Photobucket

Thursday, June 24, 2010

UPSR+PMR+GURU TETAP

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:41 AM No comments




Sejak akhir² ini, akhbar & media seringkali memaparkan isu pendidikan tidak kira pendidikan peringkat rendah mahupun peringkat tinggi. Sebagai seorang bakal guru tidak dapat dinafikan perlu mengetahui perkembangan semasa terutamanya isu berkenaan pendidikan agar fikiran tidak seperti katak di bawah gelas.


Kalau dulu pemansuhan PPSMI, kini cadangan pemansuhan UPSR & PMR. Banyak reaksi yg bakal dilihat atas dasar untuk memansuhkan UPSR & PMR samaada dari sudut positif atau negatif.

Jom kita lihat apa yg dipaparkan oleh akhbar² tempatan....


Tarikh hapus UPSR, PMR tidak ditetap

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) & Penilaian Menengah Rendah (PMR), kerana masih memerlukan masa untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak.

“Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau 2 bulan, tetapi yg pasti kita akan mengambil masa yg sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.


“Apa pun kita akan tunggu, apabila semua pihak sudah menyuarakan pandangan, maklumat ini akan dikumpul & kementerian juga akan memanggil pihak yg berkepentingan dalam soal pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010, di sini, semalam.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi & Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Kusaini Hasbullah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga 24 Jun itu disertai lebih 200 peserta yang mewakili Kementerian Pelajaran, KPT, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).


Beliau yg juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini yang mahu pakar pendidikan & masyarakat menyatakan maklum balas mereka mengenai cadangan pemansuhan UPSR & PMR.


Mengenai maklum balas yg diterimanya setakat ini, katanya, ia adalah baik kerana ada pihak yang bersetuju supaya kedua² peperiksaan itu dihapuskan & ada juga yang mahu salah satu peperiksaan itu dikekalkan.

“Apa²pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap, beliau berkata, proses lantikan & penempatan guru akan diperkemaskan lagi dengan adanya perkongsian data antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) & Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).


Muhyiddin berkata, perkongsian data itu akan membolehkan proses lantikan dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas & berkesan kerana calon yg lulus kursus perguruan tidak perlu lagi dilantik sebagai guru sandaran terlatih, sebaliknya boleh terus dilantik sebagai guru tetap.

Sumber: Berita Harian (23 Jun 2010)



Ujian Khas ganti UPSR ke SBP?


PUTRAJAYA 22 Jun – Satu Ujian Khas mungkin bakal menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai penilaian untuk penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yg berminat memilih sekolah tersebut bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

“Mungkin Ujian Khas ini akan diselaraskan tetapi bukan dijadikan peperiksaan wajib sebagaimana yg pernah dibuat oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

“Banyak juga kes pelajar yg mendapat 5A tetapi mereka tidak berminat memasuki sekolah berasrama penuh.

“Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat cadangan & banyak lagi cara lain yg boleh digunakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Ia akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM130,199.70 untuk Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia sempena lawatan 37 anak yatim & 12 guru dari asrama itu ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Sumbangan itu diterima daripada pelbagai badan korporat & individu negara ini termasuk Kementerian Dalam Negeri & sekolah² negeri Johor bagi pengurusan asrama itu yang dibina sejak 4 tahun lalu akibat bencana tsunami.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, setakat ini kementerian menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk tokoh akademik tentang cadangan memansuhkan UPSR & PMR bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.

Di peringkat kementerian, katanya, kajian sudah dijalankan termasuk melihat kepentingan menjadikan vokasional sebagai sistem pendidikan arus perdana bagi mewujudkan sistem 2 aliran iaitu akademik & vokasional.

“Bagaimanapun, maklum balas daripada masyarakat cukup penting kerana pendidikan merupakan perkara dinamik yg perlu ditransformasikan berdasarkan kehendak semasa.

“Kementerian sudah menjalankan kajian kerana sistem pentadbiran sudah berubah sama ada kita mahu menggunakan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ataupun sebaliknya,” katanya.



Semua Calon Lulus Kursus Diserap Guru Tetap
PUTRAJAYA 22 Jun - Semua calon yg telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos & masa tetapi juga memberikan status perjawatan yg lebih baik kepada guru terlatih itu.

''Dalam pengambilan yg akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana² sekolah yg sesuai.

''Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik & terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi & SPP dapat diperkemaskan.

Ini supaya proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas & berkesan.

''Buat masa ini pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran & Unit Pusat Universiti Kementerian Pengajian Tinggi.

''Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggariskan 5 syor yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti guru.

''5 syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon² guru terbaik, memastikan guru² menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar & bukannya tugas perkeranian.

''Selain itu, meningkatkan akauntabiliti institut pendidikan guru melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing², merekrut guru² berkualiti dalam bidang kritikal & menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya.


Apa kata anda???

InsyaAllah kita akan lihat isu² pendidikan untuk akhbar akan datang...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...