Assalamualaikum.. Entry hari ini nak kongsi tentang rahsia solat, tak kiralah solat wajib atau solat sunat.
Kenapa kita perlu solat?
Bagi yang faham mereka akan jawab:
1. Solat antara termasuk dalam rukun Islam
2. Solat tiang agama
3. Solat bentuk peribadi kita
4. Solat menjaga kesihatan
Dan banyak lagilah, pentingnya tak terkira walaupun guna kalkulator. (",)
Masa selongkar harta karun dekat hard disk, terbaca dalam satu artikel yg tidak dapat dikenalpasti sumber asalanya.
Dalam kertas tu tulis setiap pergerakan solat kita mempunyai rahsia yang tersendiri.
Ini adalah ringkasannya:
- Niat SembahyangSebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
- Berdiri BetulFadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
- Takbiratul IhramFadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur
- FatihahSebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
- RukukSebagai tikar kita di dalam kubur
- IktidalAkan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
- SujudMemagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
- Duduk Antara Dua SujudAkan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
- Duduk Antara Dua Sujud (akhir)Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar
- Tahiyat AkhirSebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur
- Selawat NabiSebagai pendinding api neraka di dalam kubur
- SalamMemelihara kita di dalam kubur
- TertibAkan pertemuan kita dengan Allah
Apa pandangan anda?
Segalanya hanya diketahui oleh Allah.
Mungkin entry ini sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar solat untuk bagi mereka perangsang rajin solat dan mereka yang besar dah panjang tu boleh juga kot (",) supaya tidak jadi seperti MEREKA INI
Sempena tahun baru Hijrah ni marilah sama-sama kita melakukan yang terbaik dalam solat seharian kita seperti solat di awal waktu, solat jemaah, dll.
Akhir kalam,
Selamat Berpuasa di 10 Muharram. Rebutlah peluang.
2 123 Bingkisan Sahabat:
Allhamdulillah bnyk ilmu ni~
Alhamdulillah
=)
Post a Comment