Alhamdulillah, syukur pada Allah masih diberi nikmat yang tidak terhitung dengan jari jemari. Hari ini masuk hari ke-11 wana dan sahabat-sahabat berkampung di Kolej Zaba untuk berbengkel + menjalankan gerak kerja Minggu Suai Kenal ambilan Julai 10/11.
Pada MSK kali ini wana ditaklifkan sebagai Timbalan Penolong Pengurus(TPP) 1 bagi Sekretariat Aku Janji, PTPTN dan Bersama Fakulti bagi membantu Kak Shikin dan Rizal. Terima kasih buat Kak Shaiha memberi kepercayaan pada kami untuk menjalankan tugas ini. Buat anak buah sekretariat kami (Kak Sue, Kak Hani, Kak Ayu, Kak Hamni, Atiqah, Atika, Anis, Mimi, Syah, Sutha, Bella, Mazni, Liyana, Fatin, Arif) terima kasih yang tak terhingga sudi memberikan tenaga dari segi fizikal, idea dan lain-lain untuk membantu kami. Kami memohon maaf sekiranya sepanjang kita bekerjasama ada perkara yang membuat hati kurang senang. (",)
Bengkel MSK kali ini amat berbeza dari bengkel MSK yang lalu memandangkan banyak perubahan telah dilakukan seperti pertambahan 2 sekretariat baru iaitu Sekretariat Kerohanian dan Sekretariat Latihan Dalam Kumpulan (LDK), di samping pengisian sepanjang bengkel santai dan kurang hiburan yang melampau dan aktiviti kerohanian yang lebih baik dari bengkel MSK lalu. Memang sesuai dengan tema yang dibawakan pada MSK kali ini "Mahasiswa Berinovasi Pencetus Transfomasi".
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel seperti taklimat (keselamatan, protokol, kesihatan, jamuan, kebersihan, penginapan, pengangkutan, akademik dan PTPTN), LDK, perancangan MSK setiap sekretariat dan gerak kerja. Selain itu, Timbalan Pendaftar Kanan dan TNC HEPA juga turut hadir semasa bengkel untuk memberi amanat kepada semua Sekretariat Minggu Suaikenal (SMS).
Bermula 28 Jun hingga 3 Julai merupakan jangka masa yang diberikan oleh kami untuk menjalankan gerak kerja setiap sekretariat. Untuk sekretariat kami 50% hampir selesai tapi Slot Bersama Fakulti masih mempunyai sedikit permasalahan. Moga-moga Allah memberi ketenangan dalam hati dan pemikiran agar kami dikurniakan cara yang lebih berstrategi menyelesaikan masalah ini.
Alhamdulillah sepanjang bengkel + gerak kerja MSK, wana banyak mengenali sahabat-sahabat baru dari pelbagai kursus, semester, negeri dan lain-lain. Walaupun secara jujurnya seringkali terlupa nama mereka, wana akan sentiasa tanya kembali hingga pada satu tahap penat dah rasanya mereka nak jawab. Gitulah kiranya.....
Sebelum akhiri luahan hati, mungkin harapan buat sahabat yang mengenali diri yang dhaif ini agar menegur silap atau kekasaran yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar.
Syukran jazilan buat sahabat yang menegur kesilapan yang wana lakukan.
Buat renungan sahabat yang kukasihi.....
" Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" (Ali Imran:185)
Allah berfirman :
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(Al-A’raf : 34)
Sebagai renungan dan panduan untuk kita bersama...
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan....
Setiap kehidupan pasti ada kematian.......
We are Ready....?
Renung-renungkan dan Selamat Beramal
Wallahhua'lam..
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment