Photobucket

Friday, March 25, 2011

22 Tahun 6 Hari

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:51 AM No comments

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana jari jemari yg dipinjamkan ni mampu lagi mengores dlm blog. Hari ini usia ku genap 22 tahun 6 hari memandangkan 19 Mac 1989 yg lalu ibuku melahirkan aku pada 5.09 pagi di Hospital Lama Labuan. Jika dihitung usiaku dgn amalanku selama ini masih kurasakan tidak mampu kutempah syurga Allah di akhirat kelak.

Diri ini cuba utk mengislahkan diri dr Herwana dulu ke Herwana baru tapi begitu bnyk tohmahan diterima.


"Kau bukan sekolah agama dulu. Takyah nak berlagak baiklah.."

Tiap hari memujuk hati utk Sabar. Tiap hari membelai hati utk Sabar. Tiap hari memaksa hati Sabar.

Lama² aku ganti Sabariah.

Apa² pun itu bukan masalah besar yg aku perlu fikirkan tapi apakah method terbaik harus kugunakan utk mengharungi dunia yg pancaroba?

Semakin aku belajar bertanggungjawab terhadap amanah yg dipikul di dunia ini semakin bnyk dugaan datang menguji.

Kalau tak kuat kecundang di tengah jalan.

Tepat jam 12 am pada 19 Mac 2011 yg lalu, masyaAllah tertalu² ucapan kelahiran kuterima melalui sms, fb, dll dari sahabat handai & juga saudara seperut dgnku iaitu adikku, Ella. Terharu sebenarnya. Baca sms dr Ella membuatkan air mata turun membasahi bumi.

Esok paginya aku menelefon org paling kusayangi iaitu my beloved mom. Pertama kali kulafazkan kalimah


"Terima kasih mak sbb lahirkan aku kat dunia"

Mungkin jika aku berada di sampingnya sudah pasti akan peluk dirinya sepuasnya. Aahhh tidak.. Aku rindu yg teramat pada ibuku.

Setiap kali membuka FB begitu bnyk shbt yg wish hari lahir. Bukan setakat wish tapi doakan diri yang hina ini. Hari tu kerjaku membalas ucapan "Syukran Jazilan Khatiran" kpd semua shbt yg mencoretkan sesuatu di wall FBku. Mcm artis pula famous di dunia bt smntra.

Memandang hari lahirku jatuh pd hr Sabtu & kebetulan ada pasar malam kat pekan TM so sy berhajat utk buat sikit makan² utk shbt. Beli ini, beli itu, beli sana, beli sini. Banyak... Tapi hanya 4 org (fiza, hajar, nita, aisyah) shbt sj dpt dtg.

Oh bukan rezeki yg lain. Lain kali hr lahir sy je lah boleh belanja lg.

Paling terharu dapat hadiah dr akma & linda. Comel. Sy suka. Syukran shbt.

Gmbr2 di bwh sy ambil kat Fb start org yg mula wish befday hingga terakhir. Lucukan? Gmbr ini pun nak ambil. Mmg sah ada kerja buat kerja x b'faedah.












Saya amat m'hargai w/pun hnya ucpn sesingkat HB, SHL, GBU...

Kenangan m'ymbt hr lahir di UPSI akan kuabadikan sapa bila².


Jom aminkan doa ini. Moga bait² yg diucapkan aku dpt tambahkan lagi kesyukuran pd nikmat yg ada.

Terima kasih Ya Allah utk usia yg telah Engkau berikan. Terima kasih juga utk setiap rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat & ilham yg Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yg telah Engkau berikan kpdku & terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap & khilaf menafsir makna setiap kurniaan & dugaan. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat² lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan & kesakitan yg amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kpd siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif & lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dgn limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh drpd kesesatan.

Dlm usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dlm usia yang makin jauh ini... aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dlm usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dlm usia ubanan ini yg ku inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan & kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yg sudi.

Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yg hina-dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratul mustakimMu dgn tenang & mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim... berikanlah ilham kpdku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar & dakwah dgn caraku. Hulurkan kpdku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan utkku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yg sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...