Photobucket

Monday, October 19, 2009

TaMaN TaSIK TaIPING

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:08 PM

SEMUANYA masih sama, seakan tidak pernah tua. Pokok angsana yang merimbun rendang masih menjadi penghuni setia di tebing tasik. Apa yang ada hanya deretan bangku lama yang masih terpelihara.

Jika begitu, apa istimewanya Taman Tasik Taiping? Hanya yang pernah ke sini saja dapat menjawab nostalgia taman tasik tertua di Semenanjung yang dibuka pada 1880 ini.

Landskap semula jadi tasik berlatar belakangkan Gunung Hijau mewujudkan 'mood' romantis di sini. Keheningan taman ini seolah-olah mewakili kehidupan bandar yang pernah menjadi ibu negeri Perak ini.

Pernah menjadi 'lombong emas hitam' apabila bijih timah dijumpai di sini, ia kemudian berkembang maju dengan pelbagai infrastruktur yang dibina British untuk memudahkan perdagangan bahan komoditi itu.

Di bandar ini, laluan kereta api pertama dibuka antara Taiping dan Port Weld pada 1885, diikuti Muzium Perak pada 1883 dan padang golf pertama di Semenanjung yang dibuka di Taman Tasik Taiping pada 1885.

Taiping juga dikenali antara kawasan yang mendapat taburan hujan terbanyak iaitu kira-kira 4,000 milimeter setahun. Ini menjadikan kawasan peranginan tanah tinggi di Bukit Larut amat nyaman terutama selepas hujan.

Selain panorama taman tasiknya, Zoo Taiping menjadi tarikan utama di sini dengan lebih 700,000 pengunjung setiap tahun. Sementara itu, kira-kira 90,000 lagi mengunjungi safari malam yang dimulakan pada 2003.

Penghuninya yang mesra pengunjung terutama 'chimpanzi' bernama Pudding dan Hassan, beruang manja atau merakamkan gambar dengan ular sawa milik Hussine Daztagir.

Menjelajah bandar ini seolah-olah mengimbau kembali sejarah awal Tanah Melayu. Bandar berusia lebih 133 tahun ini menjadi 'kediaman' kepada penjenayah yang ditahan di penjara pertama negara di Penjara Taiping.

Kedai roti pertama turut dibuka di sini pada 1882. Mengikut penduduk tempatan, roti yang dijual kepada masyarakat setempat turut dibekalkan kepada banduan di Penjara Taiping.

Pengaruh kuasa penjajah turut menyebabkan kegilaan sukan kriket. Ini seterusnya menjadi titik tolak kepada penganjuran pertandingan kriket pertama pada 1881.

Ada 57 rekod pertama dicatatkan di bandar warisan. Ada yang masih dipertikaikan tetapi ia dapat tidak menafikan kepentingan Taiping dalam sejarah awal pembentukan Malaysia.


SEJARAH TAIPING
-----------------
Asalnya, British bertumpu ke sini kerana kekayaan lombong bijih timahnya, yang dijumpai pada 1840-an oleh seorang pemuda tempatan bernama Long Ja'afar ketika sibuk mandi jeram di Larut, Perak.

Dia kemudian membawa masuk sekumpulan pelombong Cina dari Pulau Pinang untuk membantu kerja melombong di Klian Pauh.

Kumpulan ini adalah ahli kepada Hai San, 'kumpulan rahsia' Cina dari Pulau Pinang dan diketuai Chung Keng Kooi. Tidak lama kemudian, sekumpulan pelombong lain dikenali sebagai Ghee Hin berhijrah ke kawasan berdekatan dikenali sebagai Klian Baru.

Asalnya, longgokan bijih timah dijumpai di kolam lumpur bekas tapak kaki gajah.

Pada 1861, pergaduhan tercetus antara pelombong di Klian Pauh dan Klian Baru berikutan kawalan terhadap kawasan lombong.

Ngah Ibrahim, yang menggantikan bapanya, Long Ja'afar pada 1857, melantik Kapten Speedy dan askar India untuk mematahkan beberapa siri peperangan dalam Perang Larut.

Hanya apabila fasa sejarah ini selesai, Taiping yang bermakna 'ketenangan abadi' dalam Bahasa Cina, mula diduduki oleh Hai San. Satu lagi bandar baru, Kamunting muncul sebagai tempat tinggal pesaing mereka.

Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga meletusnya Perang Dunia II. Selepas itu, ia berpindah ke Ipoh selepas kekalahan tentera Jepun.

Bandar ini juga mencatat sejarah manis dalam pengangkutan udara negara. Di sini, presiden pertama dan bekas naib presiden Indonesia, Sukarno dan Mohd Hatta, mendarat pada 1945 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia.

Kedua tokoh itu mengunjungi bandar ini untuk bertemu Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaacob, pemimpin Kesatuan Semenanjung Indonesia, untuk membincangkan kemerdekaan bersama kedua negara.

Tetapi, idea itu tidak mendapat persetujuan British dan Indonesia seterusnya mencapai kemerdekaan tidak lama selepas peristiwa itu.

Antara rekod pertama Taiping:
-----------------------------
Lombong bijih timah terbuka di semenanjung (1844)

Kolam renang-Kolam Renang Kemahkotaan (1870)

Gudang senjata dan meriam (1870)

Mahkamah majistret (1874)

Balai penghulu (1875)

Port Weld (1877)

Pasukan polis (1879)

Kediaman Residen (1879)

Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)

Rest house (1894)

Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)

Pejabat kerajaan (1879)

Pejabat pos dan telegraf (1880)

Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)

Hospital swasta dan kerajaan (1880)

Kelab - New Club (1881)

Stesen kereta api dan gudang (1881)

Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)

Muzium - Muzium Perak (1883)

Penjara - Penjara Taiping (1879)

Trek kereta api - dari Port Weld ke Taiping (1885)

Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)

Gereja Anglican - All Saints Church, Taiping (1886)

Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)

Menara jam - Menara Jam Besar (1881)

Esplanade - Padang Esplanade (1890)

Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)

Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai, 1894)

Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)

Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)

Untuk ke sini
------------
TAIPING terletak berdekatan dengan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), 88 km dari Pulau Pinang, 80 km dari Ipoh dan 302 km dari Kuala Lumpur. Melalui lebuh raya, perjalanan mengambil masa sejam untuk ke Ipoh. Ada banyak perkhidmatan menuju ke bandar ini dari ibu kota. Selain kereta api, bandar ini juga dihubungkan dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia yang terbang ke Ipoh dan Pulau Pinang.

HaRi PaLiNG "PeNaT"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:50 AM

Semalam merupakan hari yang amat memenatkan diriku dari pagi hinggalah malam. Pertama kali dalam hidup 3 kali ke jamuan raya dalam satu hari. Pagi-pagi lagi pergi ke perjumpaan Rakan Penggerak Addin (RPA). Pada mulanya rasa segan silu nak masuk memandang tak ramai lagi yang datang. Mana perginya semua orang???

Diskusi dari Ust. Anhar tentang perjalanan RPA sepanjang sem ini sangat berkesan di hati ini. Kenapa??? Kerana aku hanya baru menjalankan RPA 3/6 halaqah, malu tidak dapat menyempurnakan t/jwb sebagai naqibah dgn baik. Jangan salahkan ahli2 usrah tidak datang usrah tapi salahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengendalikan dan merancang usrah dengan baik. Muhasabah diri balik kerana usrah ini penting sedangkan zaman Rasulullah lagi usrah ini telah wujud. Gunakan peluang untuk menyampaikan Islam.

Harapanku dapat menyempurnakan cukup 6 halaqah untuk sem ini. Habis diskusi, ucapan dari Ust. Rosli untuk perancangan RPA sem hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan hambanya.

Tiba masa yang dinanti iaitu Jamuan Raya RPA. Sedap hingga habis 1 pinggan tapi aku makan sikit saja memandangkan ulser belum sembuh lagi. Kak fifah pula tak habis makan sebab tak selera memandang sentiasa berpuasa pada bulan Syawal. Antara gambar2 yang sempat diambil.

k. nab, k. sue, k. kinah
k.ain, k. sajidah, k. ja

k. dla, k. fizawati, k. faiqah, k. naimah, k. faizah

Seusai pulang dari Jamuan RPA, kaki ini melangkah terus ke SURAU AR-RASHIDIN memandangkan ada Perubatan Islam yang dikendalikan oleh ustaz2 dari Darul Salam. Saya lihat perbezaan sem lalu dengan sem ini kerana ramai ustaz yang turun padang dan ramai juga pelajar ingin SCAN badan mereka mana tahu sekiranya ada jin bertapak dalam badan. Ada yang tahu dah ada jin, minta kena FORMAT. Macam2 pulak budak nie.

limau kapas dan air yang telah dibacakan ayat al-quran untuk orang yang terkena gangguan jin

dua orang pelajar perempuan sedang melawan jin2 nakal
proses SCAN jin dijalankan

ramai ustaz yang hadir untuk perubatan ISLAM

Tiba-tiba hati terdetik nak buat lagi perubatan ni tapi takut sebab dah tahu keputusannya macam sem lalu. Tapi rasanya sem nie ok sikit kot sebab simptom2 tak ketara. 'Petang ni lah kita buat,' kataku pada k. Fifah.

Habis saja solat Zohor, k. Ira telefon. Mula2 takut nak angkat mana tau ada buat salah time perjumpaan RPA td. Apa salahku??? Rupa-rupanya k. Ira nak ajak pi Jamuan Raya di suatu tempat bukan dengannya tapi bersama k. Imah. Aku minta fiza ikut sekali supaya tidak cuak beraya di tempat orang yang tidak dikenali.

Kira-kira jam 4 kami beransur pulang ke kolej. Best dapat naik motor dengan k. Imah dan aku jadi pembonceng yang amat takut di belakang. Mantap k. Imah bawa motor. Hehehehehe...

'Alamak dah nak jam 5 pula, tak lama lagi perubatan Islam nak habis tak sempat nanti aku nak buat,' bisik hati sambil mempercepat langkah ke SURAU AR-Rashidin. Kebetulan ustaz2 tengah menunggu sesiapa lagi untuk SCAN sebelum pulang. Dan sebaik aku masuk ke surau, sahabat2 mencadangkan aku melakukan SCAN. Huhuhuhu, takutnya aku....... Aku kata tunggu jap fiza sebab dia pun nak buat. Tapi ustaz kata dia nak cepat.

Aku pun mula melunjurkan kaki ke hadapan. Peluh mula merembes keluar dengan cepat, dengupan jantung berdenyut tidak tentu hala dan seluruh badan menggeletar sebaik sahaja ustaz membaca ayat-ayat suci al-Quran. Mata mula semakin berat (bukan nak tidurlah), kucuba untuk membukanya tapi semakin tertutup rapat. Kepalaku semakin sakit dan aku dibuai dengan khayalan....

Bila aku sedar, kaki kanan bahagian lutut hingga jari kaki sangat sakit. Begitulah aku rasa hampir setiap hari apabila bangun tidur. Kejang hanya pada sebelah kaki, sakitnya hanya Allah yang tahu. Dan selepas dari perubatan, ustaz kata memang ada jin yang degil bermain dalam tubuhku. Maybe area yang dia paling suka bahagian kaki. Ya Allah bantulah hambamu ini... Aku insan yang lemah...

Fiza pun bercerita perkara yang dialami sepanjang sebilik dengan saya. Memang kalau kau tidur kaki kanan akan 'bermain-main' walaupun sedang tidur nyenyak. Seram pula dengar kenyataan dari fiza. Mudah-mudahan fiza masih mahu sebilik dengan saya walaupun aku begini. Bukanku pinta jadi begitu tapi sudah nasibku ditentukan ALLAH begini. Tanda-tanda gangguan jin ni telah lama aku lalui sejak kecil lagi. Semoga Allah melindungi hambanya dari jin degil itu.

Selepas solat asar, kami bersama membuat persiapan tempat untuk jamuan Rakan Surau malam ni. Alhamdulillah dengan kerjasama dari adik2 sem 1 dan sahabat2 lain memudahkan lagi kerja. Tapi saya tak buat apa2 pun sebab sibuk dengan kerja lain yang perlu digunakan untuk malam tu dan kaki sedikit sakit di bahagian buku lali.

