Photobucket

Monday, October 1, 2012

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:57 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie cik Wana nak kongsi tentang sebuah cerpen yg dicopycat dari blog AKU ISLAM.

Mari teruskan bacaan.



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yg tengah menonton televisyen - ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus. Siaran astro OASIS itu telah pun bertukar kpd Indahnya Iman yg bermaksud akan masuk waktu  solat.

Tiba², si dia bangun & memandang dia yg tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

❝Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.❞ Si dia yg duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dgn ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai² nak tentukan jodoh orang. Cari yg stok tudung labuh pulak tu.

Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana² perempuan utk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab & balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.

Jadinya, abah kahwinkan aku dgn Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dgn dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku & aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dgn laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

❝Abang dengar tak?❞ Macam cakap dgn laptop tu je.

❝Hmmm, saya sembahyang dekat surau.❞ Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

❝Saya ikut. Jap saya siap.❞ Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?

❝Abang, dah siap.❞ Aiman memandang isterinya yg lengkap bertudung labuh saiz 60 dgn t-shirt muslimah & seluar tracksuit. Cantik!

❝Abang..?❞ Aiman tersedar.

❝Jom.❞ Kunci kereta di atas meja di capai.

❝Saya bawa kereta awak, tak kisah?❞ tanya Aiman ragu².

Syahirah senyum. ❝Harta saya harta abang juga.❞

Aiman hanya mengangguk. Dlm kereta hanya dengar radio - hot.fm refleksi.


******************************


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yg dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang² je jalan ni.

❝Abang, surau belok kiri tu.❞ Aiman hanya diam. Malu. Kereta dibelokkan pada arah yg diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yg hanya bert-shirt & seluar tracksuit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

❝Errr, Ira..❞ Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

❝Ya?❞ 

❝Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kene halau ke nanti?❞ 

Syahirah senyum. ❝Jangan risau yg menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita krnNYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.❞ 

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dgn orang masuk bab² agama.

❝Jom.❞ Ajak Syahirah. Enjin kereta di matikan.


******************************


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

❝Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.❞

Teringat diari isterinya yg dia jumpa tadi. Terbaca.

“Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dgn aku? Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! 

❝Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun!❞ Seperti ada suara yg datang dlm fikirannya. Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah?

Teringat juga dia amaran abang iparnya. ❝Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.❞ 

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dlm kereta sebelum ke rumah mertuanya.

❝..Ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu, aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?❞ Aiman hanya mengangguk. Huh, garang!

Syahirah memandang suaminya yg duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman & menutup mata Aiman dgn tangannya.

❝Cuba teka ini siapa?❞ kata Syahirah dgn suara yg dibuat² macam suara lelaki.

Aiman yg tengah berfikir itu terkejut tiba² pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.

❝Hmmm, Tom Cruise..❞ main² Aiman.

❝Salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!❞ Aiman ketawa.

❝Hmmm, Hj. Amran.❞ Syahirah pula ketawa.

❝Salah! Hj. Amran dekat Johor.❞

❝Ha! Tahu..tahu..Syah!❞ Syahirah kerut dahi.

❝Syah mana?❞

❝Syahirah.❞ Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yg pendiam. Terkejut juga tiba² si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara mara dia ada kata yg Syahirah ini jenis yg ceria & dia pula jenis yg boleh je ‘masuk’.

❝Abang buat apa?❞

❝Tak ada apa². Saya nak tanya awaklah..❞

❝Tanya apa?❞

❝Err.. Kenapa awak terima lamaran abah utk kahwin dgn saya?❞

❝Sebab Allah.❞

Aiman diam sebentar.

❝Tak faham.❞

❝Saya buat solat istikharah. Minta petunjuk dariNya.❞ Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yg hendak dikatakan lagi. Sebak tiba².


******************************


Seminggu berlalu….

❝Abang, saya tak reti masak❞ kata Syahirah yg tengah bercekak pinggang di dapur itu.

Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak - hari² makan kedai bankruplah. Dahlah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dlm diari isterinya.

 ❝lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”

Walaupun ayat itu ditulis dlm diari & bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dlm hati Aiman.

❝Macam mana ni abang?❞ kata Syahirah sayu.

Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.

❝Tak apalah, lepas ni kita sama² belajar masak.❞

❝Maaf ya abang..❞

Aiman senyum. ❝Tak apa.❞

Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dgn membawa laptop.

❝Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?❞

❝Belajar masak guna internet.❞ Aiman senyum & mengangkat kening. 

Syahirah senyum.


******************************


❝Huish masin.❞ Komen Syahirah.

Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. ❝Abangkan yg masak ni?❞ Kata Syahirah lagi. Aiman rasa & ketawa.

❝Okaylah ni. Ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa²..❞ komen Aiman pula.

❝Okay apa..❞

❝Is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa². Campur je semua. Gulai sayur.❞

❝Boleh ke macam itu?❞

❝Boleh je.❞

❝Okay..❞

❝Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.❞ Aiman langsung tak sedar apa yg dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?

Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!


******************************


❝Ustaz.❞ Panggil Aiman pada insan yg baru selesai mengimami solat Maghrib itu.

Ustaz itu menoleh. ❝Ya?❞

❝Saya nak…❞

❝Nak apa?❞

Aiman malu utk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.

❝Anak nak apa?❞

❝Saya nak belajar agama.❞ Terluah juga.

Ustaz itu senyum. ❝Mari.❞


******************************


Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

❝Ustaz kenalkan isteri saya.❞ Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum & mengangguk.

❝Baguslah. Muda² kahwin sama² pergi surau.❞ Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa diberi.

❝Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yg soleh macam Aiman ni.” kata² Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

❝Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.❞

❝Terima kasih ustaz.❞ Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.

❝Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.❞

❝Waalaikumsalam.❞ Jawab Syahirah & Aiman serentak.


******************************


Aiman duduk di birai katil dgn mata memandang Syahirah yg tengah mengemas bajunya ke dlm bagasi.

❝Lamanya abang pergi..❞ Aiman tersedar.

❝Hmm, seminggu je.❞

Ya, dia kata dgn Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama utk belajar agama dgn ustaz yg dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak utk menjadi imam dlm keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa². Sudah tiba waktunya dia berubah!

❝Seminggu tu lama tauu..❞ lirih Syahirah.

❝Pejam celik, pejam celik sekejap je tu..❞

❝Kalau pejam tak celik²?❞ tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.

❝Apa awak cakap ni?❞ lembut & ada nada risau di situ.

Syahirah ketawa halus. ❝Gurau jelah. Abang ni cepat betul sentap.❞

Aiman diam. ❝Takyahlah kemas beriya². Nanti yg lain saya kemas.❞

Isterinya tarik muncung. ❝Tak maulah, nanti kurang pahala.❞


bersambung…


Saturday, September 29, 2012

Corat Coret Guru Ganti [My Life as a Teacher]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:04 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi nikmat IMAN & ISLAM di saat ramai lagi yg belum menerima hidayah Allah. Sama² kita doakan buat mereka juga mendapat nikmat IMAN & ISLAM.

Alhamdulillah juga dipanjatkan pd Allah sebab menganugerahkan cik Wana rezeki iaitu dapat jadi GURU GANTI sementara tunggu posting guru. Sedar tak sedar minggu depan masuk bulan ke-9 cik Wana bergelar guru ganti. Alhamdulillah wa syukurlillah.

Hari nie nak sambung story about my life as teacher at Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL). Wah, speaking!!!

Actually memang kat SMKL cik Wana terPAKSA speaking semasa mengajar Biologi kelas 4 Kreatif & 4 Harmoni.

Ceritanya begini, masa mula² mendaftar kat SMKL cik Wana diarahkan utk masuk 2 kelas SAINS tingkatan 4 (4 Fasih & 4 Gigih), 1 kelas SAINS tingkatan 5 (5 Berkat) & 2 kelas BIOLOGI tingkatan 4 (4 Harmoni & 4 Kreatif). Kalau tak silap pembahagian masa utk seminggu seperti di bawah:

4 Fasih (4F) = 5 masa (180 minit)
 4 Gigih (4G) = 5 masa (180 minit)
 5 Berkat (5B)  = 6 masa (210 minit)
 4 Kreatif (4K) = 4 masa (140 minit)
 4 Harmoni (4H) = 4 masa (140 minit)
 5 Kelas = 24 masa (850 minit)


Kat SMKL ada dua sesi iaitu sesi petang (tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3) & sesi pagi (tingkatan 4, tingkatan 5, tingkatan 6). 


