Photobucket

Friday, December 30, 2011

Tudung Labuh itu KOLOT?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:35 PM 12 comments

Selepas UPSR, saya di hantar ke sekolah agama oleh ibu bapa. Bukan atas kehendak sendiri. Saya juga tidak membantah. Hanya krn sepupu perempuan saya turut belajar di situ, saya tidak keberatan.

Saya juga pernah menghadiri temuduga utk memasuki Kospint yakni Imtiaz sekarang. Hampa krn tidak terpilih.

Seperti yg umum maklum, belajar di sekolah agama menuntut pelajar perempuan memakai tudung labuh. Saya ketika itu masih belum faham kenapa perlu memakai tudung labuh.

Adakah tudung segi tiga masih belum menutup aurat?

Tetapi, soalan itu hanya berlegar di fikiran. Tidak pernah diluahkan & tidak pernah dikaji.

Timbul rasa jengkel juga di hati, "selekehlah pakai tudung labuh", "nampak gemuk", "tak smart langsung".

Oleh sebab itu, apabila diadakan aktiviti sukan atau apa² aktiviti di luar waktu persekolahan, saya akan menyarung tudung segi tiga biasa menggantikan tudung besar itu. Saya kurang rasa bersalah krn senior juga begitu.

Tiada lagi tudung labuh apabila menghadiri latihan kawat pd waktu petang, atau latihan utk hari sukan krn tiada seorang pun guru yg menegur. Kalau ada pun, bukan saya yg ditegurnya. Saya rasa selamat utk memakai tudung segi tiga.

Begitu juga apabila keluar dr asrama, selain drpd outing pd waktu persekolahan, terutama apabila bersiar² dgn keluarga atau kawan², saya tidak pernah sekalipun memakai tudung labuh sekolah apatah lagi mahu mempunyai koleksi tudung labuh yg lain. Sungguh waktu itu, tudung labuh bagi saya adalah kolot. Ketinggalan zaman.

Bermula dr tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3, tiada input yg saya dapati sama ada dlm waktu persekolahan atau selepas waktu persekolahan berkenaan kebaikan memakai tudung labuh. Tiada sesiapa pun yg menceritakan kpd kami sebab² para pelajar perempuan di sekolah ni diwajibkan pakai tudung labuh.

Yg ada hanya guru yg menyindir kami dgn kata²:
"Korang ni bila kaki dah langkah luar pagar sekolah, tudung labuh entah ke mana, baju ketat, seluar ketat, tudung kecil". 

Saya hanya mencebik. 
Apa salahnya tudung kecil!!!

Di mata saya tudung labuh hanya dipakai oleh ustazah. Tapi, pemikiran itu berubah sedikit apabila guru Sains saya memakai tudung labuh juga. Tapi, saya malas memikirkan tentang perihal tudung labuh ini.
"Yg penting aku dah tutup aurat sepenuhnya, ok lah".

Meskipun spotcheck tudung selalu dilakukan, kami tidak pernah serik. Undang² sekolah kami tidaklah seketat sekolah agama yg gah & hebat yg lain. Tudung pelajar perempuan tidak boleh atas drpd paras siku.

Peraturan ini boleh diterima lagi krn ada sekolah yang mewajibkan tudung pelajarnya mesti bawah pergelangan tangan. Tapi, para pelajar yg "rimas" telah dididik oleh para senior supaya memendekkan tudung dlm erti kata yg lain, tudung yg labuh diubah suai agar ianya atas drpd siku.

Bagi kami, tudung sebegini nampak lebih kemas. Stok tudung labuh tetap ada utk kecemasan yakni spotcheck. Hanya dipakai apabila tersebar khabar angin bahawa pagi itu akan dilakukan spotcheck.

Usai keputusan PMR diumumkan, saya mendapat tawaran ke sebuah MRSM di pantai timur. Alhamdulillah. Bolehlah keluar dr kongkongan sekolah agama ni. Mimpi saya ialah peraturan akan lebih longgar, pelajar boleh pakai apa² sahaja yg disukai, ber'couple' tidak akan jadi halangan, pendek kata moden.

Tapi, impian itu bertukar 180 darjah. Kami diwajibkan solat Subuh, maghrib & Isyak secara berjemaah, diwajibkan memakai stoking apabila keluar dari asrama, dilarang ber'couple', tidak boleh memakai scarf kepala yg menutup hanya separuh, track suit yg mencekik di bahagian bawah dilarang sama sekali, handsock diwajibkan.

Tambahan lagi, di dlm kelas pelajar perempuan mestilah duduk belakang pelajar lelaki menyerupai saf dlm solat, tudung yg jarang akan dihukum, tudung yg tidak melebihi bahu akan didenda, seakan² peraturan bertambah ketat berbanding sekolah agama saya dahulu.

Dan tentunya peraturan ini sebenarnya telah termaktub sebagai perintah Allah S.W.T sendiri. Cuma tidak diperincikan sahaja. Allah S.W.T menyuruh kita menutup seluruh anggota badan kecuali tangan & muka. Maknanya, kaki juga aurat wahai diri. Peraturan ini dianggap mengongkong bagi pelajar yg jiwanya masih terbelenggu dgn dosa termasuk saya.

Tapi, Alhamdulillah jauh di sudut hati saya, saya mengagumi peraturan ini. Seolah²,
´.✿ Allah S.W.T ingin menjaga kami para pelajar wanita drpd terjerumus dlm dosa. 
´.✿ Allah S.W.T ingin menjaga kami drpd pandangan jahat lelaki berhati kotor. 
´.✿ Allah S.W.T ingin mendidik kami ke arah lebih solehah.

Bermulanya detik saya mengenali Allah S.W.T lebih dekat. Majlis² ilmu yg dihadiri mula membuka hati saya yg tepu dgn dosa. Selain itu, ada beberapa senior yg bertudung labuh yg membuatkan hati saya terdetik:
"Kenapa mereka memilih pakai tudung labuh sedangkan MRSM tidak mewajibkan pelajarnya bertudung labuh"?

Kagum. Mereka satu dlm sejuta. Permata di celahan kaca.

Satu kejutan apabila melihat seorang sahabat yg baru dikenali ketika orientasi yg pd awalnya bertudung segi tiga secara drastik bertukar kpd tudung labuh. Lalu, saya bertanya mengapa. Beliau dahulu bersekolah agama, ceritanya lebih kurang seperti saya.

Katanya, hatinya terdetik utk berubah apabila menghadiri satu ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Zolkolnain Singah, ustaz yg kami kagumi, berkenaan mayat seorang lelaki yg berusia 18 tahun di Timur Tengah yg digali semula selepas 3 jam utk dibedah siasat. Meskipun hanya 3 jam berada dlm liang lahad, mayatnya hampir tidak dikenali.

Rambutnya beruban, mulutnya dipenuhi darah, riak wajahnya ketakutan seolah² baru melihat sesuatu yg dahsyat, matanya tersembul keluar, tulang rusuknya patah seolah² dipukul oleh sesuatu, badannya dipenuhi darah & lebam kesan paluan! La haulawala quwwata illa billlah.

Ayahnya memaklumkan apabila ditanya bahawa anaknya itu sepanjang hidupnya tidak pernah solat, minum arak & berzina. 

Lalu terdetik dlm hati sahabat saya andai kata beliau mati: 
´.✿ Apakah sudah bersedia dgn amalan yg dilakukan?
´.✿ Adakah auratnya sudah sempurna ditutup?

Perubahan yg dirasakan agak payah tetap dilaksanakan demi kematian yg bakal menjelma. Ya, sahabat sekeliling memandangnya dgn kehairanan. Tetapi, semangatnya utuh.

Di awal tahun tingkatan 5, kami diwajibkan menyertai Kem Jati Diri yg menuntut kami beraksi lasak. Memanjat, berkayak, berenang dlm lumpur, berlari, mengangkat beban, denda kami adalah push up.

Saya terfikir bagaimana sahabat saya yg bertudung labuh itu menghadapi semua ini. Bayangkan dlm lumpur, dgn tudung labuhnya, dia masih kental beraksi. Saya kagum.

Lalu, saya mula mencari sebab kenapa perlu bertudung labuh. Allah S.W.T telah mengilhamkan. Meskipun saya bertudung seperti kebanyakan orang lain, yakni tudung segi tiga yg bagi saya sudah menutup aurat, tetapi saya berasa rimas & takut utk berada di hadapan lelaki.

Tudung saya tidak menutup sepenuhnya bahagian belakang. Seolah² mereka nampak apa yg sepatutnya mereka tidak nampak. Iaitu tali baju dalam. Maaf kerana agak peribadi. Tetapi ya, saya langsung tidak selamat. Apatah lagi jika memakai baju yg jarang & nipis.

Satu lagi sebab, meskipun tudung saya melepasi dada, tetapi andai kata angin bertiup kencang, tudung akan terselak lalu dgn mudahnya dada kelihatan. Lalu saya meneliti kakak² yg bertudung labuh, apabila tudung mereka ditiup angin, ia masih tidak menampakkan dada mereka. Krn tudung itu labuh lalu ia menutupi bahagian sisi dada mereka. Subhanallah.

Ditakdirkan kami sekelas ketika tingkatan 5. Waktu itu saya mula mengubah cara pemakaian tudung sedikit demi sedikit. Drpd tudung bawal ke arah tudung cotton yg tebal.

