Photobucket

Saturday, June 19, 2010

Corat Coret MPP: Kenangan KEMBOJA Menggamit Memori

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:49 PM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Jari jemari ini masih dalam sibuk menaip pengalaman ketika berada di Kemboja pada 7 hingga 12 Jun yg lalu. Minta maaf kpd sahabat sekalian krn belum lagi mem'post' sebarang entry tentang Kemboja. Terlalu ramai rasanya bertanya bila nak cerita tentang Kemboja. Apa²pun insyaAllah cerita demi cerita akan keluar mengikut hari demi hari.


Dua negara telah kujejaki iaitu Indonesia & Kemboja. Secara jujurnya orang miskin di Indonesia jauh lebih kaya dari Kemboja. Walau bagaimanapun, kemiskinan harta tidak bererti mereka miskin budi bahasa & agama. Melihat wajah² anak kecil, hati berasa tenang. 


Semasa di sana saya suka berbual dgn adik² perempuan yg belasan tahun yg boleh faham sedikit bahasa Melayu  & melalui perbualan kebanyakan mereka anak yatim yg telah kehilangan ayah.


Rasa terkilan sebab tidak mendengar nasihat mak utk membawa tudung² yg tidak digunakan utk diberikan pada mereka di sana. Hanya baju kurung kecil saja dibawa utk diberi kpd mereka memandang ia ringan & kecil, pakaian lain yg saya bawa dari Labuan dihantar ke Taman Melawati. Apa²pun saya puas hati & rasa gembira.


Apa yg boleh saya simpulkan keadaan umat Islam di Kemboja sangat dhaif & perlu mendapat pertolongan drpd semua umat Islam di seluruh negara amnya & Asia Tenggara khasnya.


Sedikit gambar untuk tatapan semua:
Awal pagi kanak² telah berkumpul di depan masjid

Aktiviti belajar ABC pada kanak² tidak bersekolah

Masih berpakaian tidur tapi itu sajalah baju mereka

Memasak di bawah rumah

Sedang menunggu orang datang membeli barang

Suman nak beli keropok

Maisan, adik yg selalu menemani kami jalan di kampung

Bersama Jue di hadapan rumah mereka

Belajar berwarna

Si ibu baru melahirkan anak sebulan yg lalu

Sedang memasak

Nenek yg sedang berinteraksi dgn kami guna bahasa Kemboja

Aqiqah

Hospital bergerak

Sanggup membawa anak yg sakit

Sedang menunggu diberi biskut

Kanak² yg bertuah utk bersekolah

Buat pengetahuan semua sekarang laptop saya dalam keadaan tenat & kini berada di hospital BHL. Entah sampai bila jangka hayatnya. Nampaknya saya kena amat berjimat memandang kemungkinan besar terpaksa laptop baru.


Seperkara yg membuat saya sedih adikku (Hera) tidak mendapat UPSI tapi hanya mendapat UMS. Apa²pun tahniah krn bakal melangkah kaki ke menara gading yg menjanjikan suasana yg amat berbeda dari yg lalu. Mungkin ada hikmah Allah meletakkan dia di UMS saja dari UPSI.


Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab. Jom puasa bulan Rejab. InsyaAllah banyak fadhilat yg boleh diperolehi.
للهم بارك لنافى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
'Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab & Syaaban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan'
Wallahualam

2 123 Bingkisan Sahabat:

betul tu kak, sy pun rasa menyesal tak bwk tudung2 yg ada. sebab dorang sume berebut nak pakai tudung. kita kat sini tudung comot sket, dah tak nak pakai.....

tau xpa..
kasihan kat mereka..
pakai tudung yg mungkin kita dah buang kalo kat M'sia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...