Seusai solat Isya' kami bergegas ke tapak jamuan iaitu foyer blok 3 untuk membuat persiapan majlis. Sebagai ajk teknikal, mulalah saya menyibukkan diri menjalankan amanah yang dipikul. Semakin ramai tetamu yang hadir terutamanya abang2 dan kakak2 sem 7 yang diraikan pada malam ini. Walaupun terdapat pelbagai masalah teknikal sebelum majlis bermula tetapi Alhamdulillah majlis dapat dijalankan pada jam 9.35 malam.

Perjalanan majlis amat sempoi memandang pengetua dan felo tidak dapat hadir dan hanya diwakili oleh Cikgu Soffian selaku YDP KHAR. Ucapan demi ucapan diberikan tetapi ucapan dari mantan PENGERUSI RAKAN SURAU, Cikgu Zulkifli amat menyentap jiwa. Kata-kata taujihad sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lain dan sebagai seorang abang kepada adik-adik yang bakal ditinggalkan untuk menegakkan agama Islam.

Kita lihat umat Islam zaman sekarang lebih mengagung-agungkan hari raya berbanding bulan Ramadhan. Pelbagai jamuan diadakan bermula sebelum bulan Syawal, seawal bulan Syawal, pertengahan bulan Syawal dan akhir bulan Syawal masih ada jamuan termasuklah Jamuan pd malam ni. Bulan Syawal ini kita hanya memperbesar nafsu makan sehingga Ibadat kepada Allah ditinggalkan

Selain itu, cikgu Zul mengatakan orang Islam sekarang sanggup menggumpulkan orang ramai2 solat hajat untuk anak2 mereka yang menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR<>

Kita juga mampu bangun tengah malam untuk peperiksaan tapi kita tidak mampu bangun tengah malam untuk beribadat kepada Allah. Adakah layak untuk Allah memakbulkan doa kita sedangkan suruhannya kita mampu untuk melakukannya bahkan larangannya turut kita lakukannya. Kita memang Insan yang tidak bersyukur.

Banyak lagi kata-kata yang amat penting diambil perhatian oleh kita sebagai orang Islam yang mengaku Umat Nabi Muhammad dan Hamba Allah. Wahai diri sedarlah dan muhasabah diri sebelum terlambat. Sesungguhnya Kematian itu pada bila-bila masa.

Harap2 taujihad yang penuh bermakna tersemat di jiwa bukan hanya masuk telinga kanan keluar telingan kiri.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. InsyaAllah gambar-gambar sepanjang majlis akan diupload masa entry yang akan datang . InsYaAllah

Wallahualam

* Gambar lain Perubatan Islam
* Gambar lain Jamuan Raya

KiSaH SeRaM KaKi PaNCiNG

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:35 AM



Ada sorang kawan kita ni nama dia Ajis. Ajis ni memang kaki pancing, mana saja lubuk, lombong, kolam & sungai semua dia pergi. Asal saja ada air tempat dia nak lepaskan gian memancing di sanggup redah. Kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pegi try mancing kat situ. Satu hari masa dia tengah minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman.

Ajis terdengar rakan² sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang. Kampung tu yang terletak dikawasan pedalaman agak jauh juga dari jalan raya. Sungai tu pula lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan. Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang & pancingnya dlm raga motor.

Sepanjang perjalanan Ajis bersiul & bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, nanti kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat Zohor. Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi & senyap sepi je kawasan sekeliling surau tu. Ajis segera mengambil wudhuk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba² terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba² meremang. 


"Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis.


Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggalkah sebab dah uzur sangat & alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. 


TAKUT TAK ????


Sedaya upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang² sbb suara org ketawa semakin kuat, ada yg sampai terbatuk². Syukur, Ajis dah berada di Tahiyyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun² kepala sampai ke dagu,

Tiba² Ajis tersedar. 


Hehehe... 


Rupa²nya dia terlupa nak tanggalkan Helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dia dengar orang ketawa, rupa²nya Tok imam, Bilal & orang² kampung yg dtg nak sembahyang Asar sedang gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai Helmet, patutlah kepala dia rasa berat semacam. Terus Ajis blah macam tu saja, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya...


Bila dah habis baca baru terfikir macam mana Ajis wudhu tadi?

