Assalamualaikum..
Hati ini semakin sayu memandangkan kemungkinan esok Hari Raya Aidilfitri...
kini aku sendirian di bilik berteman laptopku yang terus mengalunkan lagu diblogku...
jika Allah tidak memberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang...
mungkin Ramadhan ini ramadhan terakhir bagiku...
Rasa pilu dan sedih rasanya meninggalkan Ramadhan...
2 tahun sudah aku menyambut Ramadhan jauh dari keluarga...
dan ini kali kedua aku menyambut Raya tanpa orang yang dikasihi, disayangi dan dirindui...
seusai solat subuh dan bacaan al-Mathurat bersama roomateku...
Kami dapat msg raya pertama dari nombor yang tidak dikenali yang berbunyi
"maaf kupinta andai ada tersilap kata,
terkasar budi bahasa sepanjang persahabatan ini terjalin,
moga dirimu sentiasa diberkati Allah"
setelah siasat punya siasat rupanya tu adalah sahabat bernama Hajar...
syukran Hajar atas pesanan ringkas darimu...
jam 10.15 am fiza berangkat pulang ke pangkuan keluarganya...
sedih rasanya tapi dia bukan macam aku org perantauan...
kutitipkan kad raya yang tidak seberapa untuk sahabat...
maaf fiza tidak secantik kad raya yang kau bagi padaku...
kulayan perasaan sendiri mendengar lagu alunan dalam blogku berulang-ulang...
membuat hati ini bertambah sayu...
semalam aku menelefon ibuku...
kudengar esakan ibuku yang menginginkan aku pulang membantunya...
adik-adikku bergaduh sesama sendiri...
nie semua salah si ayu...
kupesan pada adik bawahku ella supaya menggantikan perananku di rumah...
bahagi-bahagikan tugas nak untuk dibuat oleh adik-adikku...
kupesan padanya buatlah ibu gembira walaupun aku tidak berada di rumah...
syawal dan ika pula sibuk menolong ibu memarut kelapa dengan mesin parut kelapa...
hati-hati ya adik-adikku...
adik ida semakin nakal dengan kepetahan berbicara...
Alhamdulillah dia ada peningkatan sebelum melangkah kaki ke darjah 1 tahun hadapan...
aisyah tidur kerana penat berpuasa...
walaupun darjah 2 tapi telah berpuasa penuh dari tadika lagi...
syam macam biasa di mana ada adik ida di situ ada dia...
mana pergi yang besar2...
nasib baik aku tiada di rumah...
kalau ada confirm kubasah telinga mereka yang berkarat...
pada raya tahun lalu jika diimbas kembali masa ini kami sedang menyiadahkan juadah berbuka puasa, masak rendang, masak buras dan lain-lain...
tapi tahun ini???
sunyi keadaan kolej kediaman...
mengapa kebajikan kami yang tidak pulang ke kampung dibiarkan...
kenapa tiada peruntukan diberikan kepada Baksar @ Baksis untuk membuat sambutan Raya perantauan di kolej...
kenapa tiada yang menyuarakan kepada pihak atasan...
walaupun saya tahu esok ada sambutan Raya di blok HEPA...
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bagi Pelajar Sabah & Sarawak serta pelajar yang tidak pulang ke kampungJamuan hari raya bagi pelajar Sabah & Sarawak serta pelajar yang tidak pulang ke kampung. Bas disediakan di Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ungku Omar pada jam 7.00 pagiTempat : Perkarangan JHEPA, Blok ATarikh :20 September 2009 (Ahad) - 1 SyawalMasa : 9.00 pagi (selepas sembahyang sunat aidilfitri)* Semua mahasiswa/siswi di jemput hadir *
KEPADA SEMUA SAHABAT MARILAH KITA SAMA-SAMA BERAYA DI UPSI..
JANGAN BERSEDIH..
HAPUSLAH AIRMATAMU..
ADA INSAN LAIN YANG TIDAK DAPAT BERAYA DENGAN IBU BAPA MEREKA..
tapi itu tidak sama jika kami sendiri yang menyediakan juadah hari raya...
sekurang-kurangnya kerinduan pada keluarga hilang sementara apabila berada bersama kawan-kawan di perantauan yang mempunyai nasib yang sama...
harap-harap malam ini dengar takbir raya dari kolej ungko umor...
surau kolej harun Aminurrashid sudah 3 hari tidak berkumandang alunan azan...
nasib baik aku perempuan kalau tidak nak pi azan...
heheheheh(gurau saja)
message raya kedua dari presiden pms(saudara nik azrul) berbunyi
"salam idul fitri dan maaf zahir batin. semoga raya ini lebih bermakna dari tahun2 yang sebelumnya kerana telah mendapat kemenangan setelah hampir sebulan berjihad di jalan tarbiyah. mudah2an sahabat2 semua berbahagia bersama keluarga. jaga iman dan akhlak. hati-hati di jalan raya. selamat hari raya "
perkataan "mudah2an sahabat2 semua berbahagia bersama keluarga" membuatkan aku ingin reply message yang mengatakan aku tidak bahagia sekarang...
huhuhuhu (main saja)
apa-apapun terima kasih yang mengirimkan message raya...
pada sahabat fiezah dan linda pun terima kasih sebab bagi kad raya...
Dear Herwana, you have a greeting card.
Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada anda sekeluarga. Semoga anda sihat walafiat dan bahagia pada hari yang mulia ini! Sekian, terima kasih.Yours faithfully,
Uventheran (uvane_21@yahoo.com)Thank you for the wish Uven... Have a nice holiday with your family...
tiada apa-apa yang dapat diberi kepada sahabat-sahabatku sekalian...
hanya doaku pada Allah moga sahabat-sahabatku berjaya di dunia dan akhirat...
wallahualam...
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment