Alhamduillah sepanjang minggu studyweek dan exam wana dapat meluangkan masa untuk menghabiskan membaca buku Pak Latip iaitu Imam Syafie Pejuang Kebenaran. Walaupun pada hakikatnya waktu studyweek perlu diisi dengan mengulangkaji tapi wana tetap berusaha untuk menghabiskannya. Tapi itu tidak bermakna wana tak study tau. Bila letih otak membaca dan mengingat baru wana baca buku nie.
Buku ni dapat wana habiskan baca selepas menjawab paper Statistic yang sangat susah. Nak nangis je wana jawab paper tu. Tapi biar ia berlalu kerana wana ada 2 paper lagi 27 dan 28 iaitu basic organic chemistry dan Numerical Method. Doakan wana boleh buat yang terbaik ye....
Ni nak kongsi sedikit apa yang wana dapat dari buku ni dan kalau nak tahu lebih lanjut jangan lupa baca...
Hidupnya dalam kekurangan. Tetapi semangatnya menuntut ilmu tidak pernah malap. Malah sentiasa membara. Membaca kisah hidup Imam Syafie mengundang 1001 rasa. Maha Suci Allah yang mengangkat darjat hamba-Nya apabila seseorang hamba itu dekat dengan-Nya.
Syafie merupakan tokoh ilmuwan terbilang. Seorang yang warak, alim, dan zuhud. Beruntung dirinya lahir dalam keluarga yang begitu menitikberatkan ilmu agama. Pernah sekali Imam Syafie belajar bersyair namun disebabkan beliau sedikit terkasar dengan ibunya, lantas disuruh Imam Syafie pergi menuntut ilmu agama untuk menjadi seorang ulama dan menjadikan dirinya seorang yang merendah diri dan berbudi bahasa.
Wana kagum dengan daya ingatan dan hafalan Imam Syafie. Dikatakan sekiranya lembaran-lembaran kertas, pelepah dan daun yang ditulis ilmu setinggi gunung pun akan dapat dihafalnya. Beliau hafaz al-Quran ketika usia baru mencecah 9 tahun, menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik pada usia awal remaja, dan dapat menghafal puluhan ribu syair sebuah kaum sehingga menjadikan dirinya seorang pakar rujuk dalam ilmu syair.
Beliau mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri bagi menimba ilmu pengetahuan sehingga kesemua bidang telah dapat dikuasai dengan mahir. Malah beliau juga diberi kepercayaan untuk memberi fatwa dan menggantikan gurunya sendiri untuk mengajar kuliah agama kepada orang ramai.
Setiap yang baik pasti ada penghalangnya. Beliau dan anak-anak didiknya pernah difitnah merancang penggulingan khalifah oleh gabenor di tempatnya sendiri. Dua bulan lamanya perjalanan dari Najran ke tempat khalifah dengan berjalan kaki di atas padang pasir yang panas sehinggakan darah hitam melekat pada besi-besi yang merantai kaki mereka. Begitu azabnya dirasakan. Namun begitu Imam Syafie dan pengikut-pengikutnya tetap sabar dan di bibir tidak lekang dengan alunan ayat al-Quran yang telah dihafal.
Penyeksaan yang diterima semasa dalam tahanan turut tidak menjejaskan iman mereka. Akhirnya dengan pertolongan Allah, Imam Syafie berjaya dibebaskan dan gabenor yang memfitnahnya turut mendapat balasan.
Imam Syafie terus memberi kuliah agama dan beliau tidak gentar memperkatakan kebenaran. Beliau selalu diancam oleh puak yang bertentangan pendapat dengannya. Namun beliau lebih suka mengambil jalan berdiam diri ataupun mengelak dari berhujah dengan golongan ini. Hal ini bagi mengelakkan pergaduhan.
Semoga Imam Syafie dirahmati Allah.
Buku seterusnya akan dibaca ialah Ikramah Penentang Jadi Pembela. Buku ni wana dah baca 4 bab ketika dalam bas masa nak pi KERIS hari tu. 24 bab lagi perlu dihabiskan untuk melengkapkan bacaan. Caiyok2 wana.. Misi selepas abis exam. InsyaAllah.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment