Photobucket

Sunday, July 10, 2011

Berjayakah Himpunan BERSIH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:43 AM 2 comments

Berjayakah himpunan BERSIH?

Mungkin masih terlalu awal utk membuat penilaian secara menyeluruh, memandangkan perhimpunan BERSIH baru sahaja berakhir tidak sampai 7 jam yg lepas. Namun sebenarnya, kalau kita mengikuti secara dekat perkembangan terbaru, kita dgn mudah boleh membuat penilaian sendiri terhadap perkara tersebut.


1- PERHIMPUNAN AMAN
Terbukti, BERSIH berjaya menjadikan perhimpunannya sebagai sangat aman. Lawan kpd aman adalah ketegangan, rusuhan ataupun tindakan luar kawal. Tetapi ternyata, di pihak rakyat yg berhimpun, ia sama sekali tidak berlaku. 


Tiada cermin kereta yg pecah, tiada pasu bunga yg dilempar ke tengah jalan, tiada membaling objek atau batu, & tiada siapa pun yg bertindak mencetuskan provokasi. Ia dibuktikan dgn laporan² dari beratus² wartawan yg berada di situ.
Jadi, kita boleh letakkan 1-0. 1 utk rakyat, 0 utk kerajaan yg terdesak.

2- PENCETUS KETEGANGAN
Terbukti juga, yg mula² mencetus ketegangan adalah pihak polis & FRU, bukannya rakyat. Ketika rakyat belum berhimpun, sudah ada yg ditangkap. Bahkan beg mereka diselongkar tanpa sebab. Sedangkan mereka belum pun berhimpun. Nama mereka juga tidak tersenarai sebagai 91 individu yg dilarang memasuki Kuala Lumpur. Tetapi mereka sudah pun ditangkap. Jumlah tangkapan sebelum jam 2 petang sudah mencecah ratusan orang.
Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman & hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dgn gas pemedih mata. Tindakan dari pihak polis & FRU itu ternyata membuatkan kumpulan perhimpunan menjadi kucar-kacir. Semestinya, mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar & ditangkap. 


Tindakan inilah yg menjadikan suasana berubah kpd tegang. Ada yg melarikan diri & sebagainya. Sedangkan kalau dibiarkan, mereka sama sekali tidak merusuh. Bahkan sebelum ditembak gas pemedih mata itu pun, adakah mereka sedang merusuh atau bersedia utk merusuh?
Jawabnya tidak. Mereka hanya berhimpun & melaungkan slogan. Sekali lagi, pencetus kpd ketegangan di sini adalah pihak polis & FRU. Ini disaksikan oleh kesemua wartawan yg berada di lokasi. Jadi utk keduanya kalinya, 2-0. 2 utk rakyat yg berdisiplin & 0 utk polis yg tidak beretika.
Utusan Malaysia sendiri mengakui bahawa rakyat berhimpun secara aman & hanya melaungkan slogan


3- KECEKALAN

Suatu hal yg perlu kita sedar adalah, rakyat yg mahu berhimpun hari ini telah ditekan & diugut seawal bulan lepas lagi. Bahkan berapa ramai yg telah ditangkap krn berbaju kuning & berkempen utk BERSIH. Mereka yg ditangkap dlm operasi pra BERSIH itu bukan sedikit. Kemudian, di media² perdana memainkan isu BERSIH sebagai himpunan haram. Mereka ditakut²kan dgn kumpulan samseng. Mereka diancam dgn ordinan darurat & akta keselamatan dlm negeri (ISA).

Namun mereka tetap tabah. Rakyat yg yakin dgn HAK mereka, tidak pernah gentar utk mempertahankan hak tersebut. Dan mereka telah buktikan dgn BERANI utk turun hari ini. Mereka datang dgn berlatarbelakangkan tekanan & ugutan, bererti mereka benar² cekal & berani utk itu. Mereka bersedia utk ditangkap krn mereka yakin, mereka akan dibebaskan selepas itu &vtidak akan berjaya utk didakwa atas kesalahan apa².

Tetapi pihak polis & FRU, adakah mereka bertindak sebegitu cekal? Tidak. Mereka sendiri serba salah & hanya mengikut arahan pihak atasan. Mereka sendiri tidak jelas tentang undang² & akta salah yg mereka pegang. Tetapi krn kuasa, mereka dilihat sebagai ‘betul & benar’. Hakikatnya, di mahkamah nanti mereka bakal disaman oleh rakyat.

