Photobucket

Sunday, July 3, 2011

Corat Coret Praktikal: 1M1S & Yaumul Atifah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:51 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Semalam dua program besar telah dijalankan di SAMSHSB. Kalau sekolah lain mungkin hanya ada aktiviti larian 1 Murid 1 Sukan tapi kami ada buat Yaumul Atifah juga. Taklah rasa malas nak ke sekolah hanya semata² utk lari bagi menyahut sahutan PM nak cipta rekod kononnya tapi mewajibkan semua sekolah buat larian. 

Jom baca jika nak tau lebih lanjut. >_<

Larian 1 Murid 1 Sukan


Pagi² dah pelajar, guru & ibu bapa berkumpul di dataran sekolah utk larian 1M 1S. Apa²pun "respect" dgn Cikgu Izwan, guru yg diamanahkan utk melaksanakan larian ini. Dia langsung tidak menyebut larian ini utk mencipta rekod tapi mengingatkan larian ini utk menyihatkan badan. 

Maka dgn hati terbuka pelajar² berlari dgn gembiranya mengelilingi sekolah. Pelajar perempuan berlari mengelilingi taman perumahan berdekatan sekolah manakala pelajar lelaki mengelilingi luar pagar sekolah. 

 "Umat Islam yg sihat mempunyai badan yg cergas"


Yaumul Atifah


Rehat sebentar selepas larian kemudian bergegas pula utk program Yaumul Atifah. Masa dapat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) terkejut juga ada suatu program akan berlangsung semasa kami praktikal iaitu Yaumul Atifah

Apa itu Yaumul Atifah?

Rupa²nya "Hari berkasih sayang antara guru & ibu bapa" atau yg biasa kita dengar iaitu ibu bapa ambil keputusan anak² mereka.  

Memandangkan saya diamanahkan utk membantu Cikgu Husna di kelas 1 Ibnu Nafis sebelum jam 9 pagi lagi telah bergegas ke kelas itu. Sebelum ibu bapa datang budak² nie beriya² nak bergambar. 

Kuingatkanlah jadi guru pembantu je dalam kelas tu, rupa²nya kena jadi guru yg melayan ibu bapa dgn menyerahkan keputusan mereka. 

"Nervous"lah juga. 

Nak komen apa tentang budak² nie. Dahlah baru je kenal budak² dlm masa 2 bulan yg lalu. Nama mereka pun tak sempat nak hafal lagi.

Utk pertama kalinya aku melihat dgn tekun bagaimana  Cikgu Husna melayan ibu bapa sambil menghafal skrip yg patut.

Alhamdulillah adalah dlm 12 x 2 = 24 orang ibu bapa/penjaga pelajar yg sempat aku sempat berbual & memberikan keputusan anak mereka. 

Waktu Yaumul Atifah kesempatan yg digunakan oleh ibu bapa bertemu guru² yg mendidik anak mereka. Setiap ibu bapa yg hadir meletakkan harapan yg tinggi kpd guru² utk meningkatkan pelajaran anak mereka.

"Pengalaman yg amat berharga"

><><><><><><><><><><><><><><><><><><

Setakat ini sahaja untuk berkongsian hari ini.


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...