Photobucket

Saturday, June 5, 2010

Perjalanan Hidup Seorang Nabi part 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:12 AM 1 comment

Alhamdulillah buku Biografi Muhammad bin Abdullah kini tiba di penghujung bacaan. InsyaAllah wana akan berkongsi sedikit yang mungkin boleh jadi ilmu pengetahuan.


# Orang Islam yang diseksa

  • Bilal b. Rabah diseksa oleh Umayyah b. Khalaf
  • Keluarga Yasir diseksa oleh Abu Jahal
  • Zinnirah (mata buta)
  • Khabbab b. Arat (lubang hitam kesan terbakar)

# Khabbab b. Arat ajar Fatimah (adik Umar Al-Khattab) dan suaminya (Saad b. Zaid) membaca al-Quran.



# Jamil b. Muammir: Orang Quraisy yang tidak boleh jaga rahsia



# Surah Al-An’am(108): Panduan untuk berhadapan dengan sikap Abu Jahal


Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.



# Jiran-jiran yang menyakiti Nabi Muhammad

  • Abu Lahab(bapa saudaranya)
  • Hakam Ibnu Abil Asi
  • Uqbah b. Abi Mu'it: letak perut unta yang berdarah dan bernajis ketika nabi solat
  • 'Uda b. Hamra al-Saqofi

# Bangsa Aad: bangsa Nabi Hud

# Bangsa Thamud: bangsa NabiSoleh

# Abdullah b. Salam: orang Yahudi yg pertama msk Islam

# Asma' Abu Bakar berkahwin dgn Zubair b. Awwam lahirkan Abdullah b. Zubair

# Tentera Hajjaj membubuh Abdullah b. Zubair

# Pasukan pengintip bg menyekat ekonomi Quraisy
  • 30 org dipimpin oleh Hamzah(bulan Ramdhan): sekat rombongan Abu Jahal yg berada dlm rombongan suku Dhamrah.
  • 60 org dipimpin oleh Ubaidah b. harith b. Abd Mutalib(bulan Syawal): sekat rombongan Quraisy yg dipimpin Abu Sufyan.
  • 20 org dipimpin oleh Saad b. Abi Waqas (akhir bulan Syawal)
    : sekat rombongan Quraisy di luar Madinah

# Peperangan pertama dipimpin Nabi
  • Peperangan Abwa', bulan Safar

# Bulan Haram: bulan tidak dibenarkan berperang
  • Muharram
  • Rejab
  • Zulkaedah
  • Zulhijjah

# Peperangan Buwwaq pd bulan Rabiulawal
  • dipimpin oleh Nabi bersama 200 org tentera Islam
  • Disekat rombongan Quraisy yg diketuai oleh Umayyah b. Khalaf (Tuan Bilal) yg bawa 2500 unta dan 100 pahlawan

# Peperangan Al-Asyirah pd bulan Jamadilawal
  • dipimpin oleh Nabi utk sekat rombongan Quraisy dr Syam

# Sebelum perang Badar Nabi hantar sepasukan tentera (8 org) bwh pimpinan Abdullah b. Jahash
  • bunuh Amru b. Hadrani(Quraisy pertama yg dibunuh)
  • tawanan pertama dlm Islam: Hakam b. Kaisan dan Uthman b. Abdullah
  • berlaku pd akhir Rejab di mana Abdullah menyangka telah masuk bulan Syaaban

# Syaaban 2H: turun perintah puasa bulan Ramadhan

# Perang badar: perang pertama disertai malaikat

# Nadr b. Harith: orang yang membuka majlis cerita dongeng dan karut di sebelah majlis Nabi

# Pembesar Quraisy yang mati dalam Perang Badar
  • Abu Jahal b. Hisyam
  • Utbah b. Rabiah
  • Syaibah b. Rabiah
  • Walid b. Utbah
  • Abu l Bunturi b. Hisyam
  • U'qbah b. Abi Muayyah
  • Nadr b. Harith

# Peperangan Badar
  • Yaumul Furqan @ Hari Perbezaan
  • belaku perbezaan anatara kebenaran dan kebatilan hingga tertonjol kebenaran
  • Allah musnahkan pemimpin bukan Islam Quraisy

# Uthman berkahwin dengan Ummu Kalthum selepas Ruqaiyah meninggal dunia
  • digelar l al-nurain kerana pemilik 2 cahaya

# Ali b. Abi Talib berkahwin dengan Siti Fatimah

# Zainab berkahwin dengan Abu Al-Asi (tawanan perang Badar)

# Peperrangan al-Suwaiq: bulan Syawal
  • Abu Sufyan menyerang Madinah dengan 200 org
  • Suwaiq sempena nama kurma yg diambil Abu Sufyan selepas membunuh seorang petani Madinah

# Perang keturunan Qainuqa'
  • suku yahudi yg tinggal di Madinah plg hampir kawasan org Islam
  • mereka bunuh lelaki Islam yg bela wanita Islam yg didedahkan aurat semasa membeli di pasar keturunan Qainuqa'

Perang UHUD

#Abdullah b. Ubay
  • ketua org munafik yg ikut dalam kalangan tentera Islam
  • persoalkan kenapa perlu umat Islam perlu keluar medan terbuka sehingga 300 orang pulang ke Madinah

# Panglima paling handal dalam kalangan tentera Islam semasa perang Uhud
  • Hamzah
  • Ali b. Abi Talib
  • Zubair b. Awwam
  • Miqdad

# Bendera umat Islam semasa perang uhud dipegang oleh Mus'ab b. Umair

# Bendera bkn Islam dipegang keturunan Abdul Dar(Anak2 Abu Talhah)

# 50 org pemanah handal di suuh bertahan di Bukit Rammah sehingga peperangan betul2 tamat tapi mereka ingkar arahan nabi

# Hamzah syahid di tangan Wahsyi dan perut dibelah, hati di atas dada, hidung dan telinga dicacatkan

# Mus'ab syahid selepas kedua-dua belah tangannya dipotong semasa pertahankan bendera umat Islam

# Anas b. Nadr ditikam 83 tikaman pertahankan Nabi

# Nusaibah ditetak bahunya

# Abu Dujanah
  • pegang pedang Nabi
  • syahid ketika menutup lubang hingga ditikan belakang dengan tombak sehingga menjadi seperti landak

# Nabi Muhammad
  • bahu ditetak sehingga sebulan tidak sembuh
  • kepala ditetak hingga topi besi masuk ke dalam isi kepala
  • muka dipukul hingg gigi patah

Ya Allah, betapa sengsaranya kekasihMu dalam pertahankan agama Islam. Ya Allah betapa kasihnya sahabat mempertahankan kekasihMu.Allahuakhbar.

# Pengajaran dan tarbiyah dalam perang Uhud di ceritakan dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 149- hingga 168

149: Wahai orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang kafir itu, mereka akan memalingkan kamu di atas tumit-tumit kamu (menjadikan kamu kafir), maka kamu kembali menjadi orang yang rugi.

150: Bahkan Allah adalah Maula (Pelindung) kamu, dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik Nasirin (Penolong).

151: Kami (Allah) akan masukkan perasaan takut ke dalam hati orang kafir itu, kerana mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Dia (Allah) tidak turunkan keterangan mengenainya. Dan tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali bagi orang yang zalim


152: Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya (janji Allah) kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya (izin Allah), sehinggalah hati (semangat) kamu menjadi lemah dan berbantahan (sesama sendiri) dalam urusan (perang Uhud) itu dan kamu derhakai (perintah rasul) sesudah Dia (Allah) perlihatkan kepada kamu apa yang kamu gemari (harta rampasan). Ada antara kamu yang mahukan dunia, dan ada yang mahukan akhirat. Kemudian Dia (Allah) memalingkan kamu daripada mereka (menewaskan kamu), sebagai ujian bagi kamu. Dan sesungguhnya Dia (Allah) sudah memaafkan kamu. Dan Allah memberikan kurnia kepada orang yang beriman.



153: (Ingatlah) ketika kamu lari tanpa berpaling kepada sesiapa pun (ketika perang Uhud), padahal rasul (yang berada) di kalangan (kawan-kawan) kamu yang lain memanggil kamu. Lalu Dia (Allah) timpakan ke atas kamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak berdukacita terhadap (keuntungan) yang luput daripada kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengenal) terhadap apa yang kamu lakukan.


154: Kemudian Dia (Allah) turunkan kepada kamu ketenteraman selepas kesedihan, iaitu rasa mengantuk yang mengenai segolongan daripada kamu sementara segolongan (yang lain) mementingkan diri sendiri (hinggakan) mereka mengadakan prasangka yang tidak benar terhadap Allah, iaitu prasangka Jahiliyyah. Mereka berkata: “Apakah ada sesuatu (kekuasaan) bagi kita dalam urusan ini?” Katakanlah: “Seluruh urusan itu kepunyaan Allah.” Mereka menyembunyikan dalam diri (hati) mereka hal yang mereka tidak nyatakan kepada engkau (Muhammad saw). Mereka berkata: “Sekiranya ada bagi kita sesuatu (kekuasaan) dalam urusan ini tentu kita tidak terbunuh di sini.” Katakanlah: “Walaupun kamu berada di dalam rumah kamu, nescaya orang yang sudah ditentukan terbunuh itu akan keluar ke tempat mereka terbaring (menemui ajal).” Dan kerana Allah hendak menguji apa yang ada di dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hati kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui) terhadap isi hati.


155: Sesungguhnya orang di kalangan kamu yang berpaling pada hari pertempuran dua angkatan (perang Uhud) itu, tidak lain (melainkan) mereka digelincirkan oleh syaitan disebabkan amal (kesalahan) yang mereka telah lakukan (sebelum ke medan perang), tetapi Allah telah memaafkan kamu, sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Halim (Maha Penyantun).


156: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu (menjadi) seperti orang kafir itu, mereka mengatakan kepada saudara-saudara mereka yang melakukan perjalanan di bumi atau menuju ke medan perang: “Andainya mereka tinggal bersama-sama kami tentu sekali mereka tidak mati dan tidak terbunuh,” akibat (ucapan yang) demikian itu Allah menjadikan rasa penyesalan dalam hati mereka, padahal Allah yang menghidupkan dan mematikan. Dan Allah adalah al-Basir (Maha Melihat) apa yang kamu lakukan.


157: Dan sesungguhnya jika kamu terkorban pada jalan Allah atau kamu mati, maka keampunan dan rahmat Allah lebih baik daripada apa (rampasan perang) yang mereka kumpulkan.


158: Dan sesungguhnya jika kamu mati atau terbunuh, maka kepada Allah (jua) kamu dikumpulkan.


159: Sesungguhnya dengan rahmat daripada Allah, engkau (Muhammad saw) bersikap lemah-lembut kepada mereka (orang beriman yang telah melakukan kesalahan itu), kerana sekiranya engkau bersikap kasar lagi keras hati tentu sekali mereka menjauhkan diri daripada sekeliling engkau. Maafkanlah mereka dan mintalah keampunan untuk mereka serta ajaklah mereka bermusyawarah dalam urusan (kehidupan) itu. Apabila hati kamu telah nekad, maka bertawakallah kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal.


160: Andainya Allah menolong kamu (tentu sekali) tiada sesiapa dapat mengalahkan kamu dan andainya Dia (Allah) membiarkan kamu, maka siapakah lagi yang mampu menolong kamu sesudah itu? (Oleh yang demikian) orang yang beriman hendaklah bertawakal kepada Allah semata-mata.


161: Tidak mungkin (sekali-kali) bagi seorang nabi berbuat khianat, dan sesiapa berbuat khianat, dia akan membawa apa yang dikhianatinya itu pada hari kiamat; kemudian tiap-tiap diri akan menerima balasan yang sempurna terhadap apa yang dia lakukan, sedang mereka tidak akan dianiaya.


162: Adakah sama orang yang menuruti keredaan Allah dengan orang yang kembali dengan (membawa) kemurkaan Allah? Dan tempat (orang yang dimurkai Allah) ialah Neraka Jahanam (iaitu) seburuk-buruk tempat kembali.


163: Mereka itu (tergolong kepada) beberapa darjat di sisi Allah. Dan Allah adalah al-Basir (Maha Melihat) terhadap apa yang mereka lakukan.


164: Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia kepada orang beriman tatkala Dia (Allah) mengutuskan seorang rasul daripada golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah), membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, sedangkan sebelumnya mereka berada di dalam kesesatan yang nyata.


165: Dan mengapa ketika kamu dikenakan musibah (kalah dalam peperangan), padahal kamu telah mengenakan musibah (kemenangan ke atas musuh kamu) dua kali, kamu berkata: “Mengapa jadi begini?” Katakanlah: “Ianya daripada diri kamu sendiri.” Sesungguhnya Allah adalah al-Qadir (Maha Kuasa) atas segala sesuatu.


166: Dan apa yang kamu alami pada hari bertemu dua angkatan (perang) adalah dengan izin Allah supaya Dia (Allah) menyatakan (siapakah) orang yang beriman.


167: Dan supaya Dia (Allah) menyatakan (siapakah) orang munafik, yang (apabila) dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah atau pertahankanlah,” mereka menjawab: “Kalau kami pandai berperang tentu kami ikut kamu.” Mereka pada hari itu lebih hampir kepada kufur daripada iman. Mereka ucapkan dengan mulut mereka apa yang bukan dalam hati mereka. Dan Allah Mengetahui apa yang mereka sembunyikan.


168: (Iaitu) mereka berbicara sesama mereka dan mereka duduk (tidak ikut berperang): “Kalau mereka (orang yang pergi berperang) itu mengikut kita tentu mereka tidak terkorban.” Katakanlah: “(Jika benar demikian) tolaklah maut daripada diri kamu, jika kamu orang yang benar.”

1 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...