Photobucket

Friday, September 18, 2009

Bicara Hati di Akhir RAMADHAN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:38 AM No comments

Assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum & salam sejahtera Alhamdulillah, hari telah masuk 28 Ramadhan 1430H & tanpa disedari kini Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai. 

Tahun ini tahun kedua saya menyambut puasa jauh dari keluarga termasuklah sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kadangkala jika ada orang mengatakan tak sedihkah tak balik raya? Cuma mulut saja kata tidak tapi hati ini hanya Tuhan yg tahu betapa sedihnya beraya tanpa keluarga tersayang. 

Sudah 2 hari tidak telefon rumah sebab kalau telefon konfim nangis (huhuhuhu). Bukan manja tapi rindu yg teramat.

Kehadiran sahabat², kakak² & teman² dlm hidupku di UPSI kadangkala mengubat kerinduan berjauhan dari keluarga. Syukran semuanya. Tapi pulangnya mereka ke kampung halaman tercinta maka tinggallah diriku sendirian di Kolej Harun Aminurrashid yg tercinta ini. 


Bukan tidak mahu ikut ajakan mereka yg ingin mengajak saya pulang ke kampung mereka tapi disebabkan rasa akan membebankan saya menolak ajakan itu. Bayangkanlah apabila balik ke rumah orang, mereka bergembira di Hari Raya tiba² saya menangis. Oleh itu, biar saja saya di sini menanggung kesedihan, kerinduan & macam² lagi.

Raya tahun ini Dayang, Juriah & Sarni balik Sabah, cuma saya & Linda saja kat sini. Itupun mula² Linda nak raya kat KL. Memandangkan saya sendiri di sini, dia tak sampai hati nak tinggalkan saya. Maknanya kami beraya berdua saja dgn ada lagilah budak Sabah & Sarawak yg tidak balik. Saya faham kenapa mereka tidak balik. Samalah nasib kita semua.

Dlm kesibukan nak tulis post, tiba² pintu rumah dibuka kira² jam 1.15 pagi. Sedikit terkejut memandangkan semua ahli rumah dah balik. Cuma tinggal saya & Fiezah Halim dlm rumah ni. Rupa²nya yg buka pintu itu Miza (housemate sem 1). Dia kata tak dapat balik hari nie sebab ejen pengantara antara mereka (budak Kelantan) kena tipu oleh pemilik bas kira RM10 000. Huhu.


Banyak tau. Kasihan saya lihat mereka krn tadi sebaik saja solat Isya' sudah bersiap sedia utk pulang tapi lama menunggu rupa²nya kena tipu.

Ramai juga pensyarah di bawah yg sama² turut simpati dgn keadaan mereka. Miza kata mereka hanya dapat claim RM15 dari jumlah yg dibayar & esok InsyaAllah diusahakan bas Mahligai utk mereka balik Kelantan. Kasihannya.

Ok, masa utk beradu. Bermula jam 5 nanti memerlukan tenaga utk menunaikan kewajipan sepanjang hari esok.

Sebelum tidur jom Layan Pantun Raya

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama² bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq²
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang


Penat sungguh membuat sekaya,
Tepung pelita tolong hidangkan,
Merdu sungguh takbir raya,
Marilah kita ke rumah Tuhan.

Pasang pelita belakang almari,
Janganlah lupa memasang tangkalnya,
Sambil kita memuji Ilahi,
Panjatkan doa pada yg tiada.

Makan akak bersama toyol,
Buah pala di panah petir,
Bila memasak kuih & dodol,
Jangan pula kita membazir,

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit & angpau turutlah serta.

Budak² main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Ayam togel masak lemang,
Itik serati masak ketupat,
Hari raya hampir menjelang,
Kunjung-mengunjung menjadi adat.

Air cuka tumpah dianjung,
Anak sembilang buat hiasan,
Rumah terbuka mari berkunjung,
Makanan terhidang tolong habiskan.

Buah kedudu dibuat tepung,
Untuk berjimat di hari raya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Sentiasa berhemat di jalan raya.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yg berduka.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan & taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yg tiada jangan dilupakan.

Makan roti cicah kelapa,
Kelapa di beli dari buana,
Resah di hati gundah gulana,
Duit kami bagaimana?

Anak gorila gagah perkasa,
Amat terkenal di Kampung Sentosa,
Maaf andai terkasar bahasa,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya.


UCAPAN KHAS Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob (Naib Canselor) SEMPENA AIDILFITRI

"Selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa pd bulan Ramadan, kita seluruh warga UPSI yg beragama Islam menyambut pula Hari Raya Aidilfitri. Bulan Ramadan yg mulia meninggalkan kita dgn seribu kenangan betapa manisnya beribadah & dalam masa yg sama mendidik kita agar bersimpati kpd mereka yg tidak bernasib baik.

Semoga Ramadan tahun ini memberi makna yg tidak ternilai kpd kita dlm membentuk diri menjadi muslimin & muslimat yg saling mengasihani sesama insan & mendekatkan diri dgn Allah SWT.

Kpd semua warga UPSI sama ada kakitangan mahupun pelajar, saya mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing² utk meraikan hari kemenangan Aidilfitri. Hari yg bermakna ini, bukan sahaja utk kita bergembira bersama sanak-saudara rakan-taulan malah menjadi hari utk kita memperkukuhkan semula ikatan silaturahim.

Berhati²lah ketika memandu pulang ke kampung menemui orang² tersayang. Saya mendoakan semoga kita semua sampai dgn selamat utk bersama² di sisi keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kpd pelajar, selamat bertemu sanak-saudara & kembalilah ke pangkuan ibu & bapa utk memohon keampunan. Jasa mereka terlalu besar dlm kehidupan anda utk meniti kejayaan menjadi seorang mahasiswa seperti hari ini.

Bagi pihak diri saya, kpd semua warga UPSI, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan & tutur kata seandainya ada yg menyentuh hati sepanjang waktu kita bertugas demi menjayakan aspirasi universiti yg tercinta ini."


Cantik berseri bunga dahlia
Hendak dibeli barang seikat
Restu Ilahi di bulan mulia
Moga Aidilfitri bertambah berkat

Terang bulan pasang pelita
Cahaya gemilang berseri²
Bermaaf²an sesama kita
Sempena menyambut Aidilfitri...

Songket jalur jual di pekan
Pekan Kuah asal negeri
Salam dihulur tanda kemesraan
Jalinkan ukhwah di Aidilfitri...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...