Photobucket

Friday, June 29, 2012

Corat-coret Guru Ganti [Bas]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:38 PM 18 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Alhamdulillah bulan ke-5 dah habis & insyaAllah minggu depan masuk bulan ke-6 mengajar di SKRR. Tempoh masa yg lama buat saat ini bergelar sebagai seorang pendidik. 

Memikul amanah & tanggungjawab sebagai guru ganti sementara menunggu penempatan sebagai seorang guru sebenar.

Posting!!! Posting!!! Posting!!! Datanglah padaku.



Graduan Ijazah Pendidikan tapi gaji ikut taraf SPM

Gaji? [Mata duitan juga cik Wana nie]

Sebenarnya bukan gaji yg jadi persoalan besar dlm entri hari nie. Tapi, sebenarnya perjalanan hidup bergelar guru ganti. Rasanya ini entri pertama cik Wana membongkar rahsia kisah dirinya di blog setelah bergelar guru ganti. Hanya suka². Utk bacaan di hari tua. [Kalau masih hidup di dunia] okaja*

Di sini kisah bermula. 


Orang kata kat aku, bestnya dah ada gaji sendiri. Tapi aku kata biasa² saja. Tak banyak pun. Tapi, Alhamdulillah pengalaman banyak drpd gaji ^____^.

Gaji digunakan hanya utk bayar tambang bas saja. Balik dari sekolah menaiki 2 bas mini. Naik bas mini 2 tambang RM1.50 & bas mini 6 tambang RM1.00. 

Kalau ada cikgu lain simpati ditumpangkan sampai bandar so naik bas mini 6 saja. Kalau ada cikgu lain yg lebih baik hati ditumpangkan sampai simpang jalan dekat rumah. 

Wah, rasa bahagia saat itu sebab tak perlu habiskan masa 1 jam 30 minit lebih utk sampai rumah selepas balik sekolah. Kalau balik jam 2.00pm insyallah di rumah sekitar jam 3.30pm. Walaupun malu tapi ikut juga naik kereta apalagi cikgu tu beria² nak tumpangkan. 

Kadangkala pura² baca sms semasa tunggu bas di perhentian bas ketika kereta cikgu² lain lalu.

Kadangkala pura² baca buku sampai tak sedar kereta lalu di depan mata.

Kadangkala pura² khusyuk bercerita dgn anak murid yg tunggu ibu bapa mereka.

Inilah taktikku. Sungguh pemalu & tidak mahu menyusahkan orang. 

Menunggu bas mini 2 lalu di SKRR pun boleh buat orang berjanggut. Masa menunggu bas mini paling cepat pun lebih kurang 5 minit & paling lama 30 minit. Sehingga membuatkan mengenali murid² yg sama² menunggu, mengenali orang yg menjemput murid² dari sekolah & banyak lagi.

Kadangkala tidak perlu menjenguk kepala melihat samada bas dah tiba atau belum sebab murid² dah sukarela nak tahankan bas. Saat paling seronok bila dah naik bas, murid² ramai² teriak

Babai ustazah, besok kita jumpa lagi


Pada ketika itu yg pasti semua yg berada dlm bas akan memandang. Kadangkala terdengar bisikan kecil sesama mereka. 

Tak marah pun. Tak kisah pun.

Kalau drebar bas peramah mesti dia ajak berbual. Nak mulakan perbualan sudah pasti tidak kerana lebih baik tidur. Dah penat bercakap masa di sekolah. Pusing², lalu sana, lalu sini, insyaAllah 30 minit kemudian sampailah di bandar. 

Sampai di bandar menunggu bas mini 6 di stesen bas. Untung nasib  badan, sekejap saja bas dah penuh. Kalau tidak bernasib baik, terpaksalah mandi peluh di bawah matahari terik menunggu kehadiran orang memenuhkan ruang di dlm bas.

Sampai di simpang jalan, berjalan kaki lebih kurang 15 minit menuju ke rumah.

Hidup tidak terlepas drpd dugaan, tapi itu bukan bermakna Allah SWT membenci kita atau sengaja ingin menyusahkan kita. Ada sesuatu yg ingin Dia berikan. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah SWT dgn hati yg tabah, sabar & redha

Inilah perjalanan hidupku selama 5 bulan selama cik Wana bergelar sebagai guru ganti SKRR. Ini baru sebahagian. Belum lagi lebih detail. 

Moga Allah mempermudahkan segala urusanku.

Ya ALLAH ya tuhanku. Jadikan aku seorang pendidik yg lebih baik & benar boleh memahami anak muridku. Jadikan aku seorang yg sentiasa penyayang, tenang & sabar. Jadikan aku seorang yg jujur, baik hati, adil & tegas dlm melaksanakan amanahMU ini. Amin

Wallahualam 

18 123 Bingkisan Sahabat:

wah, cg p0n masih nakal. xmatang betul..hehehe

kihkihkih...kita kita ja bh yg tahu...heeee...

ndak boleh bla,..
purak2 ya kak wana,..
asi ka mcam tu taktiknya?

haha..bha kak..pastikan flight ke sekolah smpi esk..landing ats dewan..

haha..kompom dek weii..berganda ni tekanan..KPM pun mau p pra kaka hari sama..hihihi..bkn flight lg kn ni..jet pribadi suda ni..nda ble cancel...huhu

permata cemerlang p0n msti dipantau..bha automatik cancel la flight2 ke korea..haha..esk kita pulun..pkai selipar getah jak..senang bergerak..

yup...betul3...yg penting makannnn...haha..

haha..betul2..kami mo sarapan sama mkn t/hari..nnti x b'tenaga..hihi.. jd demand skjp

jgn lari..simpan tenaga tuk esuk..bh g tido sana..haha..

bha..j0m tidur kak..bes0k jam 7.30am ya kak..bkn jam 10am...lalala

shahrulhazri --> haha..mcm ayat rafie jak di FB MARSIS..lala..

ada taktik lain ka?
mn tau boleh try..hihi

Subahanallah...
Pengorbanan seorang Ustazah.
Semoga dibalas Allah dgn saham di akhirat nanti InsyaAllah.

bkn pengorbanan p0n..tp pengalaman..=)

amin..moga saham pahala diperolehi nnti =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...