Photobucket

Tuesday, June 22, 2010

♥ TiaDa LaFaz YaNG LeBiH aGuNG ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:03 AM


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kasih sayangnya, kita masih diberi peluang untuk hidup. Bayangkan semalam semasa kita tidur Allah telah menjemput kita kembali bertemunya maka rugilah kita sekiranya belum banyak lagi amal yang kita lakukan.


"Jom ucapkan Alhamdulillah selalu....."

Apabila direnungkan sejenak betapa banyaknya nikmat kesenangan & pemberian Allah kepada kita setiap detik walhal dalam masa yg sama kita masih lagi melakukan sesuatu yg tidak disukai atau dibenci oleh Allah. Astaghfirullahalazim.


Seperkara lagi membuat hati terdetik malu tatkala diri kita mengaku sebagai umat Rasulullah tapi masih berat lidah mengucapkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cuba kita hayati lagu di bawah:

“Malu rasanya menyatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa..”


Rangkap yg sering melintasi fikiran tika mengenangkan insan yg amat dirindui, Muhammad S.A.W. menambahkan lagi kerinduan yg sedia ada. Baginda sememangnya pembawa rahmat, penyeri seluruh alam. Firman Allah taala,


“Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”(Al-Anbiya’:107).


Kelahiran yg disambut dengan amat meriah, dirai makhluk di langit & di bumi, menandakan permulaan rahmat Allah ke atas hamba2Nya & seluruh makhluk bukan sahaja di bumi malah seluruh alam. Begitu juga kesedihan & kemurungan yg melanda seluruh alam saat kewafatan baginda, kami merinduimu ya Rasulullah.

Mengingati kisah saat2 menghembuskan nafas terakhir, kerisauan baginda pada kita; yg pada ketika itu belum pun lagi lahir membuktikan sayang baginda pada kita tapi:

Kita bagaimana?


Adakah kita cukup mencintai baginda?


Adakah kita cukup merindui baginda sebagaimana baginda merindui kita?


Dan seandainya kita benar mencintai & merindui baginda, adakah kata2 kita selari dengan amal kita seharian?

Sekadar perkongsian untuk kita muhasabah diri. Diri ini tidak layak untuk nasihatkan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi lalai dengan kesenangan dunia. Tapi ingatlah sampaikanlah kepada sahabat yg lain walaupun satu ayat.

Ya Allah,
Kurniakan aku sahabat yang dapat membantuku ke jalanMu.



Wallahualam.....

Saturday, June 19, 2010

Corat Coret MPP: Kenangan KEMBOJA Menggamit Memori

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:49 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Jari jemari ini masih dalam sibuk menaip pengalaman ketika berada di Kemboja pada 7 hingga 12 Jun yg lalu. Minta maaf kpd sahabat sekalian krn belum lagi mem'post' sebarang entry tentang Kemboja. Terlalu ramai rasanya bertanya bila nak cerita tentang Kemboja. Apa²pun insyaAllah cerita demi cerita akan keluar mengikut hari demi hari.


Dua negara telah kujejaki iaitu Indonesia & Kemboja. Secara jujurnya orang miskin di Indonesia jauh lebih kaya dari Kemboja. Walau bagaimanapun, kemiskinan harta tidak bererti mereka miskin budi bahasa & agama. Melihat wajah² anak kecil, hati berasa tenang. 


Semasa di sana saya suka berbual dgn adik² perempuan yg belasan tahun yg boleh faham sedikit bahasa Melayu  & melalui perbualan kebanyakan mereka anak yatim yg telah kehilangan ayah.


Rasa terkilan sebab tidak mendengar nasihat mak utk membawa tudung² yg tidak digunakan utk diberikan pada mereka di sana. Hanya baju kurung kecil saja dibawa utk diberi kpd mereka memandang ia ringan & kecil, pakaian lain yg saya bawa dari Labuan dihantar ke Taman Melawati. Apa²pun saya puas hati & rasa gembira.


Apa yg boleh saya simpulkan keadaan umat Islam di Kemboja sangat dhaif & perlu mendapat pertolongan drpd semua umat Islam di seluruh negara amnya & Asia Tenggara khasnya.


Sedikit gambar untuk tatapan semua:
Awal pagi kanak² telah berkumpul di depan masjid

Aktiviti belajar ABC pada kanak² tidak bersekolah

Masih berpakaian tidur tapi itu sajalah baju mereka

Memasak di bawah rumah

Sedang menunggu orang datang membeli barang

Suman nak beli keropok

Maisan, adik yg selalu menemani kami jalan di kampung

Bersama Jue di hadapan rumah mereka

Belajar berwarna

Si ibu baru melahirkan anak sebulan yg lalu

Sedang memasak

Nenek yg sedang berinteraksi dgn kami guna bahasa Kemboja

Aqiqah

Hospital bergerak

Sanggup membawa anak yg sakit

Sedang menunggu diberi biskut

Kanak² yg bertuah utk bersekolah

Buat pengetahuan semua sekarang laptop saya dalam keadaan tenat & kini berada di hospital BHL. Entah sampai bila jangka hayatnya. Nampaknya saya kena amat berjimat memandang kemungkinan besar terpaksa laptop baru.


Seperkara yg membuat saya sedih adikku (Hera) tidak mendapat UPSI tapi hanya mendapat UMS. Apa²pun tahniah krn bakal melangkah kaki ke menara gading yg menjanjikan suasana yg amat berbeda dari yg lalu. Mungkin ada hikmah Allah meletakkan dia di UMS saja dari UPSI.


Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab. Jom puasa bulan Rejab. InsyaAllah banyak fadhilat yg boleh diperolehi.
للهم بارك لنافى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
'Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab & Syaaban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan'
Wallahualam

Corat Coret MPP: Pelajar Ambilan Julai 10/11

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:32 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Tahniah & selamat datang diucapkan kpd semua pelajar baru ambilan Julai 10/11 yg bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Moga kehadiran kalian semua ke UPSI dapat memantapkan lagi profession perguruan pd masa hadapan. InsyaAllah.


Pentadbiran universiti & Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 09/10 kini sedang sibuk dgn tugas masing² utk menyambut kehadiran pelajar baru UPSI yg dijangkakan melebihi 3000 orang yg terdiri drpd Diploma Pendidikan Awal, Diploma in English, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Pelajar Antarabangsa & Guru Besar.


Diploma Pendidikan Awal (250)
Diploma in English (60)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (2450)
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (320)
Pelajar Antarabangsa (37)
Guru Besar (25)

Jumlah di atas bukan jumlah sebenar di mana ia boleh bertambah atau berkurang memandangkan keputusan kemasukan ke universiti baru diumumkan semalam, 18 Jun 2010. InsyaAllah keputusan sebenar akan dimaklumkan pd minggu hadapan dgn maklumat yg terperinci mengikut jantina, negeri, kursus & lain².


Di sini saya ingin memaklumkan mana² adik² SMSL atau KML yg melanjutkan pelajar ke UPSI boleh hubungi saya di talian 019-37789##. InsyaAllah saya akan membantu sekiranya ada sebarang pertanyaan yg bersarang di fikiran.

http://i129.photobucket.com/albums/p224/Reformist/BANNER.jpg

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Almuni Irfan. Sedar tidak sedar adik² dari Kolej Matrikulasi Labuan (KML) InsyaAllah dapat melangkah ke suatu alam baru iaitu alam kampus. Apa yg admin amat harapkan, pengenalan sahabat² dgn pelajar² KML sebelum ini mungkin ketika orentasi, liqa & pelbagai lagi program dapat diteruskan dgn sentiasa ''follow up" mereka semua. Perkara ini amat penting & kerana itulah admin merasakan keperluan alumni Irfan ini ditubuhkan yg tidak lain memantu adik² yg telah keluar dari KML.


Ukhwah yg telah dibina dahulu adalah perlu utk kita semua kekalkan dlm memastikan gerak kerja Islam dapat diteruskan. Kebanyakan pelajar KML yg berasal dari Sabah & Sarawak memikul tugas berat utk menyebarkan dakwah di daerah masing². Segala pengalaman dakwah, ilmu haruslah dicari selagi mana mendapat peluang utk kita dapat berbakti kpd masyarakat kemudian hari.


Tugasan berat ini merupakan amanah & tanggungjawab yg perlu dipikul oleh kita yang merupakan golongan terpelajar yg telah keluar drpd KML. "Tsunami kecil" ini seharusnya tidak dipandang sebelah mata krn admin yakin dgn kemahiran pelajar² lepasan KML yg rata²nya mempunyai potensi seorang pendakwah walaupun tidak mengambil jurusan Agama Islam namun status profesional yg sebati dgn pelajar² lepasan matrikulasi perlu dijadikan satu kata semangat utk berdakwah di negeri masing dgn lebih berkesan.


