdered Cellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E461 Methylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E463 Hydroxypropylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E464 Hydroxypropyl-Methylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E465 Ethylmethylcellulose Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives
/ E466 Carboxymethylcellulose, Sodium Salt Emulsifiers and Stabilizers – Cellulose and derivatives

? E470 Sodium, Potassium and Calcium Salts of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E471 Mono-and Diglycerides of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E472 Various Esters of Mono-and Diglycerides of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E472e Monoand diacetyl tartaric acid esters of mono & diglycerides Halal only if it is obtained from plant fat.
? E473 Sucrose Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E474 Sucroglycerides Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E475 Polyglycerol Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E476 Polyglycerol Esters of Polycondensed Esters of Caster Oil Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E477 Propane-1,2-Diol Esters of Fatty Acids Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E478 Lactylated Fatty Acid Esters of Glycerol and Propane-1,2-Diol Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E481 Sodium Stearoyl-2-Lactylate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E482 Calcium Stearoyl-2-Lactylate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E483 Stearyl Tartrate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E491 Sorbitan Monostearate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E492 Sorbitan Tristearate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E493 Sorbitan Monolaurate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E494 Sorbitan Mono-oleate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids
? E495 Sorbitan Monopalmitate Emulsifiers and Stabilizers – salts or Esters of Fatty Acids

/ E500 Sodium Carbonate / Sodium Bicarbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E501 Potassium Carbonate / Potassium Bicarbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E503 Ammonium Carbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E504 Magnesium Carbonate Miscellaneous – Acids and Salts: Carbonates
/ E507 Hydrochloric Acid Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E508 Potassium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E509 Calcium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E510 Ammonium Chloride Miscellaneous – Acids and Salts: Hydrochloric Acid and its Salts
/ E513 Sulphuric Acid Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E514 Sodium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E515 Potassium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E516 Calcium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E518 Magnesium Sulphate Miscellaneous – Acids and Salts: Sulphuric Acid and its Salts
/ E524 Sodium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E525 Potassium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E526 Calcium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E527 Ammonium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E528 Magnesium Hydroxide Miscellaneous – Alkalis
/ E529 Calcium Oxide Miscellaneous – Alkalis
/ E530 Magnesium Oxide Miscellaneous – Alkalis
/ E535 Sodium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E536 Potassium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E540 Dicalcium Ferrocyanide Miscellaneous – other Salts
/ E541 Sodium Aluminium Phosphate Miscellaneous – other Salts

? E542 Edible Bone Phosphate (Bone-Meal) Miscellaneous – Anti-Caking Agents
? E544 Calcium Polyphosphates Miscellaneous – Anti-Caking Agents

/ E545 Ammonium Polyphosphates Miscellaneous – Anti-Caking Agents
/ E550 Sodium Silicate A anticaking agent.
/ E551 Silicon Dioxide (Silica Salt) Miscellaneous – Silicon Salts
/ E552 Calcium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts
/ E553 Magnesium Silicate / Magnesium Trisilicate (Talc) Miscellaneous – Silicon Salts
/ E554 Aluminium Sodium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts

? E556 Aluminium Calcium Silicate Miscellaneous – Silicon Salts
/ E558 Bentonite Miscellaneous – other compounds
/ E559 Kaolin (Aluminium Silicate) Miscellaneous – other compounds

? E570 Stearic Acid Miscellaneous – other compounds
? E572 Magnesium Stearate Miscellaneous – other compounds

/ E575 Glucono Delta-Lactone Miscellaneous – other compounds
/ E576 Sodium Gluconate Miscellaneous – other compounds
/ E577 Potassium Gluconate Miscellaneous – other compounds
/ E578 Calcium Gluconate Miscellaneous – other compounds

? E620 L-Glutamic Acid Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E621 Monosodium Glutamate (MSG) Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E622 Monopotassium Glutamate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E623 Calcium Glutamate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E627 Sodium Guanylate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E629 Calcium Guanylate A flavor enhancer, Halal only if obtained from Halall sources.
? E630 Inosinic acid A flavor enhancer, Halal only if obtained from Halall sources.
? E631 Sodium Inosinate Miscellaneous – Flavour Enhancers
? E635 Sodium5-Ribonucleotide Miscellaneous – Flavour Enhancers

/ E636 Maltol Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E637 Ethyl Maltol Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E900 Dimethylpolysiloxane Miscellaneous – Flavour Enhancers
/ E901 Beeswax Miscellaneous – Glazing Agents
/ E903 Carnauba Wax Miscellaneous – Glazing Agents

? E904 Shellac Miscellaneous – Glazing Agents
/ E905 Mineral Hydrocarbons Miscellaneous – Glazing Agents
? E907 Refined Microcrystalline Wax Miscellaneous – Glazing Agents
/ E913 Lanolin It is from sheep wool and obtained without slaughtering the sheep.
? E920 L-Cysteine Hydrochloride Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E924 Potassium Bromate Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E925 Chlorine Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E926 Chlorine Dioxide Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E927b Carbamide Miscellaneous – Compounds used to treat Flour
/ E951 Aspartane A synthetic swetener.
/ E953 Isomalt A sweetener, it is Halal certified from a German company, it is Halal in USA.
/ E954 Sacharin A synthetic sweetener.
/ E965 ` Maltitol A sweetener and humectant.

? E966 Lactitol A sweeteber, Halal if obtained from Halal lactose and lactic acid
/ E967 Xylitol A sweetener.


Setelah diringkaskan makanan yang mengandungi "Kod E" dibawah tidak boleh dimakan
:

E100 E101 E102 E103 E104 E105 E107
E110 E120 E122 E123 E124 E127 E128
E131 E132 E133 E140 E141 E142 E151
E153 E154 E155 E160a E160c E160d E160e
E160f E161a E161b E161c E161d E161e E161f
E161g E162 E163 E170 E180 E213 E214
E215 E216 E217 E218 E219 E227 E230
E231 E232 E233 E270 E282 E302 E304
E306 E307 E308 E309 E311 E312 E320
E321 E322 E325 E326 E327 E333 E334
E335 E336 E337 E341 E404 E422 E430
E431 E432 E433 E434 E435 E436 E441
E470 E471 E472 E472e E473 E474 E475
E476 E477 E478 E481 E482 E483 E491
E492 E493 E494 E495 E542 E544 E556
E570 E572 E620 E621 E622 E623 E627
E629 E630 E631 E635 E904 E907 E920
E966



Jangan lupa salin kod-kod ini ke dalam hp masing-masing


Lepas ni masing-masing boleh periksalah ya kat makanan yang kita beli takut pula sebenarnya haram dimakan tapi semua dah sumbat dalam perut. Nauzubillah.

Alhamdulillah sekarang ni kalau saya nak beli belah kat kedai insyaAllah akan sentiasa buka hp untuk periksa kod "E" pada plastik makanan agar tidak mengandungi kod "E" yang haram atau syubahat.

Bagaimana dengan anda?

Diharap perkongsian ini dapat mendidik kita menjadi orang yang sentiasa menjaga halal, haram dan syubahat dalam kehidupan kita. Jangan lupa sebarkan pada yang lain.

Mohon maaf atas kekurangan penulisan.

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...