Itu saja kata yang dapat diucapkan ketika mana dengar kematian Achik Spin. Tidak diakui ana suka juga dengar lagu² arwah bersama Nana. Tapi Allah lagi menyayanginya..
Kalau 2007 Puteri Rania, anak sulung arwah dijemput dahulu oleh Allah. Tapi kini arwah turut dijemput juga. Dan nanti kita semua akan dijemput juga.
Al-fatihah
ACHIK bersama sahabat baiknya, Nana. |
SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira² pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.
Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira² 5 meter sebelum MPV itu terbakar & meletup.
Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala & beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.
Dari Ali r.a., katanya: Rasullah saw, bersabda: “ Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang²nya kepada 4 perkara, iaitu: Mengetahui & menyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & bahawa aku ialah Rasullulah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, & percayakan mati yang memang ditetapkan masa & caranya bagi tiap² seorang, & percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah.” Hadis riwayat Tirmizi
Ya Allah, hambamu yang hina ini, ya Allah memohon restu Mu & keredhaanMu.
Kau jadikan hati² kami sentiasa mengingati & menyebut namaMu dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati² ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu…
(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati² ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Engkaulah sebaik² sandaran & sebaik² penolong.
Ya Allah kau ampuni dosa² kaum muslimin & muslimat yang telah meninggal & jadikan kubur² mereka seluas² taman syurgaMu, Ya Allah.
Ya Allah restuilah & sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga & para Sahabat Baginda semuanya.
Ameen, ameen, ameen…ya Rabbul'alamin.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment