Photobucket

Sunday, July 10, 2011

Berjayakah Himpunan BERSIH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:43 AM

Berjayakah himpunan BERSIH?

Mungkin masih terlalu awal utk membuat penilaian secara menyeluruh, memandangkan perhimpunan BERSIH baru sahaja berakhir tidak sampai 7 jam yg lepas. Namun sebenarnya, kalau kita mengikuti secara dekat perkembangan terbaru, kita dgn mudah boleh membuat penilaian sendiri terhadap perkara tersebut.


1- PERHIMPUNAN AMAN
Terbukti, BERSIH berjaya menjadikan perhimpunannya sebagai sangat aman. Lawan kpd aman adalah ketegangan, rusuhan ataupun tindakan luar kawal. Tetapi ternyata, di pihak rakyat yg berhimpun, ia sama sekali tidak berlaku. 


Tiada cermin kereta yg pecah, tiada pasu bunga yg dilempar ke tengah jalan, tiada membaling objek atau batu, & tiada siapa pun yg bertindak mencetuskan provokasi. Ia dibuktikan dgn laporan² dari beratus² wartawan yg berada di situ.
Jadi, kita boleh letakkan 1-0. 1 utk rakyat, 0 utk kerajaan yg terdesak.

2- PENCETUS KETEGANGAN
Terbukti juga, yg mula² mencetus ketegangan adalah pihak polis & FRU, bukannya rakyat. Ketika rakyat belum berhimpun, sudah ada yg ditangkap. Bahkan beg mereka diselongkar tanpa sebab. Sedangkan mereka belum pun berhimpun. Nama mereka juga tidak tersenarai sebagai 91 individu yg dilarang memasuki Kuala Lumpur. Tetapi mereka sudah pun ditangkap. Jumlah tangkapan sebelum jam 2 petang sudah mencecah ratusan orang.
Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman & hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dgn gas pemedih mata. Tindakan dari pihak polis & FRU itu ternyata membuatkan kumpulan perhimpunan menjadi kucar-kacir. Semestinya, mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar & ditangkap. 


Tindakan inilah yg menjadikan suasana berubah kpd tegang. Ada yg melarikan diri & sebagainya. Sedangkan kalau dibiarkan, mereka sama sekali tidak merusuh. Bahkan sebelum ditembak gas pemedih mata itu pun, adakah mereka sedang merusuh atau bersedia utk merusuh?
Jawabnya tidak. Mereka hanya berhimpun & melaungkan slogan. Sekali lagi, pencetus kpd ketegangan di sini adalah pihak polis & FRU. Ini disaksikan oleh kesemua wartawan yg berada di lokasi. Jadi utk keduanya kalinya, 2-0. 2 utk rakyat yg berdisiplin & 0 utk polis yg tidak beretika.
Utusan Malaysia sendiri mengakui bahawa rakyat berhimpun secara aman & hanya melaungkan slogan


3- KECEKALAN

Suatu hal yg perlu kita sedar adalah, rakyat yg mahu berhimpun hari ini telah ditekan & diugut seawal bulan lepas lagi. Bahkan berapa ramai yg telah ditangkap krn berbaju kuning & berkempen utk BERSIH. Mereka yg ditangkap dlm operasi pra BERSIH itu bukan sedikit. Kemudian, di media² perdana memainkan isu BERSIH sebagai himpunan haram. Mereka ditakut²kan dgn kumpulan samseng. Mereka diancam dgn ordinan darurat & akta keselamatan dlm negeri (ISA).

Namun mereka tetap tabah. Rakyat yg yakin dgn HAK mereka, tidak pernah gentar utk mempertahankan hak tersebut. Dan mereka telah buktikan dgn BERANI utk turun hari ini. Mereka datang dgn berlatarbelakangkan tekanan & ugutan, bererti mereka benar² cekal & berani utk itu. Mereka bersedia utk ditangkap krn mereka yakin, mereka akan dibebaskan selepas itu &vtidak akan berjaya utk didakwa atas kesalahan apa².

Tetapi pihak polis & FRU, adakah mereka bertindak sebegitu cekal? Tidak. Mereka sendiri serba salah & hanya mengikut arahan pihak atasan. Mereka sendiri tidak jelas tentang undang² & akta salah yg mereka pegang. Tetapi krn kuasa, mereka dilihat sebagai ‘betul & benar’. Hakikatnya, di mahkamah nanti mereka bakal disaman oleh rakyat.

Sekali lagi, 3-0. 3 utk rakyat yg cekal berani & 0 utk polis FRU yg menjadi pak turut.



4- JUMLAH

Mungkin jumlah rakyat yg hadir hari ini lebih sedikit dr yg dijangkakan. Sekitar 50 ribu berbanding sasaran 500 ribu. Tetapi adakah itu bermakna BERSIH telah gagal & rakyat berjaya ditakutkan?

TIDAK!

Seperti saya nyatakan di atas, sebelum hari perhimpunan lagi, mereka telah ditekan & diasak dgn pelbagai ugutan. Kalau difikirkan secara logik, dgn begitu banyak tekanan & provokasi dr pemerintah, adalah MUSTAHIL utk rakyat masih berani utk turun ke jalanan. Lihat sahaja tekanan saat akhir, apabila gagal berkumpul di stadium. 


Perancangan yg berubah dr perancangan asal. Semua itu sepatutnya berjaya menjadikan rakyat hilang "mood" utk turun. Satu lagi yg tidak kurang juga penting utk dinilai sebagai penghalang, iaitu SEKATAN POLIS. Dgn sebegitu banyak sekatan, adalah mustahil utk rakyat masih boleh turun berhimpun dgn jumlah yg besar.

Tetapi anda saksikan sendiri. Rakyat masih berjaya turun dlm jumlah yg besar, melepasi halangan² yg bukan kecil. Maka jumlah yg kita lihat hari ini adalah jumlah yg sangat_ besar jika ditimbangkan dgn faktor halangan yg mereka terima. Inilah yg dikatakan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said, bahawa himpunan rakyat ini sebenarnya telah berjaya dgn jayanya.
Maka sekali lagi, 4-0. 4 utk rakyat yg bijak & 0 utk polis FRU & kerajaan terdesak yg gagal menyekat suara rakyat.

5- MORAL
Perdana Menteri Dato Seri Najib berucap dgn penuh gah sebelum ini. Katanya, dia bersedia memberikan stadium utk rakyat berhimpun. Tidak payahlah turun ke jalan raya. Kalau nak melalak sampai 3 pagi pun silalah. Kata² ini diucapkan oleh beliau dgn begitu bangga.
Akhirnya, BERSIH bersedia utk ke stadium. Apa berlaku? Najib berdolak-dalih pula & menyerahkan kpd ‘kuasa polis’. Menteri Dalam Negeri pula masih berkeras yg BERSIH adalah haram. Haram yg bagaimana jika mereka berjaya sampai ke depan Agong? Sudah tentulah tidak haram. Timbalan Ketua Polis Negara pula tiba² membuat kenyataan yg BERSIH tidak akan diberi permit. Secara tidak langsung, mereka tidak boleh berhimpun di stadium merdeka.
Mereka di atas, kesemuanya cakap berbelit² macam ular. Perdana Menteri yg kononnya mahu menjadi hero sekali lagi terpalit dgn kebusukan moral. Moraliti yg rendah sebagai pemimpin yg sanggup menggadaikan janjinya utk rakyat sendiri. Ternyata, janji manis Najib langsung tak boleh dipakai.
Rakyat pula telah bertolak-ansur. Daripada mahu berarak ke Istana Negara, mereka begitu berlapang dada & menyahut seruan utk ke Stadium. Tetapi mereka ditipu. Mereka telah membuktikan kejujuran mereka, & pihak pemerintah yg diketuai Najib membuktikan yg mereka adalah pembelot kpd janji.
Maka sekali lagi, 5-0. 5 utk rakyat yg bermaruah & bermoral tinggi, 0 utk pemerintah yg mungkir janji.

6- BELUM TENTU SALAH
Saya banyak membaca catatan dr para peguam yg terlibat secara langsung dlm kes demonstrasi sebelum ini. Antara yg pernah saya baca adalah mengenai Seksyen 27 Akta Polis 1967. Seorang peguam menulis bagaimana beliau melepaskan 4 orang tahanan di bawah akta tersebut & pihak pendakwa gagal mensabitkan apa_ kesalahan ke atas mereka. Rupanya, akta polis yg digunakan sewenang_nya utk menangkap peserta perhimpunan aman bukanlah sehebat namanya.
Secara asasnya, ia telah bercanggah dgn perkara 10 dalam perlembagaan sendiri. Mana mungkin, akta yg ‘kenit’ itu boleh menidakkan perkara yg dijamin oleh perlembagaan? Kerana itulah, apabila masuk ke mahkamah, mereka yg ditangkap akhirnya dibebaskan tanpa dipanggil utk membela diri.
Ini yg sedang berlaku. Kita banyak terpengaruh dgn liputan media perdana yg menampakkan tindakan kerajaan sebagai ‘betul & benar’ serta mempromosikan akta² yg digunakan sebagai sangat ‘gah’. Rakyat yg buta undang² akan menikus & tidak berani. Walhal, mereka di pihak yg benar & jika ditangkap, belum tentu mereka berjaya disabit kesalahan.
Lihatlah rekod, bagaimana BERSIH 1.0 diputuskan di mahkamah sebagai perhimpunan yg aman. Kesemua yg ditahan juga dibebaskan. Maka, hari ini perkara yg sama jugalah yg berulang. Sebab itu, rakyat tidak lagi takut dgn trak polis. Kalau ditangkap, mereka masih boleh melambai & melaungkan slogan. Inilah realiti yg sedang berlaku.
Jadi sekali lagi, 6-0. 6 utk rakyat yg menjunjung kebenaran & 0 utk pemerintah yg bertindak menyeleweng dr undang².

7- BERJAYAKAH?
Ramai orang bertanya samada berjaya atau tidak himpunan ini. Pada saya, perlu dikecilkan lagi konteks soalan. Jika berjaya dr sudut jumlah 500 ribu yg kita hendak, mungkin kurang berjaya. Tetapi kalau berjaya dr sudut JUMLAH rakyat, kita sebenarnya lebih dr berjaya.
Pada saya, BERSIH telah berjaya mencapai sasaran mereka sebenarnya. Ada yg bertanya, kenapa mesti di Kuala Lumpur, bukan di Selangor? Sebenarnya itulah tanda kejayaan kita. Kuala Lumpur adalah ibu negara & kita berkumpul di sana sebagai simbolik kesatuan kita utk negara. Kemudian anda perlu tahu, bahawa dlm perhimpunan ini ada beratus² wartawan & pemerhati, dr dlm & LUAR NEGARA.
Apa kesannya? Malaysia akan dinilai oleh dunia. Demokrasi di Malaysia yg tempang & berat sebelah akan dikritik oleh dunia. Kezaliman pemerintah dlm mengadili hak rakyat akan dikecam oleh dunia. Semua ini berpunca dari tindakan pemerintah, bukan rakyat. Justeru, sebenarnya BERSIH telah berjaya membawa mesej mereka kpd DUNIA. Bukan hanya utk Malaysia.
Sekali lagi 7-0. 7 utk rakyat yg berjaya & 0 utk pemerintah yg hilang punca!

****
Masih banyak yg mahu dicatat. Sebagai rakyat berjiwa merdeka, saya sangat terkesan dgn himpunan rakyat di Malaysia hari ini. Bahkan di seluruh dunia, di Australia, Mesir, Uk, Taiwan, China & berpuluh² negara lain, rakyat Malaysia berhimpun & menyanyikan lagu Negaraku utk menunjukkan sokongan kpd BERSIH.
Selain drpd BERSIH, saya mahu menyatakan penghormatan saya kpd Pemuda UMNO yg berhimpun atas nama Patriot. Hakikatnya, kalau anda perhatikan, BERSIH & Patriot adalah dua kumpulan rakyat yg sama & sedang menuntut perkara yg sama. Kedua²nya dinafikan hak utk berhimpun secara aman. Saya ‘tabik’ dgn Pemuda UMNO yg berani menyuarakan hak, biarpun tidak senada dgn BERSIH, tetapi hak yg diperjuangkan tetap sama.
Semoga di masa hadapan, kita akan lebih terbuka dgn prinsip demokrasi yg kita pegang. Pemerintah yg belot hari ini, WAJIB kita tukar dlm pilihanraya akan datang. Semoga tangan_ mereka yg mengasak rakyat, mencederakan & mengasari pada peserta di perhimpunan aman, akan diberikan balasan setimpal oleh Allah di akhirat kelak.
InsyaAllah.
Sumber: MYILHAM.com

Saturday, July 9, 2011

GTO: GuRu TerBaik HerWana

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:10 AM

"Nakalnya pelajar² nie"

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Mungkin inilah sifir yang selalu disebut oleh guru² yang masih lagi bertatih dalam bidang pendidikan atau lebih tepatnya guru praktikal. Masih lagi belum dapat mengagak perangai pelajar sekolah menengah sekarang. Tapi Alhamdulillah pelajar SAMSHSB tidaklah senakal² macam pelajar di sekolah tempat kawan² saya berpraktikal. Setiap hari saya melihat luahan perasaan mereka di FB terhadap pelajar² mereka. 

Sebut tentang pelajar nakal sebenarnya dah lama baca buku GTO (Guru TerBAIK Olan). Buku yang perlu dibaca oleh guru² baru. Sebagai Motivasi, Panduan dan lain². GTO berkisarkan kesungguhan seseorang guru baru di sebuah sekolah untuk mengubah perangai pelajar² yang nakal seterusnya  mengubah persepsi guru² & pelajar² lain terhadap mereka.

Kelas projek pelajarnya bermacam² ragam. Penyanyi popular, ketua samseng, si kembar pembuli, si gadis ayu, si pemidato dan ramai lagi. Mereka dibenci oleh hampir seluruh warga kolej yang lain dan digelar 4 Jahanam. Merekalah pelajar paling nakal dan mungkin paling corot. Namun, kedatangan guru baharu dengan nama yang tidak glamor mengubah segala²nya.


Memang tabiklah dengan pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Olan untuk mengubah pelajar² itu di samping kebergantungan kepada Allah.

Saya sarankan kawan² untuk membacanya.

Terbaik dari ladang. 

Teringat gelagat seorang pelajarku tatkala melihat saya khusyuk membaca buku ini.

Sekali pandang buku nie mesti tengok pembacanya juga. "Ganasnya, Ustazah nie baca buku GTO, kata seorang pelajarku yang tidak tahu kandungan buku ini.

Tapi jangan pandang sebelah mata. Sekali pandang memang kulitnya macam ganas tapi isinya insyaAllah bermanfaat buat sekalian pembaca.

Moga saya mampu menjadi "Guru Terbaik Herwana"

Selamat Membaca.

Wallahualam.

Sunday, July 3, 2011

Corat Coret Praktikal: 1M1S & Yaumul Atifah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:51 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Semalam dua program besar telah dijalankan di SAMSHSB. Kalau sekolah lain mungkin hanya ada aktiviti larian 1 Murid 1 Sukan tapi kami ada buat Yaumul Atifah juga. Taklah rasa malas nak ke sekolah hanya semata² utk lari bagi menyahut sahutan PM nak cipta rekod kononnya tapi mewajibkan semua sekolah buat larian. 

Jom baca jika nak tau lebih lanjut. >_<

Larian 1 Murid 1 Sukan


Pagi² dah pelajar, guru & ibu bapa berkumpul di dataran sekolah utk larian 1M 1S. Apa²pun "respect" dgn Cikgu Izwan, guru yg diamanahkan utk melaksanakan larian ini. Dia langsung tidak menyebut larian ini utk mencipta rekod tapi mengingatkan larian ini utk menyihatkan badan. 

Maka dgn hati terbuka pelajar² berlari dgn gembiranya mengelilingi sekolah. Pelajar perempuan berlari mengelilingi taman perumahan berdekatan sekolah manakala pelajar lelaki mengelilingi luar pagar sekolah. 

 "Umat Islam yg sihat mempunyai badan yg cergas"


Yaumul Atifah


Rehat sebentar selepas larian kemudian bergegas pula utk program Yaumul Atifah. Masa dapat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) terkejut juga ada suatu program akan berlangsung semasa kami praktikal iaitu Yaumul Atifah

Apa itu Yaumul Atifah?

Rupa²nya "Hari berkasih sayang antara guru & ibu bapa" atau yg biasa kita dengar iaitu ibu bapa ambil keputusan anak² mereka.  

Memandangkan saya diamanahkan utk membantu Cikgu Husna di kelas 1 Ibnu Nafis sebelum jam 9 pagi lagi telah bergegas ke kelas itu. Sebelum ibu bapa datang budak² nie beriya² nak bergambar. 

Kuingatkanlah jadi guru pembantu je dalam kelas tu, rupa²nya kena jadi guru yg melayan ibu bapa dgn menyerahkan keputusan mereka. 

"Nervous"lah juga. 

Nak komen apa tentang budak² nie. Dahlah baru je kenal budak² dlm masa 2 bulan yg lalu. Nama mereka pun tak sempat nak hafal lagi.

Utk pertama kalinya aku melihat dgn tekun bagaimana  Cikgu Husna melayan ibu bapa sambil menghafal skrip yg patut.

Alhamdulillah adalah dlm 12 x 2 = 24 orang ibu bapa/penjaga pelajar yg sempat aku sempat berbual & memberikan keputusan anak mereka. 

Waktu Yaumul Atifah kesempatan yg digunakan oleh ibu bapa bertemu guru² yg mendidik anak mereka. Setiap ibu bapa yg hadir meletakkan harapan yg tinggi kpd guru² utk meningkatkan pelajaran anak mereka.

"Pengalaman yg amat berharga"

><><><><><><><><><><><><><><><><><><

Setakat ini sahaja untuk berkongsian hari ini.


Wallahualam

Friday, July 1, 2011

Corat Coret Praktikal II

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:41 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Lama dah tak update blog dgn tulisan sendiri..
Biasalah orang sibuk..>_<

Tapi bukan sibuk jadi MPP macam dulu tapi sibuk jadi GURU PRAKTIKAL..
Walaupun sibuk Alhamdulillah Allah & orang sekeliling memberi pengalaman berharga menjadi seorang guru.

Kadangkala macam nak nangis je bila budak² buli..
Mentang²lah saya guru praktikal..

Kadangkala dibandingkan dgn guru² yg mengajar mereka sebelum ini..
Mana taknya:

Math 2 Ibnu Nafis ganti kelas guru disiplin
Math 2 Ibnu Qayyim ganti kelas guru panatia Math
Sains 1 Ibnu Nafis ganti kelas Pengetua 

Tiba² terdetik dalam hati rupanya aku nie tak layak jadi GURU..

Bila muhasabah diri semula 

"Tengah praktikal, memanglah susah sikit. Mana ada bayi boleh terus berjalan tanpa merangkak dahulu"

Begitulah monolog dalam hati supaya diri ini sentiasa kuat.
Aku sentiasa cuba untuk menawan hati² mereka.
Moga mereka tertawan.
Amin.

Sekarang ni dah ajar mereka:

Math 2 Ibnu Nafis nak habis topik "Loci in Two Dimension"
Math 2 Ibnu Qayyim permulaan topik "Coordinates"
Sains 1 Ibnu Nafis pertengahan topik "Air Around Us"

Ya Allah moga aku dipermudahkan..

Nak cerita tentang program yg dah terlibat pula sepanjang di SAMSHSB..

1. Hari Guru Peringkat SAMSHSB.

Hari Guru nie dibuat hari terakhir sekolah sebelum cuti pertengahan tahun iaitu pada 27 Mei 2011 sebab peperiksaan kat Sekolah Agama nie memakan masa 3 minggu. Waktu tu la juga kelas ganti saya berlambak². Waktu tu juga saya mengenali pelajar SAMSHSB. 

Hari Guru kami bertemakan "Arabic" & semua guru diminta memakai pakai hitam putih ala Arab. Paling mudah kebanyakan guru memakai jubah. Agak kelam-kabutlah juga hari kejadian sebab hujan turun melimpah-limpah. Sebenarnya rahmat paling besar pada hari itu. Bayangkanlah tak hujan dijamin berpeluh² semua guru dgn jubah hitam putih masing² . >_<

Aktiviti sama seperti yg kami buat kat sekolah dulu cuma pertama kali ikuti pertandingan Mumia. Dahlah ikut pertandingan bukan lagi sebagai pelajar tapi sebagai guru.


Banyak lagi aktiviti yg tak sempat dimuatkan di sini.

 Dapat beg free ada lambang SAMSHSB

 Suasana m'balut Mumia

Nie la budak kami balut, sangat TAK kemas

2. Progam Perkampungan Ilmu(PPI) PMR & SPM 2011 SAMSHSB.

Nie program kedua kami sertai sebagai guru praktikal di SAMSHSB. Terasa teruja bila datang ke Kolej Mawar, UiTM Shah Alam bukan sebagai peserta PPI tapi sebagai guru pengiring pelajar tingkatan 3 & 5. Terasa lucu bila dikenang kembali sebab datang program 4 hari 3 malam di sana membawa hanya sedikit baju. Terlupa yang aku datang bukan program yang selalunya dihadiri ketika di kampus. 

Bukan nak berlagak tapi saja nak berkongsi supaya boleh ambil ikhtibar sebelum melangkah ke bidang praktikal di sekolah. Sebelum program ini lagi, pelbagai tugasan telah diamanahkan untuk diselesaikan sebelum program berlangsung seperti membuat pamplete, membuat nametag program & membuat risalah kerohanian. 


Nak tolak tugasan diberikan adalah suatu yang tidak munasabah, kalau nak terima pula tiada pengalaman melainkan membuat risalah kerohanian saja yang berjaya disiapkan dengan segera sebab dulu pernah jadi raisah Lajnah Penerbitan, Dokumentasi & Informasi, Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI. 

Dengan hati yang tidak yakin untuk mempersembahkan tugasan dengan baik, tangan ini cuba juga menyiapkannya. Alhamdulillah hasil bantuan Allah & ilham dari pamplete & nametag yang disimpan semasa berada di kampus digunakan semaksima mungkin. Walaupun tidak seteror orang yang biasa buat benda alah nie tapi hati ini tetap b'syukur. 

Nah ini hasilnya:




Ni pula sebahagian gambar peserta program.





Kemanisan paling berharga bukan saja bila boleh mengeratkan silaturrahim dengan pelajar PMR & SPM malah mengenali guru² SAMSHSB.


3. Kejohanan Sukan Tahunan 2011 SAMSHSB.

Program terbesar yang kami sertai adalah sukan sekolah. Dan sebenarnya waktu itulah juga julung kalinya SAMSHSB mengadakan sukan tahunan di padang. Bila melalui sepanjang hari itu teringat pula kenangan sukan tahunan di SMSL. Semangat kesukanan yang tinggi. Bersorak dengan kemenangan. Bersedih dengan kekalahan. Wah, rindu zaman sekolah. 
Go, go TEMENGGUNG go.

Nama rumah sukan di SAMSHSB  menggunakan nama panglima² Islam zaman nabi iaitu HAMZAH, USAMAH, KHALID & HANZALAH. Seperkara yang dijaga oleh sekolah adalah pengasingan antara sukan pelajar lelaki dan sukan pelajar perempuan maka semasa hari kejadian hanya pelajar lelaki saja beraksi di balapan manakala pelajar perempuan dilaksanakan sebelum hari kejadian.

Sedikit gambar untuk tatapan mata




Acara pertandingan tarik tali antara pelajar, guru & ibu bapa.


 

Perbarisan yang hanya disertai oleh pelajar puteri.


Pengumuman keputusan kejohanan sukan.


*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*


Sekadar ini saja laporan praktikal saya ^_^

Syukran jazilan bagi yang terlibat dalam mewarnai kehidupan praktikal saya.

Yang kurang harap dimaafkan.




Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...