Photobucket

Monday, September 24, 2012

Corat Coret PRK: Kenali CALON MPP UPSI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:19 PM No comments


Assalamualaikum, 
Selamat sejahtera,
Salam Pilihan Raya Kampus se-Malaysia.

Walaupun sudah bergraduat tapi kehangatan Pilihan Raya Kampus (PRK) masih terasa sehingga hari ini. Terlalu banyak kenangan yg terukir sehingga tidak mampu melupakan saat itu.

Rasanya setiap kali PRK cik Wana tidak pernah ketinggalan utk mencoret tentang PRK promote calon Mahasiswa Pendidik (MP) termasuklah promote DIRI SENDIRI. Tak percaya mari tengok kat sini

Before promote calon MP, u all nie tahu tak apa itu PRK?

Ini saja calon Mahasiswa Pendidik yg bertanding. InsyaAllah ini pilihan terbaik Allah.

PRK stands for Pilihan Raya Kampus. PRK merupakan satu platform di mana calon² yg berhasrat utk memegang kerusi kepimpinan  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanding melalui proses pilihan raya. 

Secara ringkasnya, kalian dikehendaki utk mengundi calon² yg telah lulus semasa proses penamaan calon utk bertanding. Tetapi harus diingatkan, bukan senang² & suka² kita nak undi mana² calon. 

Kita bukan BUDAK SEKOLAH lagi. Mahasiswa yg matang & berintelek haruslah mengenali siapa calon² yg harus diundi. Di sinilah fungsi rapat umum diadakan, di mana calon² akan memperkenalkan diri & membentangkan manifesto masing²

Manifesto yg dibentangkan merupakan matlamat mereka. Jika kalian yakin pada seseorang calon tersebut, berilah sokongan utk mereka berusaha menjadikan manifesto itu satu realiti. 

USAHA yg dinilai ALLAH adalah dgn hati yg ikhlas. Pilihlah calon yg mampu membawa kalian ke arah yg lebih baik dgn cara yg betul. 



Kpd para senior, rajin²lah explain to our juniors about this matter. Masih ramai yg kabur tentang PRK & kepentingannya. 

Masa kita tak banyak. Ada 6 jam sahaja lagi masa berkempen. Ingat esok hari SELASA bersamaan 25 SEPTEMBER 2012, proses buang undi akan berlangsung bagi pemilihan MPP UPSI 2012/2013

Last but not least, jom kenali 3 Calon UMUM MP & 1 Calon FAKULTI MP yg bertanding, 1 Calon FAKULTI MP yg menang tanpa bertanding.

Maghfur: Calon UMUM.

Shahrul: Calon UMUM.

Husnil: Calon UMUM.

SyafiQ: Calon Fakulti Bahasa & Komunikasi.

AtiQah: Fakulti Sains & Matematik. Dalam SEJARAH, calon MP menang tanpa bertanding di kerusi yg cik Wana pernah bertanding dulu. Tahniah wa takziah dik atas kemenangan.


Semoga pimpinan MPP pada kali ini mampu menjadi peneraju ummat, penyambung perjuangan para nabi & rasul. Tujuan kita yg utama masih satu, walau dari kumpulan mana (Mahasiswa Pendidik atau We Love UPSI) pun kita berada, semoga kalimah Allah menjadi paksi pucuk pimpinan yg akan datang & kebajikan seluruh Mahasiswa terbela. InsyaALLAH. 

Wallahualam. 


P/S: 
# Maaflah calon² We Love UPSI, satu pun antara kamu cik Wana tak kenal so tak dapatlah promote.
# Ada 7 kerusi sahaja belum diketahui (5 kerusi UMUM & 2 kerusi Fakulti Bahasa & Komunikasi). 21 kerusi telah dimenangi We Love UPSI & 1 kerusi telah dimenangi Mahasiswa Pendidik. Hambarkan PRK kali ni?
# Perkembangan terkini boleh tengok di page KAMI SOKONG MAHASISWA PENDIDIK. Cik Wana pun copypaste dari situ je.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...