Saturday, September 29, 2012

Corat Coret Guru Ganti [My Life as a Teacher]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:04 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah masih diberi nikmat IMAN & ISLAM di saat ramai lagi yg belum menerima hidayah Allah. Sama² kita doakan buat mereka juga mendapat nikmat IMAN & ISLAM.

Alhamdulillah juga dipanjatkan pd Allah sebab menganugerahkan cik Wana rezeki iaitu dapat jadi GURU GANTI sementara tunggu posting guru. Sedar tak sedar minggu depan masuk bulan ke-9 cik Wana bergelar guru ganti. Alhamdulillah wa syukurlillah.

Hari nie nak sambung story about my life as teacher at Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL). Wah, speaking!!!

Actually memang kat SMKL cik Wana terPAKSA speaking semasa mengajar Biologi kelas 4 Kreatif & 4 Harmoni.

Ceritanya begini, masa mula² mendaftar kat SMKL cik Wana diarahkan utk masuk 2 kelas SAINS tingkatan 4 (4 Fasih & 4 Gigih), 1 kelas SAINS tingkatan 5 (5 Berkat) & 2 kelas BIOLOGI tingkatan 4 (4 Harmoni & 4 Kreatif). Kalau tak silap pembahagian masa utk seminggu seperti di bawah:

4 Fasih (4F) = 5 masa (180 minit)
 4 Gigih (4G) = 5 masa (180 minit)
 5 Berkat (5B)  = 6 masa (210 minit)
 4 Kreatif (4K) = 4 masa (140 minit)
 4 Harmoni (4H) = 4 masa (140 minit)
 5 Kelas = 24 masa (850 minit)


Kat SMKL ada dua sesi iaitu sesi petang (tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3) & sesi pagi (tingkatan 4, tingkatan 5, tingkatan 6). 


Setiap tingkatan ada lebih kurang 11 kelas (Amanah, Berkat, Cekal, Dedikasi, Efektif, Fasih, Gigih, Harmoni, Intelek, Jujur, Kreatif) & purata pelajar dlm setiap kelas ialah 30 orang.


Ramaikan?


Memang ramai & SMKL merupakan sekolah paling ramai pelajarnya di Labuan dgn tenaga pengajar hampir 200 orang dgn bantuan 20 anggota kumpulan sokongan (AKS).


Gambar dgn jejaka 4 Fasih (Arifin, Aidil, Rosdi) semasa Sambutan Merdeka Raya 2012

Kelas paling pandai bermula drpd huruf K & sudah semestinya di kelas hadapan lebih 50% murid berbangsa Cina. Itulah yg menyebabkan cik Wana speaking waktu mengajar walaupun broken². Terbelit lidah. Sengsara. Dahlah ajar Biologi & Sains lagi tue yg banyak fakta. Nasib baiklah kat kelas 5 Berkat tak speaking.


Setiap hari cik Wana perlu prepare sediakan slide utk Pengajaran & Pembelajaran (PnP) serta latihan buat mereka. Seriously kena prepare sangat² before masuk kelas especially 4K & 4H. 60% of students in 4K chinese & 80% of students in 4H chinese. 4G & 4F sedikit je pelajar cina iaitu kurang drpd 5 orang bagi setiap kelas. 


Everyday memang kena buat revision before balik rumah sebab kalau di rumah memang penat & tiada masa buka buku. Rutin harian jalan kaki & naik bas balik rumah masih macam dulu. Tengok SINI.

Sejak mengajar menengah atas, cik Wana dapat membuat kesimpulan 
nak mendidik pelajar menengah rendah perlu buat mereka macam adik.
nak mendidik pelajar menengah atas perlu buat mereka macam kawan.


Tapi TEGAS tue perlu ada kalau tak mahu dipijak kepala.


Kat SMKL nie taklah sesibuk seperti di SKRR dulu. Pelajar tak perlu dikawal seperti murid² sekolah rendah & aktiviti pun tak banyak.

Tapi masalah disiplin sangat dahsyat kot. Bukan saja di SMKL tapi rasanya seluruh Malaysia. Mungkin budak² nie terasa dah besar kot. Huhu...

Cuma tugas rutin yg cik Wana buat sejak mula mengajar di SMKL sampai sekarang nie ialah sebagai Guru Kelas 4 Fasih. Setiap perlu isi Buku Rekod Kehadiran Pelajar (RKP), hujung bulan kena tutup akaun RKP & kenalpasti pelajar yg ada masalah dgn kehadiran.

**10 hari tidak hadir tanpa sebab (surat sokongan) dianggap PONTENG & akan dapat surat CINTA amaran pertama dari unit DISIPLIN sekolah.

Pejam celik, pejam celik dah 2 bulan jadi tenaga pengajar di SMKL & hanya sebulan lagi tempoh berkhidmat.

Kini cik Wana tak ajar 4K, 4H & 5B selepas rombakan jadual waktu memandangkan ada cikgu SAINS baru & tetap mendaftar di SMKL & cik Wana dipertanggungjawab utk mengajar SAINS kelas 4 Amanah (4A) & 4 Cekal (4C).

Cabaran...Cabaran...Cabaran...

Nak tahu cabarannya? Nantikan entri akan datang.


Ya ALLAH, ya tuhanku. Jadikan aku seorang pendidik yg lebih baik & benar boleh memahami anak muridku. Jadikan aku seorang yg sentiasa penyayang, tenang & sabar. Jadikan aku seorang yg jujur, baik hati, adil & tegas dlm melaksanakan amanahMU ini. Amin


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...