Photobucket

Saturday, June 19, 2010

Corat Coret MPP: Pelajar Ambilan Julai 10/11

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:32 AM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Tahniah & selamat datang diucapkan kpd semua pelajar baru ambilan Julai 10/11 yg bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Moga kehadiran kalian semua ke UPSI dapat memantapkan lagi profession perguruan pd masa hadapan. InsyaAllah.


Pentadbiran universiti & Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 09/10 kini sedang sibuk dgn tugas masing² utk menyambut kehadiran pelajar baru UPSI yg dijangkakan melebihi 3000 orang yg terdiri drpd Diploma Pendidikan Awal, Diploma in English, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Pelajar Antarabangsa & Guru Besar.


Diploma Pendidikan Awal (250)
Diploma in English (60)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (2450)
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (320)
Pelajar Antarabangsa (37)
Guru Besar (25)

Jumlah di atas bukan jumlah sebenar di mana ia boleh bertambah atau berkurang memandangkan keputusan kemasukan ke universiti baru diumumkan semalam, 18 Jun 2010. InsyaAllah keputusan sebenar akan dimaklumkan pd minggu hadapan dgn maklumat yg terperinci mengikut jantina, negeri, kursus & lain².


Di sini saya ingin memaklumkan mana² adik² SMSL atau KML yg melanjutkan pelajar ke UPSI boleh hubungi saya di talian 019-37789##. InsyaAllah saya akan membantu sekiranya ada sebarang pertanyaan yg bersarang di fikiran.

http://i129.photobucket.com/albums/p224/Reformist/BANNER.jpg

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Almuni Irfan. Sedar tidak sedar adik² dari Kolej Matrikulasi Labuan (KML) InsyaAllah dapat melangkah ke suatu alam baru iaitu alam kampus. Apa yg admin amat harapkan, pengenalan sahabat² dgn pelajar² KML sebelum ini mungkin ketika orentasi, liqa & pelbagai lagi program dapat diteruskan dgn sentiasa ''follow up" mereka semua. Perkara ini amat penting & kerana itulah admin merasakan keperluan alumni Irfan ini ditubuhkan yg tidak lain memantu adik² yg telah keluar dari KML.


Ukhwah yg telah dibina dahulu adalah perlu utk kita semua kekalkan dlm memastikan gerak kerja Islam dapat diteruskan. Kebanyakan pelajar KML yg berasal dari Sabah & Sarawak memikul tugas berat utk menyebarkan dakwah di daerah masing². Segala pengalaman dakwah, ilmu haruslah dicari selagi mana mendapat peluang utk kita dapat berbakti kpd masyarakat kemudian hari.


Tugasan berat ini merupakan amanah & tanggungjawab yg perlu dipikul oleh kita yang merupakan golongan terpelajar yg telah keluar drpd KML. "Tsunami kecil" ini seharusnya tidak dipandang sebelah mata krn admin yakin dgn kemahiran pelajar² lepasan KML yg rata²nya mempunyai potensi seorang pendakwah walaupun tidak mengambil jurusan Agama Islam namun status profesional yg sebati dgn pelajar² lepasan matrikulasi perlu dijadikan satu kata semangat utk berdakwah di negeri masing dgn lebih berkesan.


Harapan admin adalah ingin melihat pelajar² KML yg pernah ziarah ke Surau Irfan menghadiri program atau pernah bersolat sekalipun di surau itu dapat merasakan bahawa kami alumni Irfan amat mengalu²kan kedatangan adik² ke kampus kami & amat berharap utk kita dapat mengekalkan ukhwah yg sedia ada. InsyaAllah


BERAMAL KERANA ALLAH


Sumber: Alumni Al-Irfaan


By Herwana Herman
MPP UPSI 09/10
Alumni Al-Irfaan
Alumni SMS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...