Aktiviti koko bina pelajar bersahsiah
KOKURIKULUM juga dikenali sebagai kurikulum tambahan, pendidikan untuk waktu lapang atau kelas tambahan. Aktiviti yang terkandung dalam kokurilum adalah sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan, serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah...
memang bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan(FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Ini hanya lontaran pandangan saya yang cetek ilmunya...
Tapi adakah pendidikan Malaysia berjaya???
Di manakah kekurangannya???
Adakah daripada cikgu @ pelajar@ibu bapa???
Ikuti masalah di bawah
Anak kedua, lelaki tidak pulang ke Malaysia sejak tamat belajar bertahun-tahun dulu. Mulanya, dia hendak kahwin dengan gadis Amerika Syarikat waktu belajar tetapi saya halang kerana mahu dia belajar dulu. Sejak itu dia tidak balik. Daripada anak saudara yg menuntut di sana, saya tahu tahu, kehidupannya bukan lagi seperti kehidupan orang islam.
Kasihan kepada ibu di atas...
betapa pedihnya hatinya...
mungkin masih terasa ketika melahirkan mereka dahulu...
pencapaian Akademik yang diutamakan sehingga kadangkala Emosi, Rohani dan Jasmani terabai....
Kalau tak percaya lihatlah diri kita sendiri....
ingatan pada diri sendiri yang bakal menjadi pendidik...
didiklah diri dahulu sebelum mendidik orang lain...
kita akan menjadi tatapan pelajar...
kita akan menjadi tatapan rakan sejawat...
kita akan menjadi tatapan ibu bapa...
kita akan menjadi tatapan masyarakat...
kita akan menjadi tatapan semuanya...
bukan untuk sehari @ sebulan @ setahun...
tapi selama-lamanya sehingga meninggal dunia...
"jika cikgu kencing berdiri, pelajar akan kencing berlari"
apa yang penting cikgu itu kena mempunyai pegangan agama tak kiralah dia muslim @ hindu @ buddha @ kristian...
sekiranya dia mempunyai pegangan agama yang baik semua masalah dapat dirungkai...
kata cikgu saya dahulu
"bolehkah seorang cikgu menyuruh pelajarnya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam sedangkan dia sendiri x melakukannya kerana terlalu sibuk dengan perkara lain...
Mari sama-sama kita renung-renungkannya....
Maaf atas pandangan ilmu yang sedikit ini...
saya hanya insan biasa yang meminjam sedikit ilmu daripada penciptaku iaitu ALLAH..
seimbang itu perlu, jangan sengit sebelah..hehehehe
2 123 Bingkisan Sahabat:
saya sokong, kokurikulum blh kurangkan masalah sosial
insyaAllah sekiranya pljr ambil manfaat dgn sebaiknya
Post a Comment