Sekali lagi, 3-0. 3 utk rakyat yg cekal berani & 0 utk polis FRU yg menjadi pak turut.



4- JUMLAH

Mungkin jumlah rakyat yg hadir hari ini lebih sedikit dr yg dijangkakan. Sekitar 50 ribu berbanding sasaran 500 ribu. Tetapi adakah itu bermakna BERSIH telah gagal & rakyat berjaya ditakutkan?

TIDAK!

Seperti saya nyatakan di atas, sebelum hari perhimpunan lagi, mereka telah ditekan & diasak dgn pelbagai ugutan. Kalau difikirkan secara logik, dgn begitu banyak tekanan & provokasi dr pemerintah, adalah MUSTAHIL utk rakyat masih berani utk turun ke jalanan. Lihat sahaja tekanan saat akhir, apabila gagal berkumpul di stadium. 


Perancangan yg berubah dr perancangan asal. Semua itu sepatutnya berjaya menjadikan rakyat hilang "mood" utk turun. Satu lagi yg tidak kurang juga penting utk dinilai sebagai penghalang, iaitu SEKATAN POLIS. Dgn sebegitu banyak sekatan, adalah mustahil utk rakyat masih boleh turun berhimpun dgn jumlah yg besar.

Tetapi anda saksikan sendiri. Rakyat masih berjaya turun dlm jumlah yg besar, melepasi halangan² yg bukan kecil. Maka jumlah yg kita lihat hari ini adalah jumlah yg sangat_ besar jika ditimbangkan dgn faktor halangan yg mereka terima. Inilah yg dikatakan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said, bahawa himpunan rakyat ini sebenarnya telah berjaya dgn jayanya.
Maka sekali lagi, 4-0. 4 utk rakyat yg bijak & 0 utk polis FRU & kerajaan terdesak yg gagal menyekat suara rakyat.

5- MORAL
Perdana Menteri Dato Seri Najib berucap dgn penuh gah sebelum ini. Katanya, dia bersedia memberikan stadium utk rakyat berhimpun. Tidak payahlah turun ke jalan raya. Kalau nak melalak sampai 3 pagi pun silalah. Kata² ini diucapkan oleh beliau dgn begitu bangga.
Akhirnya, BERSIH bersedia utk ke stadium. Apa berlaku? Najib berdolak-dalih pula & menyerahkan kpd ‘kuasa polis’. Menteri Dalam Negeri pula masih berkeras yg BERSIH adalah haram. Haram yg bagaimana jika mereka berjaya sampai ke depan Agong? Sudah tentulah tidak haram. Timbalan Ketua Polis Negara pula tiba² membuat kenyataan yg BERSIH tidak akan diberi permit. Secara tidak langsung, mereka tidak boleh berhimpun di stadium merdeka.
Mereka di atas, kesemuanya cakap berbelit² macam ular. Perdana Menteri yg kononnya mahu menjadi hero sekali lagi terpalit dgn kebusukan moral. Moraliti yg rendah sebagai pemimpin yg sanggup menggadaikan janjinya utk rakyat sendiri. Ternyata, janji manis Najib langsung tak boleh dipakai.
Rakyat pula telah bertolak-ansur. Daripada mahu berarak ke Istana Negara, mereka begitu berlapang dada & menyahut seruan utk ke Stadium. Tetapi mereka ditipu. Mereka telah membuktikan kejujuran mereka, & pihak pemerintah yg diketuai Najib membuktikan yg mereka adalah pembelot kpd janji.
Maka sekali lagi, 5-0. 5 utk rakyat yg bermaruah & bermoral tinggi, 0 utk pemerintah yg mungkir janji.

6- BELUM TENTU SALAH
Saya banyak membaca catatan dr para peguam yg terlibat secara langsung dlm kes demonstrasi sebelum ini. Antara yg pernah saya baca adalah mengenai Seksyen 27 Akta Polis 1967. Seorang peguam menulis bagaimana beliau melepaskan 4 orang tahanan di bawah akta tersebut & pihak pendakwa gagal mensabitkan apa_ kesalahan ke atas mereka. Rupanya, akta polis yg digunakan sewenang_nya utk menangkap peserta perhimpunan aman bukanlah sehebat namanya.
Secara asasnya, ia telah bercanggah dgn perkara 10 dalam perlembagaan sendiri. Mana mungkin, akta yg ‘kenit’ itu boleh menidakkan perkara yg dijamin oleh perlembagaan? Kerana itulah, apabila masuk ke mahkamah, mereka yg ditangkap akhirnya dibebaskan tanpa dipanggil utk membela diri.
Ini yg sedang berlaku. Kita banyak terpengaruh dgn liputan media perdana yg menampakkan tindakan kerajaan sebagai ‘betul & benar’ serta mempromosikan akta² yg digunakan sebagai sangat ‘gah’. Rakyat yg buta undang² akan menikus & tidak berani. Walhal, mereka di pihak yg benar & jika ditangkap, belum tentu mereka berjaya disabit kesalahan.
Lihatlah rekod, bagaimana BERSIH 1.0 diputuskan di mahkamah sebagai perhimpunan yg aman. Kesemua yg ditahan juga dibebaskan. Maka, hari ini perkara yg sama jugalah yg berulang. Sebab itu, rakyat tidak lagi takut dgn trak polis. Kalau ditangkap, mereka masih boleh melambai & melaungkan slogan. Inilah realiti yg sedang berlaku.
Jadi sekali lagi, 6-0. 6 utk rakyat yg menjunjung kebenaran & 0 utk pemerintah yg bertindak menyeleweng dr undang².

7- BERJAYAKAH?
Ramai orang bertanya samada berjaya atau tidak himpunan ini. Pada saya, perlu dikecilkan lagi konteks soalan. Jika berjaya dr sudut jumlah 500 ribu yg kita hendak, mungkin kurang berjaya. Tetapi kalau berjaya dr sudut JUMLAH rakyat, kita sebenarnya lebih dr berjaya.
Pada saya, BERSIH telah berjaya mencapai sasaran mereka sebenarnya. Ada yg bertanya, kenapa mesti di Kuala Lumpur, bukan di Selangor? Sebenarnya itulah tanda kejayaan kita. Kuala Lumpur adalah ibu negara & kita berkumpul di sana sebagai simbolik kesatuan kita utk negara. Kemudian anda perlu tahu, bahawa dlm perhimpunan ini ada beratus² wartawan & pemerhati, dr dlm & LUAR NEGARA.
Apa kesannya? Malaysia akan dinilai oleh dunia. Demokrasi di Malaysia yg tempang & berat sebelah akan dikritik oleh dunia. Kezaliman pemerintah dlm mengadili hak rakyat akan dikecam oleh dunia. Semua ini berpunca dari tindakan pemerintah, bukan rakyat. Justeru, sebenarnya BERSIH telah berjaya membawa mesej mereka kpd DUNIA. Bukan hanya utk Malaysia.
Sekali lagi 7-0. 7 utk rakyat yg berjaya & 0 utk pemerintah yg hilang punca!

****
Masih banyak yg mahu dicatat. Sebagai rakyat berjiwa merdeka, saya sangat terkesan dgn himpunan rakyat di Malaysia hari ini. Bahkan di seluruh dunia, di Australia, Mesir, Uk, Taiwan, China & berpuluh² negara lain, rakyat Malaysia berhimpun & menyanyikan lagu Negaraku utk menunjukkan sokongan kpd BERSIH.
Selain drpd BERSIH, saya mahu menyatakan penghormatan saya kpd Pemuda UMNO yg berhimpun atas nama Patriot. Hakikatnya, kalau anda perhatikan, BERSIH & Patriot adalah dua kumpulan rakyat yg sama & sedang menuntut perkara yg sama. Kedua²nya dinafikan hak utk berhimpun secara aman. Saya ‘tabik’ dgn Pemuda UMNO yg berani menyuarakan hak, biarpun tidak senada dgn BERSIH, tetapi hak yg diperjuangkan tetap sama.
Semoga di masa hadapan, kita akan lebih terbuka dgn prinsip demokrasi yg kita pegang. Pemerintah yg belot hari ini, WAJIB kita tukar dlm pilihanraya akan datang. Semoga tangan_ mereka yg mengasak rakyat, mencederakan & mengasari pada peserta di perhimpunan aman, akan diberikan balasan setimpal oleh Allah di akhirat kelak.
InsyaAllah.
Sumber: MYILHAM.com

2 123 Bingkisan Sahabat:

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...