Monday, October 1, 2012

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:57 PM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie cik Wana nak kongsi tentang sebuah cerpen yg dicopycat dari blog AKU ISLAM.

Mari teruskan bacaan.



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yg tengah menonton televisyen - ceramah bersama Ustaz Azhar Idrus. Siaran astro OASIS itu telah pun bertukar kpd Indahnya Iman yg bermaksud akan masuk waktu  solat.

Tiba², si dia bangun & memandang dia yg tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.

Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya. Si dia yg duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dgn ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai² nak tentukan jodoh orang. Cari yg stok tudung labuh pulak tu.

Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut entah mana² perempuan utk hiburan. Okay, salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab & balik mabukOkay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.

Jadinya, abah kahwinkan aku dgn Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dgn dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku & aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dgn laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

Abang dengar tak? Macam cakap dgn laptop tu je.

Hmmm, saya sembahyang dekat surau. Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.

Saya ikut. Jap saya siap. Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.

Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau?

Abang, dah siap. Aiman memandang isterinya yg lengkap bertudung labuh saiz 60 dgn t-shirt muslimah & seluar tracksuit. Cantik!

Abang..? Aiman tersedar.

Jom. Kunci kereta di atas meja di capai.

Saya bawa kereta awak, tak kisah? tanya Aiman ragu².

Syahirah senyum. Harta saya harta abang juga.

Aiman hanya mengangguk. Dlm kereta hanya dengar radio - hot.fm refleksi.


******************************


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yg dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang² je jalan ni.

Abang, surau belok kiri tu. Aiman hanya diam. Malu. Kereta dibelokkan pada arah yg diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yg hanya bert-shirt & seluar tracksuit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok ke?

Errr, Ira.. Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.

Ya? 

Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kene halau ke nanti? 

Syahirah senyum. Jangan risau yg menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita krnNYA, insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni. 

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dgn orang masuk bab² agama.

Jom. Ajak Syahirah. Enjin kereta di matikan.


******************************


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.

Solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.

Teringat diari isterinya yg dia jumpa tadi. Terbaca.

Saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.

Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dgn aku? Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! Aku dah jauh terpesong! 

Tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun! Seperti ada suara yg datang dlm fikirannya. Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah?

Teringat juga dia amaran abang iparnya. Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis. 

Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dlm kereta sebelum ke rumah mertuanya.

..Ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu. Aku dapat tahu, aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak? Aiman hanya mengangguk. Huh, garang!

Syahirah memandang suaminya yg duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman & menutup mata Aiman dgn tangannya.

Cuba teka ini siapa? kata Syahirah dgn suara yg dibuat² macam suara lelaki.

Aiman yg tengah berfikir itu terkejut tiba² pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.

Hmmm, Tom Cruise.. main² Aiman.

Salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu! Aiman ketawa.

Hmmm, Hj. Amran. Syahirah pula ketawa.

Salah! Hj. Amran dekat Johor.

Ha! Tahu..tahu..Syah! Syahirah kerut dahi.

Syah mana?

Syahirah. Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yg pendiam. Terkejut juga tiba² si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara mara dia ada kata yg Syahirah ini jenis yg ceria & dia pula jenis yg boleh je ‘masuk’.

Abang buat apa?

Tak ada apa². Saya nak tanya awaklah..

Tanya apa?

Err.. Kenapa awak terima lamaran abah utk kahwin dgn saya?

Sebab Allah.

Aiman diam sebentar.

Tak faham.

Saya buat solat istikharah. Minta petunjuk dariNya. Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yg hendak dikatakan lagi. Sebak tiba².


******************************


Seminggu berlalu….

Abang, saya tak reti masak kata Syahirah yg tengah bercekak pinggang di dapur itu.

Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak - hari² makan kedai bankruplah. Dahlah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dlm diari isterinya.

 lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!

Walaupun ayat itu ditulis dlm diari & bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dlm hati Aiman.

Macam mana ni abang? kata Syahirah sayu.

Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.

Tak apalah, lepas ni kita sama² belajar masak.

Maaf ya abang..

Aiman senyum. Tak apa.

Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dgn membawa laptop.

Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?

Belajar masak guna internet. Aiman senyum & mengangkat kening. 

Syahirah senyum.


******************************


Huish masin. Komen Syahirah.

Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. Abangkan yg masak ni? Kata Syahirah lagi. Aiman rasa & ketawa.

Okaylah ni. Ha, awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa².. komen Aiman pula.

Okay apa..

Is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa². Campur je semua. Gulai sayur.

Boleh ke macam itu?

Boleh je.

Okay..

Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau. Aiman langsung tak sedar apa yg dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?

Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah!


******************************


Ustaz. Panggil Aiman pada insan yg baru selesai mengimami solat Maghrib itu.

Ustaz itu menoleh. Ya?

Saya nak…

Nak apa?

Aiman malu utk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan.

Anak nak apa?

Saya nak belajar agama. Terluah juga.

Ustaz itu senyum. Mari.


******************************


Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.

Ustaz kenalkan isteri saya. Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum & mengangguk.

Baguslah. Muda² kahwin sama² pergi surau. Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa diberi.

Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yg soleh macam Aiman ni.” kata² Syahirah membuatkan Aiman terdiam.

Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.

Terima kasih ustaz. Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman.

Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.

Waalaikumsalam. Jawab Syahirah & Aiman serentak.


******************************


Aiman duduk di birai katil dgn mata memandang Syahirah yg tengah mengemas bajunya ke dlm bagasi.

Lamanya abang pergi.. Aiman tersedar.

Hmm, seminggu je.

Ya, dia kata dgn Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama utk belajar agama dgn ustaz yg dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak utk menjadi imam dlm keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa². Sudah tiba waktunya dia berubah!

Seminggu tu lama tauu.. lirih Syahirah.

Pejam celik, pejam celik sekejap je tu..

Kalau pejam tak celik²? tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah.

Apa awak cakap ni? lembut & ada nada risau di situ.

Syahirah ketawa halus. Gurau jelah. Abang ni cepat betul sentap.

Aiman diam. Takyahlah kemas beriya². Nanti yg lain saya kemas.

Isterinya tarik muncung. Tak maulah, nanti kurang pahala.


bersambung…


2 123 Bingkisan Sahabat:

Alhamdulillah pengisian yg mantap,,,
ending kisah nie,,sgt2 syahu,,apapun sy bahagia dgn pengakhiran kisah ini,,byk nilai yg blh kita dpt,,alhamdulillah.. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...