Assalamualaikum & salam sejahtera..
Lama dah tak update blog dgn tulisan sendiri..
Biasalah orang sibuk..>_<
Tapi bukan sibuk jadi MPP macam dulu tapi sibuk jadi GURU PRAKTIKAL..
Walaupun sibuk Alhamdulillah Allah & orang sekeliling memberi pengalaman berharga menjadi seorang guru.
Kadangkala macam nak nangis je bila budak² buli..
Mentang²lah saya guru praktikal..
Kadangkala dibandingkan dgn guru² yg mengajar mereka sebelum ini..
Mana taknya:
Math 2 Ibnu Nafis ganti kelas guru disiplin
Math 2 Ibnu Qayyim ganti kelas guru panatia Math
Sains 1 Ibnu Nafis ganti kelas Pengetua
Tiba² terdetik dalam hati rupanya aku nie tak layak jadi GURU..
Bila muhasabah diri semula
"Tengah praktikal, memanglah susah sikit. Mana ada bayi boleh terus berjalan tanpa merangkak dahulu"
Begitulah monolog dalam hati supaya diri ini sentiasa kuat.
Aku sentiasa cuba untuk menawan hati² mereka.
Moga mereka tertawan.
Amin.
Sekarang ni dah ajar mereka:
Math 2 Ibnu Nafis nak habis topik "Loci in Two Dimension"
Math 2 Ibnu Qayyim permulaan topik "Coordinates"
Sains 1 Ibnu Nafis pertengahan topik "Air Around Us"
Ya Allah moga aku dipermudahkan..
Nak cerita tentang program yg dah terlibat pula sepanjang di SAMSHSB..
1. Hari Guru Peringkat SAMSHSB.
Hari Guru nie dibuat hari terakhir sekolah sebelum cuti pertengahan tahun iaitu pada 27 Mei 2011 sebab peperiksaan kat Sekolah Agama nie memakan masa 3 minggu. Waktu tu la juga kelas ganti saya berlambak². Waktu tu juga saya mengenali pelajar SAMSHSB.
Hari Guru kami bertemakan "Arabic" & semua guru diminta memakai pakai hitam putih ala Arab. Paling mudah kebanyakan guru memakai jubah. Agak kelam-kabutlah juga hari kejadian sebab hujan turun melimpah-limpah. Sebenarnya rahmat paling besar pada hari itu. Bayangkanlah tak hujan dijamin berpeluh² semua guru dgn jubah hitam putih masing² . >_<
Aktiviti sama seperti yg kami buat kat sekolah dulu cuma pertama kali ikuti pertandingan Mumia. Dahlah ikut pertandingan bukan lagi sebagai pelajar tapi sebagai guru.
Banyak lagi aktiviti yg tak sempat dimuatkan di sini.
Banyak lagi aktiviti yg tak sempat dimuatkan di sini.
2. Progam Perkampungan Ilmu(PPI) PMR & SPM 2011 SAMSHSB.
Nie program kedua kami sertai sebagai guru praktikal di SAMSHSB. Terasa teruja bila datang ke Kolej Mawar, UiTM Shah Alam bukan sebagai peserta PPI tapi sebagai guru pengiring pelajar tingkatan 3 & 5. Terasa lucu bila dikenang kembali sebab datang program 4 hari 3 malam di sana membawa hanya sedikit baju. Terlupa yang aku datang bukan program yang selalunya dihadiri ketika di kampus.
Bukan nak berlagak tapi saja nak berkongsi supaya boleh ambil ikhtibar sebelum melangkah ke bidang praktikal di sekolah. Sebelum program ini lagi, pelbagai tugasan telah diamanahkan untuk diselesaikan sebelum program berlangsung seperti membuat pamplete, membuat nametag program & membuat risalah kerohanian.
Nak tolak tugasan diberikan adalah suatu yang tidak munasabah, kalau nak terima pula tiada pengalaman melainkan membuat risalah kerohanian saja yang berjaya disiapkan dengan segera sebab dulu pernah jadi raisah Lajnah Penerbitan, Dokumentasi & Informasi, Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI.
Nak tolak tugasan diberikan adalah suatu yang tidak munasabah, kalau nak terima pula tiada pengalaman melainkan membuat risalah kerohanian saja yang berjaya disiapkan dengan segera sebab dulu pernah jadi raisah Lajnah Penerbitan, Dokumentasi & Informasi, Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR, UPSI.
Dengan hati yang tidak yakin untuk mempersembahkan tugasan dengan baik, tangan ini cuba juga menyiapkannya. Alhamdulillah hasil bantuan Allah & ilham dari pamplete & nametag yang disimpan semasa berada di kampus digunakan semaksima mungkin. Walaupun tidak seteror orang yang biasa buat benda alah nie tapi hati ini tetap b'syukur.
Nah ini hasilnya:
Ni pula sebahagian gambar peserta program.
Kemanisan paling berharga bukan saja bila boleh mengeratkan silaturrahim dengan pelajar PMR & SPM malah mengenali guru² SAMSHSB.
3. Kejohanan Sukan Tahunan 2011 SAMSHSB.
Program terbesar yang kami sertai adalah sukan sekolah. Dan sebenarnya waktu itulah juga julung kalinya SAMSHSB mengadakan sukan tahunan di padang. Bila melalui sepanjang hari itu teringat pula kenangan sukan tahunan di SMSL. Semangat kesukanan yang tinggi. Bersorak dengan kemenangan. Bersedih dengan kekalahan. Wah, rindu zaman sekolah.
Go, go TEMENGGUNG go.
Nama rumah sukan di SAMSHSB menggunakan nama panglima² Islam zaman nabi iaitu HAMZAH, USAMAH, KHALID & HANZALAH. Seperkara yang dijaga oleh sekolah adalah pengasingan antara sukan pelajar lelaki dan sukan pelajar perempuan maka semasa hari kejadian hanya pelajar lelaki saja beraksi di balapan manakala pelajar perempuan dilaksanakan sebelum hari kejadian.
Sedikit gambar untuk tatapan mata
Acara pertandingan tarik tali antara pelajar, guru & ibu bapa.
Perbarisan yang hanya disertai oleh pelajar puteri.
Pengumuman keputusan kejohanan sukan.
*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
Sekadar ini saja laporan praktikal saya ^_^
Syukran jazilan bagi yang terlibat dalam mewarnai kehidupan praktikal saya.
Yang kurang harap dimaafkan.
Wallahualam.
4 123 Bingkisan Sahabat:
amboi...mcm tulis repot ROS je...tak pe wana,jd guru praktikal ni mmg mcm2 onak duri yg kena tempuh....sy dah lama rasa,siap time tu tgh dlm pantang anak pertama lg..x habis pantang lagi dah kena msk sek buat praktikal..apapun terus istiqamah..
hihih..
insyaAllah..
asek mengira je mana sempat nak update blog
hihi
Post a Comment