Setiap tingkatan ada lebih kurang 11 kelas (Amanah, Berkat, Cekal, Dedikasi, Efektif, Fasih, Gigih, Harmoni, Intelek, Jujur, Kreatif) & purata pelajar dlm setiap kelas ialah 30 orang.


Ramaikan?


Memang ramai & SMKL merupakan sekolah paling ramai pelajarnya di Labuan dgn tenaga pengajar hampir 200 orang dgn bantuan 20 anggota kumpulan sokongan (AKS).


Gambar dgn jejaka 4 Fasih (Arifin, Aidil, Rosdi) semasa Sambutan Merdeka Raya 2012

Kelas paling pandai bermula drpd huruf K & sudah semestinya di kelas hadapan lebih 50% murid berbangsa Cina. Itulah yg menyebabkan cik Wana speaking waktu mengajar walaupun broken². Terbelit lidah. Sengsara. Dahlah ajar Biologi & Sains lagi tue yg banyak fakta. Nasib baiklah kat kelas 5 Berkat tak speaking.


Setiap hari cik Wana perlu prepare sediakan slide utk Pengajaran & Pembelajaran (PnP) serta latihan buat mereka. Seriously kena prepare sangat² before masuk kelas especially 4K & 4H. 60% of students in 4K chinese & 80% of students in 4H chinese. 4G & 4F sedikit je pelajar cina iaitu kurang drpd 5 orang bagi setiap kelas. 


Everyday memang kena buat revision before balik rumah sebab kalau di rumah memang penat & tiada masa buka buku. Rutin harian jalan kaki & naik bas balik rumah masih macam dulu. Tengok SINI.

Sejak mengajar menengah atas, cik Wana dapat membuat kesimpulan 
nak mendidik pelajar menengah rendah perlu buat mereka macam adik.
nak mendidik pelajar menengah atas perlu buat mereka macam kawan.


Tapi TEGAS tue perlu ada kalau tak mahu dipijak kepala.


Kat SMKL nie taklah sesibuk seperti di SKRR dulu. Pelajar tak perlu dikawal seperti murid² sekolah rendah & aktiviti pun tak banyak.

Tapi masalah disiplin sangat dahsyat kot. Bukan saja di SMKL tapi rasanya seluruh Malaysia. Mungkin budak² nie terasa dah besar kot. Huhu...

Cuma tugas rutin yg cik Wana buat sejak mula mengajar di SMKL sampai sekarang nie ialah sebagai Guru Kelas 4 Fasih. Setiap perlu isi Buku Rekod Kehadiran Pelajar (RKP), hujung bulan kena tutup akaun RKP & kenalpasti pelajar yg ada masalah dgn kehadiran.

**10 hari tidak hadir tanpa sebab (surat sokongan) dianggap PONTENG & akan dapat surat CINTA amaran pertama dari unit DISIPLIN sekolah.

Pejam celik, pejam celik dah 2 bulan jadi tenaga pengajar di SMKL & hanya sebulan lagi tempoh berkhidmat.

Kini cik Wana tak ajar 4K, 4H & 5B selepas rombakan jadual waktu memandangkan ada cikgu SAINS baru & tetap mendaftar di SMKL & cik Wana dipertanggungjawab utk mengajar SAINS kelas 4 Amanah (4A) & 4 Cekal (4C).

Cabaran...Cabaran...Cabaran...

Nak tahu cabarannya? Nantikan entri akan datang.


❝Ya ALLAH, ya tuhanku. Jadikan aku seorang pendidik yg lebih baik & benar boleh memahami anak muridku. Jadikan aku seorang yg sentiasa penyayang, tenang & sabar. Jadikan aku seorang yg jujur, baik hati, adil & tegas dlm melaksanakan amanahMU ini. Amin❞


Wallahualam

Monday, September 24, 2012

Corat Coret PRK: Kenali CALON MPP UPSI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:19 PM


Assalamualaikum, 
Selamat sejahtera,
Salam Pilihan Raya Kampus se-Malaysia.

Walaupun sudah bergraduat tapi kehangatan Pilihan Raya Kampus (PRK) masih terasa sehingga hari ini. Terlalu banyak kenangan yg terukir sehingga tidak mampu melupakan saat itu.

Rasanya setiap kali PRK cik Wana tidak pernah ketinggalan utk mencoret tentang PRK promote calon Mahasiswa Pendidik (MP) termasuklah promote DIRI SENDIRI. Tak percaya mari tengok kat sini. 

Before promote calon MP, u all nie tahu tak apa itu PRK?

Ini saja calon Mahasiswa Pendidik yg bertanding. InsyaAllah ini pilihan terbaik Allah.

PRK stands for Pilihan Raya Kampus. PRK merupakan satu platform di mana calon² yg berhasrat utk memegang kerusi kepimpinan  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanding melalui proses pilihan raya. 

Secara ringkasnya, kalian dikehendaki utk mengundi calon² yg telah lulus semasa proses penamaan calon utk bertanding. Tetapi harus diingatkan, bukan senang² & suka² kita nak undi mana² calon. 

Kita bukan BUDAK SEKOLAH lagi. Mahasiswa yg matang & berintelek haruslah mengenali siapa calon² yg harus diundi. Di sinilah fungsi rapat umum diadakan, di mana calon² akan memperkenalkan diri & membentangkan manifesto masing². 

Manifesto yg dibentangkan merupakan matlamat mereka. Jika kalian yakin pada seseorang calon tersebut, berilah sokongan utk mereka berusaha menjadikan manifesto itu satu realiti. 

USAHA yg dinilai ALLAH adalah dgn hati yg ikhlas. Pilihlah calon yg mampu membawa kalian ke arah yg lebih baik dgn cara yg betul. 



Kpd para senior, rajin²lah explain to our juniors about this matter. Masih ramai yg kabur tentang PRK & kepentingannya. 

Masa kita tak banyak. Ada 6 jam sahaja lagi masa berkempen. Ingat esok hari SELASA bersamaan 25 SEPTEMBER 2012, proses buang undi akan berlangsung bagi pemilihan MPP UPSI 2012/2013. 

Last but not least, jom kenali 3 Calon UMUM MP & 1 Calon FAKULTI MP yg bertanding, 1 Calon FAKULTI MP yg menang tanpa bertanding.

Maghfur: Calon UMUM.

Shahrul: Calon UMUM.

Husnil: Calon UMUM.

SyafiQ: Calon Fakulti Bahasa & Komunikasi.

AtiQah: Fakulti Sains & Matematik. Dalam SEJARAH, calon MP menang tanpa bertanding di kerusi yg cik Wana pernah bertanding dulu. Tahniah wa takziah dik atas kemenangan.


Semoga pimpinan MPP pada kali ini mampu menjadi peneraju ummat, penyambung perjuangan para nabi & rasul. Tujuan kita yg utama masih satu, walau dari kumpulan mana (Mahasiswa Pendidik atau We Love UPSI) pun kita berada, semoga kalimah Allah menjadi paksi pucuk pimpinan yg akan datang & kebajikan seluruh Mahasiswa terbela. InsyaALLAH. 

Wallahualam. 


P/S: 
# Maaflah calon² We Love UPSI, satu pun antara kamu cik Wana tak kenal so tak dapatlah promote.
# Ada 7 kerusi sahaja belum diketahui (5 kerusi UMUM & 2 kerusi Fakulti Bahasa & Komunikasi). 21 kerusi telah dimenangi We Love UPSI & 1 kerusi telah dimenangi Mahasiswa Pendidik. Hambarkan PRK kali ni?
# Perkembangan terkini boleh tengok di page KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK. Cik Wana pun copypaste dari situ je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...