Wednesday, October 14, 2009

ELLA oh ELLA

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:27 PM

Alhamdulillah saya masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk meneruskan hidup sebagai seorang hamba Allah, anak Herman dan Norhaedah, pelajar UPSI, sahabat kepada yang mengenali dan pemimpin kepada diri sendiri. Infiniti kesyukuran dipanjatkan kerana masih dalam nikmat-Nya. andaikata peluang ini ditarik maka sayalah orang paling rugi. Nasihat pada diri ini gunakanlah peluang-peluang ini sebelum terlambat.

Sekarang merupakan minggu peperiksaan pelajar MATRIK seluruh Malaysia. Kertas Math, Bi dan Kimia dah habis. Maka hanya tinggal beberapa subjek sahaja. Hari Selasa yang lalu terkejut apabila dapat sms dari ELLA (my sis) tanya dah tidur atau belum. Memandangkan telefon ini masih berkredit jadi kakak yang baiklah untuk menelefon adik. Sebenarnya saya tidak ingat pun bahawa mereka dah mula ujian.


Mula-mula dengar suara ella biasa saja, tapi saya desak kenapa sms time 2.30 pagi nie maka tahulah saya dia tengah sedih sebab tak dapat jawab soalan Math kertas 1. Saya geramlah dan marah kenapa tak dapat jawab Math. Tiba-tiba terdengar suara esakan di hujung talian mungkin sebab kakak yang diharap memberi perangsang tapi hanya memarahnya.

Perbualan telefon

Ella: kak, aku x mahulah ambil peperiksaan Math pagi nanti

Wana: Ai, mana boleh macam tu. Kenapa juga ko nie, Ella?

Ella: Benci bah aku, kertas 1 math susah betul. Semua latihan aku buat tak sama dan ada soalan tidak sempat jawab.

Wana: Memanglah mana ada soalan sebijik sama. Ko buat jugakah semua soalan Tutorial

Ella: Buat. Tapi masih ada soalan yang tidak boleh jawab macam soalan graf, integration dan differentiation.

Wana: Ya Allah, ko nie Ella. kenapa jadi macam nie, mesti ko selalu bersms.

Ella: mana ada. jarang sudah aku sms nie.

Wana: iya la tu. Nda apa lah. pergi jak esok peperiksaan, tawakkal, dah usaha kalau bukan rezeki macam mana. bacalah sikit yang kurang faham, jangan tidut lewat sangat nanti esok tidak bertenaga. Pastu kalau study malam nie jangan lupa bangun solat subuh pula, nanti makin nda boleh jawab. kalau sekrang masih stress pi solat hajat jap. Oklah dik, buat baik-baik tau. Kita nie harapan mak dan ayah.

Ella: ok kak. terima kasih. Assalamualaikum

Wana: Beres. Sama-sama. W'salam

Seusai solat subuh, saya telefon ayah. Sebenarnya bukan saya yang telefon tapi ayah yang telefon sebab saya sms suruh telefon. waktu tu tak perasan baru jam 6.45 pagi. Tapi adik-adik saya semua sedang bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Mendengar suara ibu kesayangan ku, sayu hati ini menahan rindu. Kucuba jauhkan perasaan itu untuk mengelakkan menangis. Mula perbualan antara kami

Wana: Assalamualaikum mak, sihat kah. sarapan apa pagi nie? pisang goreng kah?

Mak: W'salam. Sihat. makan jagung kami nie, mak arfan bagi.

Wana: bestnya. mak mahu tahu tadi jam 2.30 pagi ella telefon.

saya sampaikanlah apa yang berlaku pagi tadi.

Mak: bagi semangat dekat dia na(nama saya paling manja)

Wana: Sudah mak. banyak sudah aku cakap dengan dia.

Tiba-tiba dengar suara nurul. Mak, aku mau cakap dengan kakak ana.

Adik: Assalamualaikum. buat apa tu? ko di mana nie?(soalan yang sama kalau dia telefon)

Wana: W'salam. tidak buat apa. kakak jauh, naik kapal.

Adik: oh, di mana tue?

Wana: jauh betul. adik nda tau pun. Adik makan apa tue

Adik: takung (sebutan untuk jagung)

wana: apa tu dik? Adik makan takung. mesti sedapkan.

Adik: sedap. Na, ko makan apa?

