Photobucket

Saturday, April 17, 2010

Ana Dah Bertunang Dengan _ _ _ _ _ _ _ _

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:58 PM 4 comments




Assalamualaikum & salam sejahtera..


Bicara tentang bertunang pasti buat hati berbunga² anggerik, mawar, kekwa & lain² bagi yg telah melalui. Bertunang dgn siapa?


Jom ikuti kisah nie....


~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~

Hari² berlalu yg dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yg perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.



Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dgn hati yg diusahakan utk berlapang dada.



Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar² berada di tepi tebing, tunggu saat utk menjunam jatuh ke dlm gaung. Maha Suci Allah yg mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah & terus memimpin utkku melangkah dgn tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yg teristimewa, tidak juga punya apa² yg begitu menonjol. Jalanku juga dua kaki, lihatku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yg menumpang di bumi Allah ini.



Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dgn sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dgn sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa berbicara dgn lidahku yg lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.



Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Saidatina Khadijah dlm berbakti, aku bukan sebaik Saidatina Fatimah yg setia menjadi pengiring ayahanda dlm setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.



Aku hanya seorang Insyirah yg sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yg memuji wajahku berseri & mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua² tanganku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan & tidak pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu² soalan yg maha banyak, tetapi diamku krn aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dlm penantian.



Ibu bertanyakan soalan yg sewajarnya aku jawab dgn penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.


"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dlm tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup utk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... Helaian demi helaian naskhah yg begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.


"Malam Pertama..." Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yg bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yg menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah²an aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah²an ya Allah. 


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.



Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak²nya nanti hatiku akan tenang dgn kalamullah yg sudah meresap ke dlm darah yg mengalir dlm tubuh. Mudah²an aku tenang.


As-Syifa' aku adalah al-Quran, yg setia menemani dlm resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang² yg mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yg singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku & keluarga.

"InsyaAllah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dgn Allah. Itu yg paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yg perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yg mampu aku zahirkan ialah senyuman & terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dgn 'dia' yg mendekatkan aku dgn Allah.



Sahabiah juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dgn as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain krn aku mahu kalamullah meresap dlm darahku, agar ketenangan akan menyelinap dlm setiap derap nafasku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"



Aku tiada jawapan khusus.

"InsyaAllah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."



Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!"



Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak²!"


Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam & terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"InsyaAllah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."



Rahsiaku adalah rahsia Allah, krn itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.



Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar & dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, & aku katakan sekali lagi kpd ibu...

"Usah berlebihan ya..."



Ibu angguk perlahan & terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"



Aku tersenyum lagi... Akhir² ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yg pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dgn penuh debaran, moga aku bersedia utk hari pernikahan tersebut & terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

......................................

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."



Allah, itu suara sahabat²ku, teman² seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dlm penantian. Sahabiah ramai yg datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.



:)Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yg mendekatkan aku kpd Allah.



:)Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yg aku rahsiakan dari pengetahuan umum.



:)Akhirnya, mereka sama² mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yg mengkhitbahku.



Dlm sedar tidak sedar, hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku sentiasa ada suara sayu yg menangis sendu di hening malam, dlm sujud, dlm rafa'nya pada Rabbi, dlm sembahnya pada Ilahi.



Sayup² hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yg tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dgn 'dia' yg mendekatkan dgn Engkau. Yg menyedarkan aku utk selalu berpuasa, yg menyedarkan aku tentang dunia sementara, yg menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dlm majlis yg Engkau redhai, aku hambaMu yg tak punya apa² selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yg tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kpd ibu beberapa minggu kemudian.

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"



Ibu tenang menjawab.

"Dgn kematian wahai anakku. Kanser tulang yg mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dgn cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..."


Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yg sering dibacanya itu, malam pertama..."



Ibu angguk, tersenyum lembut.

"Ini nak, bukunya."


Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patutlah Insyirah selalu menangis. Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah utk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yg terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yg diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dgn MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dgn mendekatkan diriku kpd ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, krn ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yg perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh & setabah hati seorang ibu."

~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~~¤ ¤~


Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA (semua yg sedang membaca)


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Krn, ana sudah bertunang! Bertunang dgn kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan & tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang²nya apabila sudah dirisik & bertunang, kita sama² akan mempersiapkan diri sebaik²nya walaupun bukan yg terbaik utk hari pernikahan dgn KEMATIAN.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita. Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dgn segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yg lebih kekal. Oleh itu, sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa², tahu² sudah disanding & diarak seluruh kampung walau hanya dgn sehelai kain putih tak berharga.


Setidak²nya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. Untungnya Insyirah.



~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~



Dipetik dari: YG Rabithah Fityah Muhammadi (Alumni Maahad Muhammadi).

Penulis: Siti Khairunnisa Azmi


Kutinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian kutersekap diam membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dlm istanaku menuju alam lain. Apa gerangan yg mendatangiku saat tidur?


Wallaualam

4 123 Bingkisan Sahabat:

tersentuh hati ketika membace...ku adalah insan berdosa..

xpe aida...
sbgai renungan kita bersama...
xda m'sia yg xda dosa...
sama2 kta bnykkan beristighfar utk bersihkan hati yg semakin gelap...

selamat atas petunangannya semoga kelak menjadi keluarga sakinah mawaddaj warrohmah, salam dr blogger indonesia

syukran...
jauhnya blog ana sampai indonesia...
tp xpa sebab ana pun ada darah keturunan indonesia...

insyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...