Photobucket

Thursday, March 10, 2011

"Terasing" daripada SAHABAT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:49 AM 4 comments

Alhamdulillah dalam masa tiga hari saya dapat menghabiskan 313 mukasurat novel yang ditulis oleh Hilal Asyraf yang bertajuk TERASING.


Fuyoo... Laju betul saya baca buku apa taknya jalan cerita dlm buku ni membuatkan pembaca terus tertanya² perkara yang berlakunya seterusnya. Mgkn sbb nipis dari novel SINERGI maka saya lebih mudah membacanya di mana saja berada tak kira duduk, berdiri, berjalan mahupun baring... Macam orang obses baca buku pula.

Jalan cerita dalam novel ni masih berkisar tentang PERSAHABATAN tetapi diselitkan juga PERCINTAAN, KEKELUARGAAN, KERJAYA dan lain
². Kalau baca bhgn kekeluargaan macam nak kahwin cepat je rasanya. Hayoo...Memang novel mengasyikkan cuma ia tidak seperti novel lain memandangkan banyak pengajaran yang diperolehi dalam novel ini.

"Letakkan dunia di tapak tanganmu bukan dihatimu"

Ayat ini membuat sy terfikir berkali-kali sehingga fahami maksudnya sedalam
². Yup, memang betul dgn ayat ini memandangkan sekiranya dunia diletakkan di tapak tangan bukan dihati maka kita yang menentukan hala tuju kita di dunia berbanding meletakkan dunia dihati bukan di tapak tangan maka hati yang akan memandu kita di dunia.

Satu lagi ayat yang saya suka dalam novel ini


"Kalau aku jatuh, hulurkanlah tgnmu kpdku. bila aku bengkok, kau luruskanlah aku"

Betapa bermaknanya ayat ini. Seperti inginku khabarkan saja pada semua teman
²ku. Aku takut gugur di medan perjuangan Islam bila sendiri nanti pulang ke kampung halaman. Astaghfirullah al-Azim..
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam Islam.
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam dakwah Islam. Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam perjuangan Islam.
Apa-apapun pengajaran yang paling besar dilihat dalam novel ini adalah jangan mengasingkan diri apabila terjatuh, tersungkur dalam landasan Islam. Berusaha untuk kembali ke jalan yang benar menuju REDHA ALLAH.

Jom sahabat
² baca buku ni bagi yang belum baca. InsyaAllah banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi. Sekarang tengah baca novel bertajuk "Denyut Kasih Medik".


Moga dipermudahkan Allah. Wallahualam.

4 123 Bingkisan Sahabat:

salam,
salah satu kelebihan hilal asyraf adalah ayat yng diungkapkan mudah kita ingat...dulu nk beli gak buku nie, tpi hilal cakap ini bukan buku terbaiknya...sbb kalo kak wana baca 3 hari, ada pembaca yang cakap, hilal cuma ambk masa lebih kurang 3 hari untuk menyiapkan novel nie...tpi baca review nampak cam best...so nak beli la...satu lagi nk tny....mcm mana buat yang dalam box warna biru tu...hi3

wsalam...
hihihi..
plg cepat la tu 3 hr..
itu pun time jalan pun baca buku..
akak dah bg kat FB cr nak bt tu

waa pertama kali singgah blog wana. hehe.

hihihi..
besa2 je blog nie..
bkn mcm blog ain..
gempak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...