TEMERLOH - Sebanyak 18 jenis barangan yang dikawal harganya dan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya tahun ini, bermula semalam sehingga 27 September 2009.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan melindungi pengguna daripada perbuatan mencatu oleh pihak peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan ini.
“Peniaga perlu mendapatkan lesen bagi barang-barang kawalan itu secara percuma dengan mana-mana cawangan KPDNKP. Sehingga ini sebanyak 15,057 lesen seumpama itu telah dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pekan sehari Temerloh bagi meninjau harga barang-barang yang dijual peniaga di situ, di sini, semalam.

Senarai barang-barang harga terkawal yang terlibat adalah seperti berikut:
1) ayam hidup
2) ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
3) ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
4) daging lembu tempatan
5) daging kerbau import (India)
6) telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
7) telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
8) telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
9) kubis bulat import Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing)
10) cili merah
11) tomato
12) kelapa
i) kelapa biji (kawalan harga maksimum borong sahaja)
ii) kelapa parut (kawalan harga maksimum runcit sahaja)
13) ubi kentang import (Indonesia dan China)
14) kacang tanah import
15) bawang merah kecil (India)
16) bawang putih (China)
17) ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram)
Ismail Sabri berkata, bekalan barang-barang keperluan untuk hari raya tahun ini mencukupi kerana pembekal dan pemborong barangan itu memberi jaminan untuk mengadakan bekalan yang secukupnya.
“Kebiasaannya orang ramai akan membeli barang-barang keperluan itu secara banyak seminggu sebelum hari raya. Oleh itu, seramai 2,000 pegawai pengkuat kuasa KPDNKP juga telah diarah supaya meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang,” katanya.
Beliau meminta orang ramai supaya melaporkan kepada mana-mana cawangan penguat kuasa di seluruh negara dengan menggunakan talian tol bebas 1-800-886-800 atau e-aduan@kpdnkk.gov.my jika mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang tersebut untuk diambil tindakan.
Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita di majlis berasingan di Bera malam kelmarin, Ismail Sabri berkata, pemborong dan peniaga mestilah bertanggungjawab dan beramanah bagi mematuhi senarai harga yang ditetapkan.
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga atau pemborong yang degil,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan zakat kepada warga emas, dan warga miskin di sini. - Bernama
* mana-mana rakyat Malaysia yang membeli barang-barang di atas pastikan anda semua tidak ditipu oleh peniaga dengan membeli harga yang mahal
*kalau kena tipu terus maklumkan pada yang berkenaan
*semoga 1 Malaysia direalisasikan semasa raya ini..

0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment