Photobucket

Tuesday, October 2, 2012

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:08 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini adalah sambungan dari cerpen Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga. Bagi sesiapa yg belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari:



Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yg pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba.

Selesai solat berjemaah dgn rakan² di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.

Awak sihat? Aiman duduk di tangga surau papan itu.

Syahirah bersuara riang. Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang²? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri.

Hah, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana? tiba² suara Syahirah bertukar sebak.

Saya tahu,saya bukan sapa² dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya.. air mata Syahirah mengalir.

Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba² terdengar esakkan.

Awak nangis ke? Diam lagi.

Awak, saya…

Syahirah memintas. Tak apa. Saya faham. Air matanya diseka.

Abang sihat tak?

Alhamdulillah sihat. Diam.

Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk pesan Syahirah.

Baik sayang. Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. Lagi?

Err..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.. Aiman ketawa.

Next?

Kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajjud.. Aiman hanya mengangguk.

Lagi?

Selalu beristighfar

Okay. Lagi?

Ingat Allah dlm setiap perbuatan.

Alright, next?

Sentiasa berselawat.

Okay.

Abang ni last.

Apa dia tu? soal Aiman lembut.

Doakan rumah tangga kita sampai syurga. Aiman senyap sekejap.

Sure.


******************************


Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.

Assalammualaikum, awak. Sapa Aiman.

Waalaikumsalam, abang. Nada ceria. Syahirah bersalaman dgn Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yg hanya bert-shirt kolar & berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.

Err..awak pandang apa? Syahirah tersentak.

Eh, tak.. abang nampak lain.

Apa yg lain? Aiman memandang dirinya & baru perasan akan kopiah di kepalanya.

Oh.. jawab Aiman & menarik kopiahnya.

Jom masuk. Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas & bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa & tenang.

Abang nah.. lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya.

Aiman menyambut. Thanks.

Abang, nak tahu tak? Dia duduk bawah melutut depan Aiman yg duduk di sofa itu.

Hurmm? Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dgn sikap Syahirah yg peramah & banyak cakap ini. Kadang² macam budak².

Ada sinetron baru tau. Berkerut dahi Aiman.

Oh, apa benda tu?

Apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya CINTA FITRI.

Oh.. gelas di letak di atas meja.

Kenapa dgn cerita tu?

Best. Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel!

Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. Apa yg best?

Lagu.

Ek.. Oh.. jalan cerita tak best? Sungguh, ini baru pertama kali dlm hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia.

Best jugak tapi sedih.

Kenapa?

Entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu?

Lagu apa?

Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu & Shireen Sungkar Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati.

Haa, nah.. dia menghulurkan earphone pada Aiman.

Hmmm, awak ambil satu.. kata Aiman & menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. Errr..kita dengar sesama.. tergagap² Aiman. 

Ok.❞ (Lagu CINTA KITA. Klik sini)

Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah utk dengar mp3 itu.


- - Inilah aku apa adanya. Yang ingin membuatmu bahagia. Maafkan bila ku tak sempurna. Sesempurna cintaku padamu - - 


Saya baru download tadi. Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam utk melayan lagu dari seberang. 


- - Ini cintaku apa adanya. Yang ingin selalu di sampingmu. Ku tahu semua tiada yg sempurna. Di bawah kolong langit ini. - -


Abang kita jadikan lagu kita nak? Aiman diam seketika.

Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.

Hmmm.


- - Jalan kita masih panjang. Ku ingin kau selalu disini. Biar cinta kita tumbuh harum mewangi. Dan dunia menjadi saksinya. Untuk apa kita membuang² waktu. Dengan kata kata perpisahan - -


Kedua² mereka melayan perasaan dgn lagu itu. Tanpa disedari Aiman telah meetakkan tangannya di bahu sofa & spontan menarik isterinya ke dlm pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


- - Demi cinta kita aku akan menjaga. Cinta kita yg telah kita bina. Walau hari terus berganti hari lagi. Cinta kita abadi selamanya - -


Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur.

Eeerr.. awak… Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.

Awak… bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dgn mengosok matanya.

Abang saya ABC la. Abang solatlah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni?

Awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak².

Oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.

Aiman telah pun bangun utk menuju ke bilik.

Abang.

Langkah Aiman mati. Dia menoleh.

Doakan rumah tangga kita sampai syurga. Syahirah senyum & gaya menadah tangan.

Sure.


******************************


Abang, saya nak cari buku masak. Aiman hanya mengangguk dgn tangannya yg ada dua beg kertas barang yg dia beli & Syahirah beli tadi.

Nanti jumpa abang dekat kaunterlah. Kata Syahirah lagi & terus berlalu. Aiman hanya senyum & menghantar dgn pandangan mata. Aiman berjalan ke buku² Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dlm kedai buku itu.

Ada boleh saya bantu encik?

Hmmm, ada tafsir tak? Hmm..tafsir Al-Quran?

Maaf encik tiada stok. Aiman senyum paksa.

Okay. Thanks. Kenapa tiba² rasa sebak ni?

Tiba², Syahirah datang.

Abang tak beli apa²?

Tak. Awak dah jumpa buku? Syahirah senyum & menunjukkan buku itu pada Aiman.

Tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?

Okay. Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.

Wah, romantiknya mereka!

Tahu tak apa. Untungkan wanita itu dapat suami yg punyalah handsome & baik!

Mana kau tahu baik?

Tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.

Oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.

Sweetkan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar & seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dgn tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan

Superb! Romantic!

Allah S.W.T telah berfirman, Perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat & lelaki yg jahat utk perempuan yg jahat, perempuan yg baik utk lelaki yg baik & lelaki yg baik utk perempuan yg baik. (an-Nur: 26)

Betul².


******************************


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan.

Abang.. sapa Syahirah manja.

Aiman senyum. Kenapa?

Nah.. Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil & berfikir.

Birthday saya rasanya belum lagi..

Abang bukalah dulu. Saya dah ngantuk. Jangan tidur lewat² tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan aircond. Nite abang. Assalammualaikum. Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.

Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan² Aiman membuka balutan itu.

SubhanaALLAH, tafsir Al-Quran.. terasa macam nak mengalir air mata Aiman.

Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.

Aiman turn off laptopnya. Kertas² yg bertaburan diperkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan² kerjanya Aiman mengambil tafsir itu & masuk ke bilik. Samar². Hanya lampu di sisi katil sahaja yg menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja makeup. Seluar dilipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur krn dia memang beriya² hendakkan tafsir Al-Quran itu. Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.

bersambung...



0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...