Harapan admin adalah ingin melihat pelajar² KML yg pernah ziarah ke Surau Irfan menghadiri program atau pernah bersolat sekalipun di surau itu dapat merasakan bahawa kami alumni Irfan amat mengalu²kan kedatangan adik² ke kampus kami & amat berharap utk kita dapat mengekalkan ukhwah yg sedia ada. InsyaAllah


BERAMAL KERANA ALLAH


Sumber: Alumni Al-Irfaan


By Herwana Herman
MPP UPSI 09/10
Alumni Al-Irfaan
Alumni SMS

Friday, June 18, 2010

Perjalanan Hidup Seorang Nabi part 3

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:39 PM

Sambungan: Perjalanan Hidup Seorang Nabi part 2

Perang Khaibar

# Peperangan Khaibar
  • disertai oleh ahli hudaibiyah kecuali 5 orang yg sakit
  • bulan Safar 7H
  • pertama kali tentera berkuda seramai 200 org
  • ketua perisik Islam Abbad b. Bisyr
# Jizyah: Bayaran yg dikenakan kpd org bukan Islam yg berada di bwh pemerintahan Islam

#Semasa peperangan seorang hamba kulit hitam masuk Islam waktu pagi dan syahid sblm t/hari tanpa solat 1 rakaat pun
  • dijanjikan syurga
# kubu Naim berjaya ditawan oleh Tentera Islam melalui tangan Ali b. Abi Talib

# Pengharaman makan daging keldai, nikah mutaah (kahwin kontrak), makan binatang buas, burung2 membunuh dgn kuku berlaku di Kubu Sa'ab b. Muaz di Khaibar

# Berjaya buka Kubu Sa'ab b. Muaz yg penuh dengan makan =an dan alatan perang

# Kubu al-Zubair: dibina atas bukit
  • umat Islam dpt tawan dengan menutup terowong tempat yahudi ulang alik ambil air
#Pembukaan Kubu Ubay
  • dibuka oleh tentera Islam yg diketuai Abu Dujanah
# Pembukaan Kubu Nazar
  • atas bukit
  • paling kuat pertahanan
  • semua anak2 dan wanita diletakkan di situ
# Sofiyyah b. Huyyay b. Akthab
  • isteri Kananah b. Abi Huqaiq, Raja Yahudi Khaibar
  • Anak keturunan Nadhir
  • Wanita Yahudi pertama masuk Islam dgn cepat
  • menangis kerana dipanggil dgn panggilan Puteri yahudi
  • Nabi mengambil sbgi isteri slps dibebaskan sbgi harta rampasan perang
# Pembukaan Kubu Katibah
  • Raja Khaibar iaitu Kananah b. Abi Huqaiq smakin takut
  • seru pemimpin yahudi adakan perjanjian damai
  • akhirnya semua yahudi meninggalkan khaibar

Monday, June 14, 2010

Khaulah Al-Azwar Bidadari Besi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:18 AM


Nama yang cukup indah.. 'Khaulah Al-Azwar', seiring dengan peribadinya yag tangkas dan penuh semangat dalam memastikan kemenangan Islam. Ya muslimat! Renungkanlah kisah seorang 'bidadari besi' yang perlu kita contohi dalam mengharungi perjuangan yang pasti berkesudahan dgn kemenangan..Takbir!


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi pencinta sirah Islam. Skill & teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Beliau merupakan wanita yang paling handal berlawan dalam sejarah Islam. Episod-episod penglibatan Khaulah dalam perang-perang Islam tercatat dalam Maghazi Rasulillah hasil kompilasi Muhammad bin Umar Al-Waqidi Al-Aslami.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi pembuka Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu. Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut.

Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, "Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”. Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain.

Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurungan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom?

Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati?

Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu?

Di manakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah?

Di manakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa?

Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya:

"Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. InsyaAllah pertolongan Allah sudah dekat."
Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut.

Begitulah kisah seorang serikandi yang wana amat kagum.

Moga2 semangat, kekuatan, keberanian yang ada dalam dirinya mengalir dalam tubuh muslimah sekalian.

InsyaAllah..ameen.:)

Monday, June 7, 2010

Corat Coret MPP: Negara Kemboja Menanti

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:02 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Blog Wana akan bersawang dari hari ini iaitu 7 Jun hingga 12 Jun memandangkan akan berangkat ke Kemboja bagi Khidmat Masyarakat Antarabangsa.

Doakan semua delegasi UPSI yg bakal berangkat jam 2.55 petang nanti selamat pergi & pulang kembali ke tanah air dgn selamat.

Doakan kami supaya sentiasa sihat & dijauhi penyakit yg tidak diingini.

Doakan juga pemergian kami dapat menyebarkan Dakwah Islam pada masyarakat Kemboja.

Moga Khidmat Masyarakat Antarabangsa ini diredhai oleh Allah.

Wana minta maaf & ampun bagi yg mengenali diri ini.

InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...