Kemudian beralih ke tudung bidang 60. Terdetik juga mahu memakai shawl. Pendek kata saya masih mencari identiti. Tapi di sekolah, saya tetap bertudung segi tiga kecil. Masih belum berani utk konsisten.

Sehinggalah suatu ketika, entah kenapa, saya tiba² teringatkan tudung labuh saya yg dipakai sewaktu sekolah agama dahulu yg kini hanya terperuk dlm almari. Lalu, saya meminta ibu mengirimkan tudung tersebut krn saya mahu menjahit tudung labuh saya sendiri.

Bermakna saya mahu memakai tudung labuh. Keinginan itu disuarakan kpd ibu & kpd sahabat saya tadi. Mereka gembira. Saya mendapat semangat. Lalu proses menjahit siap cuma tinggal mahu memakai ataupun tidak.

Tiba waktu prep, saya meminta roomate menemani saya menuju ke kelas. Alhamdulillah, kami tidak bertembung dgn sesiapa pun waktu itu. Saya selamat tiba ke kelas. Pandangan pertama sahabat sekelas tidak akan dilupakan.

Rasa malu menyelubungi lalu saya menyendiri di satu sudut utk seketika. Tapi sahabat sekelas saya ibarat adik-beradik sendiri, mereka berpura² tidak perasan akan perubahan itu demi menjaga hati saya. Lalu, prep pun berjalan seperti biasa. Saya tidak rasa janggal lagi.

Bermula dr hari itu, beberapa sahabat juga telah mula bertudung labuh, tapi kami masih golongan minoriti. Beberapa pelajar lelaki yg mungkin tidak tahu kerap mengusik dgn kata² yg lebih kurang, 

"kaya betullah korang, banyak duit nak beli kain!", "boleh buat sapu lantailah kalau macam ni", "wei, ustazah, ustazah!".

Ketika kami masih "diusik", Allah S.W.T telah menenangkan hati kami melalui tulisan Fatimah Syarha dlm kolum beliau menerusi majalah Solusi. Masih saya ingat tajuknya "Corat-coret Kisah Tudung Labuh".

Pengalaman Fatimah Syarha bertudung labuh menaikkan lagi semangat kami utk istiqomah. Lalu, saya & sahabat terus menfotostat kolum itu & ditampal ke semua kelas. Sebagai usaha kami membela wanita yg bertudung labuh.

Kelegaan yg amat. Bermula dr hari itu, kami kurang menerima usikan² mereka.

Terima kasih Allah S.W.T krn memberi ilham kpd Fatimah Syarha utk menulis tentang tudung labuh. Hebatkan Allah S.W.T!!!

Kuncinya hanya satu, jika kita berubah krn manusia, perubahan itu tidak akan kekal. Jika berubah krn Allah S.W.T, tidak kira banyaknya dugaan, kita akan tetap konsisten. InsyaAllah.

Semoga pengalaman yg biasa ini dapat membantu.


>>ILUVISLAM<<

12 123 Bingkisan Sahabat:

terima kasih untuk artikel ini....

T_T..thru bc article akk yg ni..tetibe rs sgt rindu pd akak..

jom la rajin2 turun surau..akak p0n 12 hr je lagi kat upsi..^_^

salam ukhuwwah..Allah, sunggguh bermakna entri ini, buat saya terfikir balik..kisah saya hampir serupa..tp, saya masih mencari..huhu~ izinkan saya share enrti ini di blog saya ye..terima kasih~

wsalam nurmiey..
Moga pencarian diteruskan demi mencarii redha Illahi..
InsyaAllah bolleh
tafaddal ^___^

teringat sesuatu...
dengar shj pggilan ustazah yg entahkan ikhlas atau tidak dari mulut mreka, hanya bt diri tersenyum kelat... Allah lebih tahu...

Wallahualam..
moga panggilan itu meningkatkan keiman kita pd Allah

Alhamdulillah seronok dapat membaca kisah saudari (:
Saya jugpe.akai tudung labuh . Alhamdulillah masih memakainya , jila memakai shawl , masih juga saya labuhkan . Sempga aurat kita kaum hawa tertutup deng seeloknya .
Tapi , bila masa hendak ke sekolah tudung kembali menjadi tudung biasa seperti pelajar pelanar lain . Bukan sebab malu atau diejek ,tapi disebabkan kesukaran mencari kain sekolah berwarna kuning air bidang 60 . Bila diminta makcik tukang jahit jahitk labuh , dia kata tak boleh lebih besar kerana panjang kain tidak cukup ;-;

sy doakan ukhti dpt jmpa kain sekolah berwarna kuning air bidang 60 ^^

seronok mendengar kisah saudari ini....saya masih berusaha memakai tudung labuh ni..

Semoga Allah memberi kekuatan buat saudari.. caiyok2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...