Wana: tiada, apa2. dik bagi mama lah. nda faham apa ko cakap..

begitulah keadaan perbualan setiap kali bercakap dengan nurul. soalan yang sama pasti ditujukan selalu. tetapi itu membuatkan saya bahagia kerana mengubat hati yang rindu ini.

sebenarnya jarang sekali menefon ke rumah kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Tapi diri ini perlu digagah untuk menelefon keluarga yang jauh di mata agar kerinduan dapat diubati.

I LOVE MY FAMILY

WALLAHUALAM

Sunday, October 4, 2009

MaHaSiSWi UPSI MaSuK ICU

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:42 PM

Sumber UPSIKINI

Tanjong Malim, 3 Oktober – Seorang mahasiswi program Pengajian Malaysia semester satu UPSI dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Slim River malam semalam selepas disahkan terkena demam denggi oleh pihak hospital.

images (121×119)
Beliau pada awalnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanjong Malim dan dibawa ke Hospital Slim River selepas disyaki mengidap demam denggi.

Beliau yang dikenali sebagai Wan Aini Wan Ibrahim dilaporkan masih belum sedarkan diri sehingga hari ini.

Menurut wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Akmal Madzir yang melawat beliau di Hospital Slim River pagi tadi, tahap kesihatannya dilaporkan masih belum pulih dan sehingga pagi tadi beliau masih belum sedarkan diri.

“Sehingga pagi tadi ketika kami melawat beliau di Hospital Slim River, beliau masih belum sedarkan diri dan masih ditempatkan di wad ICU”, katanya.

“Jadi, saya menyeru seluruh warga UPSI untuk sama-sama kita berdoa agar kesihatan beliau pulih seperti sedia kala”,katanya lagi.

Pelajar terbabit yang menginap di blok D Kolej Zaaba (KZ) walau bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti di mana lokasi awal beliau terkena demam denggi.

images (104×85)
Tindakan susulan akan diambil oleh pihak kesihatan sekiranya mengetahui di mana lokasi awal beliau terkena demam denggi memandangkan penyakit ini merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes.

Wednesday, September 30, 2009

MY aGe

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:54 AM

HARI INI....

images (118×88)

Wana has been living for 20 years, 6 months, and 11 days.
Wana's age in months - 246 months
Wana's age in weeks - 1071 weeks
Wana's age in days - 7500 days
Wana's age in hours - 180000 hours
Wana's age in minutes - 10800000 minutes
Wana's age in seconds - 648000000 seconds


apakah sumbanganku pada ISLAM?
images (137×103)
apakah sumbanganku pada IBU BAPA?

apakah sumbanganku pada SAHABAT?

apakah sumbanganku pada DIRI SENDIRI?

RENUNG-RENUNGKANLAH BERSAMA-SAMA....

JANGAN HANYA MEMANDANG SUMBANGAN AKAN DIBERIKAN PADA DUNIA...

SUMBANGAN UNTUK AKHIRAT ITU LEBIH PENTING....

DUNIA INI JAMBATAN KE AKHIRAT....

HIDUP BAHAGIA BUKAN BERERTI AKAN BAHAGIA DI AKHIRAT...

MENJAGA AGAMA SENANG DITUTURKAN DI BIBIR2 YANG MUNGIL....

TAPI DILAKSANAKAN MEMERLUKAN KEKUATAN DARI PELBAGAI SUDUT.....

YA ALLAH,

PERMUDAHKANLAH PEJUANG-PEJUANG AGAMAMU MENJAGA AGAMAMU....
images (116×113)


YA ALLAH.....
BANTULAH HAMBAMU INI...
MENAHAN PERASAAN HATI.....
AKU TERLALU RINDU PADA IBUKU....
TAHAN TERTAHAN BEGITU RINDU PADANYA....
TIDAK TAHU DAPATKAH KAMI BERJUMPA LAGI....
HANYA KUBERSERAH PADAMU....


ANDAIKATA ALLAH MENJEMPUTKU DAHULU....
SAMPAIKANLAH SALAM MAAF DAN SAYANG PADA IBUKU.....
TIDAK SEMPAT AKU MEMBERIKAN KEBAHAGIAN PADANYA....

WALLAHUALAM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...