Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kasih sayangnya, kita masih diberi peluang untuk hidup. Bayangkan semalam semasa kita tidur Allah telah menjemput kita kembali bertemunya maka rugilah kita sekiranya belum banyak lagi amal yang kita lakukan.
"Jom ucapkan Alhamdulillah selalu....."
Apabila direnungkan sejenak betapa banyaknya nikmat kesenangan & pemberian Allah kepada kita setiap detik walhal dalam masa yg sama kita masih lagi melakukan sesuatu yg tidak disukai atau dibenci oleh Allah. Astaghfirullahalazim.
Seperkara lagi membuat hati terdetik malu tatkala diri kita mengaku sebagai umat Rasulullah tapi masih berat lidah mengucapkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Cuba kita hayati lagu di bawah:
“Malu rasanya menyatakan cintaKepada dia kekasih AllahKerana dia insan muliaSedangkan diriku insan biasa..”
Rangkap yg sering melintasi fikiran tika mengenangkan insan yg amat dirindui, Muhammad S.A.W. menambahkan lagi kerinduan yg sedia ada. Baginda sememangnya pembawa rahmat, penyeri seluruh alam. Firman Allah taala,
“Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”(Al-Anbiya’:107).
Kelahiran yg disambut dengan amat meriah, dirai makhluk di langit & di bumi, menandakan permulaan rahmat Allah ke atas hamba2Nya & seluruh makhluk bukan sahaja di bumi malah seluruh alam. Begitu juga kesedihan & kemurungan yg melanda seluruh alam saat kewafatan baginda, kami merinduimu ya Rasulullah.
Mengingati kisah saat2 menghembuskan nafas terakhir, kerisauan baginda pada kita; yg pada ketika itu belum pun lagi lahir membuktikan sayang baginda pada kita tapi:
Kita bagaimana?
Adakah kita cukup mencintai baginda?
Adakah kita cukup merindui baginda sebagaimana baginda merindui kita?
Dan seandainya kita benar mencintai & merindui baginda, adakah kata2 kita selari dengan amal kita seharian?
Sekadar perkongsian untuk kita muhasabah diri. Diri ini tidak layak untuk nasihatkan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi lalai dengan kesenangan dunia. Tapi ingatlah sampaikanlah kepada sahabat yg lain walaupun satu ayat.
Ya Allah,Kurniakan aku sahabat yang dapat membantuku ke jalanMu.
Wallahualam.....
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment