Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.
Hari ini terasa ingin berkongsi sedikit pengalaman berhari raya haji di Kelantan. Pengalaman yg x dpt dilupakan. InsyaAllah menjadi memori yg akan dikenang smpi bila².
Pada mulanya sy ingat Linda hanya ajak² ayam sj utk berhari raya di rumahnya memandangkan dia telah menyatakan hasratnya sebulan sblm kami balik kelantan. Memandangkan Linda tidakpun sibuk meminta sy membeli tiket pulang ke Kelantan maka sy jangka berhari raya haji di Kelantan bukan realiti. Tetapi dlm masa yg sama MARSIS turut mengadakan program beraya di perantauan di Bachok, Kelantan maka sy bercdng menyertainya. Walau bagaimanapun 3 hari sblm pulang ke Kelantan baru Linda beritahu perancangannya di mana kami akan balik bersama mak cik Linda yg berada di Kajang. Sebenarnya sy jd malu nak ikut Linda tp memandangkan Linda begitu mengharap sy ikut di balik Kelantan maka sy memenuhi jemputan dgn hati terbuka. Sebab kalau bkn skrg bila lagi?
Keramahan keluarga Linda amat memikat hati. Mgkn sbb meraikan tetamu. Berada di rumah Linda membolehkan sy mengenali satu persatu adik-beradik Linda bermula dr kakaknya yg telah kahwin, abgnya yg xsihat, adiknya yg seusia dgn adikku, adik lelakinya, adik perempuannya dan Yanie. Dlm ms yg sama sy memahami suasana kehidupan keluarga Linda yg sederhana. Sepanjang di rumah Linda sy dpt mandi guna air dlm perigi. Sejuk...
Spjg di sn setiap hr dgr org ckp Klntn smpi adik Linda pun mmg petah berbicara bhs Klntn. Terasa lucu bila dikenang kembali. Nasib baiklah faham jg sikit² bhs Kelantan maka tidaklah kebluran yg teramat sms berada di Kltn.
Gambar di atas nie kawasan di rumah Linda di mana lokasi rumah kak Linda di hadapan rumahnya dan rumah Mek (gelaran bg nenek Linda) sebelah rumahnya. Keadaan yg aman tenteram dgn keindahan hijau yang mempersonakan.
Nie adik bongsu Linda. Namanya Yanie. Sgt lain perwatakannya dgn Linda. W/pun baru 6 tahun tp kepetahan xnmpk pun masih berPASTI. Memandang biasa dgn kanak² maka sy terlalu akrab dgn Yanie hingga Linda kata xya layan kalo adiknya mengada². Yanie sgt lasak sbb kanak² seusia dgnnya semua lelaki apatah lagi anak buahnya sendiri (anak kpd kakak Linda), Iwan sama umur dgnnya. Tapi spnjg berada di Klntn sy berusaha mengajar mereka. Setiap hari kami main "cikgu²". Rindu dgn Yanie.
Pada hari raya pertama (17 Nov 2010), terlalu bnyk lembu, kerbau, kambing yg dikorbankan bagi mengingati Sirah Nabi Ibrahim n Nabi Ismail. Keluarga Linda jg xketinggalan melakukan korban cuma dikongsi semasa sanak saudara. Selepas solat sunat AidilAdha kami bergerak ke rumah Mak Long Linda utk melihat korban di sana. Tapi kami hanya berada di rumah Mak Long Linda utk menyediakan bhn² yg digunakan utk memasak daging² korban. Selepas pengagihan daging korban sedikit daging korban digunakan untuk kenduri kecil²an. Sy lupa dah apa istilah yg disebut dlm bhs Klntn. Setiap kali sy sebut mesti Linda gelak. Setelah mengemas kami pulang ke rumah Linda.
Satu pengalaman baru sy adalah melihat kambing biri² dgn lebih dekat. Macam org kuno pula sy nie. Pak cik nie sbnrnya lalu dpn rumah Linda sambil menarik kambing²nya. Waktu lalu rumah Linda smpt lg berbual² dgn parent Linda. So sy ambil kesempatan menenung si kambing biri² dgn mata x berkelip.
Pada hari raya kedua (18 Nov 2010), sepatutnya hari ini kami rancang hendak ke program iaitu Multoqo Murabbi tapi ada sedikit masalah xdpt elakkan maka xdpt pergi. Redha saja.. Bukan rezeki.
Pada hari raya kedua (18 Nov 2010), sepatutnya hari ini kami rancang hendak ke program iaitu Multoqo Murabbi tapi ada sedikit masalah xdpt elakkan maka xdpt pergi. Redha saja.. Bukan rezeki.
Perkara yg xboleh elakkan adalah sbb sy ikut Linda ke rumah kawannya, Tasya sempena Majlis Pertunangannya. Lucunya Tasya ni tunang dengan abang sahabat baiknya sendiri. Mereka di atas ni teman seperjuangan Linda sms di SMK Kangkong, P. Mas, Kelantan tp sy lupa deh nama² mereka. Yang bestnya sebelum smpi rumah Tasya nie kami konvoi dgn 4 buah motor. Time nie la juga pengalaman pertama sy naik motor xpakai helmet sbb xkeluar pun jalan besar cuma area kawasan rumah Linda saja. Cuma yg menampakkan jauh sbb bnyk lorong dan berliku².
Pada malamnya sekali lagi di rumah Mek buat makan². Panggang ayam yang kami peram sebelum ke Majlis Pertunangan Tasya. Waduh... Sbnrnya perut dah kata kenyang sbb masih lagi ada sisa makanan di perut masa makan kat majlis Tasya petang tadi. Tapi memandangkan sy tetamu so perlu menghormati tuan rumah yg bertungkus lumus. Slps kami bakar semua ayam barulah makan bersama² di rumah tamu dgn pelbagai juadah sperti mihun goreng, kentang, ketam, sosej dll. Ramai jg saudara mara Linda yg dtg. Linda berbisik pd sy smbl memperkenalkan saudara maranya.
Pada malam terakhir (19 Nov 2010) sblm berangkat keesokan paginya sy memenuhi jmptn Mek utk makan di rumahnya. Nak menolak rasanya xberadab pula. Usai solat isya' kami memenuhi rumah Mek. Budak2 di ats nie adik-beradik n sepupu Linda. Makan malam nie sgt menyelerakan. Ikan bakar cicah budu. Linda xmakan sgt budu tp sy n mak cik Linda bersemangat mkn apalgi dgn jmlh cili yg bnyk. Pedasssss... Memandang sy seperti org yg minat makan budu, Mek bekalkan sebotol budu kpd sy w/pun puas ditolak. Maka sy menerima dgn hati yg redha.
Keesokkannya(20 Nov 2010) kami pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang ke KL kami melalui jalan Terengganu utk elak kesesakan jalan raya tp malangnya sama jga jalan kecil pun jam. Agak penatlah juga berada dlm kereta. Nasib baik ada buku Sinergi yg menjadi teman sepanjang perjalanan. Nak bercerita pun semua layan tidur kecuali kak Jaa & suami.
Jam pula semakin teruk. Rupa²nya accident berlaku di dpn. Sgt dashyat. Waktu lalu tmpt kemalangan sy smpt snap gmbr kat atas. So secara xlgsg sbnrnya accident berlaku kat kwsn sn cuma sy xtau nama kg.
Alhamdulillah jam 10 mlm kami tiba di rumah kediaman kak Jaa di Kajang. Smpi saja terus menguruskan diri yg kusut masai setelah berada dlm kereta hmpr separuh hari.
Pengalaman yg sgt berharga & tidak dapat dibeli di mana² pun. Terima kasih buat kak Jaa & keluarga, Linda & keluarga serta saudara mara Linda yg sudi menerima sy sbgi tetamu.
Akhirnya sy m'genali kehidupan Linda dgn lebih dekat. Mengetahui beberapa rahsia Linda. Mengenali semua adik-beradiknya. mengenali saudara maranya.
Terima kasih Linda. InsyaAllah sy cuba utk memahamimu.
"Sayang LINDA kerana Allah"
Nanti ada rezeki sudi²lah bertandang di teratak burukku di Labuan.
Wallahualam.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment