Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

Movie Ketika Cinta Bertasbih 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:26 PM




ketika-cinta-bertasbih-audisi


Alhamdulillah penantian menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 telah tamat. Semalam aku, Linda & Aisyah menonton cerita ini sambil membuat TMC (Salah satu subjek Math di UPSI). 

Waduh syok & sedih banget ceritanya. Nasib baik ada translater english. Kalo enggak ada aku pula jd translaternya lagi.

Macam biasa kalau tengok cerita aku taklah terlalu feeling sbb sambil menonton buat kerja. Kalau tengok filem hantu tengah malam pun aku tak kisah sbb aku tengok memang tiada perasaan. Mungkin aku orang yg tiada perasaan kot. Hehehe...

Tapi waktu tengok cerita nie, aku boleh menitiskan air mata bila part Azam & ibunya accident ketika pulang dari rumah Ana. Aku tersentuh krn cerita ini punya sedikit mirip dgn kejadian yg berlaku 11 Januari 2010. 

Enggak tau mengapa ya. Bila kulihat wajah Azam semasa di hospital saling tak tumpah wajah arwah ust Fadhiri seperti yg kulihat dlm satu blog yg menulis keadaan arwah semasa di Hospital Teluk Intan. Astaghfirullahalazim.

Pertama dalam sejarah aku tengok cerita punya perasaan.

Mau tahu cerita selanjutnya jangan lupa saksikannya sendiri ya.

Bagi yg belum tonton jgn lepaskan peluang ya.

Kalau ada masalah mau dapatkan KCB 2 jgn malu gitau deh.


PART 1-Perasaan yg tidak dapat diungkapkan



PART 2-Sekian lama enggak bertemu

PART 3-Mimpi furqan
PART 4-Azam punya warung bakso sendiri
PART 5-Azam beri tazkirah
PART 6-Hari perkahwinan Anna & Furqan
PART 7-Kesedihan
PART 8a-Berbulan madu
PART 8b-Anna & Furqan bercerai
PART 9-Ibu azam menyarungkan cincin pertunangan
PART 10- Husna disunting orang


PART 11-Azam accident

PART 12-Azam putus tunang dgn Vivie
PART 13 - Kalau memang jodoh tak ke mana.

Monday, January 18, 2010

Palestin Yang Bermusim

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:31 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apakah yg berlaku di Palestin?

Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?


Apabila terjadinya keganasan yg tidak berperikemanusiaan ke atas saudara² kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yg lalu, 
Baru mahu kita membuka mata? 
Baru mahu kita bangun daripada lena? 

Sama²lah kita berusaha utk saling memperingati. Kadang² kelalaian & kealpaan tumbuh dlm sanubari ini.

Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yg merupakan 2 dlm 1. 

Dunia sudah tersemat di dlm hati masing². Akhirat hanya sekadar angan². 


Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Drpd Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda; 
Hampir tiba suata masa di mana bangsa² & seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang² yg hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.

Maka salah seorang sahabat bertanya; 
Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?

Nabi s.a.w menjawab, 
Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, & Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhadap kamu drpd hati musuh² kamu, & Allah s.w.t akan mencampakkan ke dlm hati kamu penyakit 'wahn'.

Seorang sahabat bertanya, 
Apakah 'wahn' itu hai Rasulullah? 

Nabi Muhammad s.a.w menjawab, 
Cinta pada dunia & takut pada mati.


Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? 
Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis²an & bermati²an. Jika mereka kalah, mereka mati dlm keadaan syahid.

Itulah cita² paling tertinggi yg seharusnya ada dlm jiwa kita ini. Namun, seharusnya kita perlu berubah & merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula drpd pembinaan diri (Tarbiyah Tdzatiyah).

PALESTIN TIDAK BERMUSIM TAPI KITA YANG BERMUSIM. 
TERUSKAN BERDOA

Wallahualam

Sunday, January 17, 2010

Sedapnya Bebola Ikan tapi HARAM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:58 AM

KAJIAN Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dlm bebola ikan yg diambil drpd beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya & Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dlm produk berkenaan.


Kajian awal yg dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yg dicampurkan di dlm ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal & gebu.

Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dgn protein yg boleh membantu memberi ciri² yg lebih baik serta kualiti kpd sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris & berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh drpd plasma darah ternakan seperti ayam, lembu & babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dlm Islam krn ia adalah haram.

“Kajian yg dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif drpd bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya."

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yg lebih cepat dari segi dapatan kajian & lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam & Halal Antarabangsa, baru² ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan utk meningkatkan & mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dlm surimi. 


Plasma adalah bahagian cecair yg tidak berwarna sebahagian drpd darah. Secara sederhana, ia diasingkan drpd darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dgn alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kpd Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) & Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu drpd pasar raya di Putrajaya & Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yg dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, maklumat & pengetahuan, seseorang boleh tahu & mencurigai sesuatu makanan atau minuman yg dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yg dilihat cantik, sempurna & berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej krn ia mungkin mengandungi bahan yg tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu & sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.

“Malah, dlm hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yg tumbuh drpd yg haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dlm makanan juga sudah banyak disebarkan di dlm jurnal oleh pakar saintis yg sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dlm beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dlm produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji & Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman & farmaseutikal.

butterball.JPG (350×262)

~Huhuhu... dahlah aku suka bangat makan bebola ikan nie...~

Wednesday, January 13, 2010

Pemergian Sahabatku (1)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:00 AM

11 Jan 2010

Pada pagi yang hening hatiku tersentak apabila membaca sms drpd sahabat bahwa 2 org sahabat kemalangan jalan raya. Belum sempat aku menyebarkan sms kepada sahabat yang lain sms kedua kuterima menyatakan Ust Faizol telah kembali kepada Allah dan Ust Fadhiri dalam keadaan tenat. Hati terasa sebak mengenangkan sahabatku. Serta merta lagu Hijjaz "Puteriku Sayang" terlintas di fikiranku & membuatkan aku terkenang pada arwah. Teringat kali terakhir berjumpa arwah ketika mengangkat barang bersama Fiza.

Kelas TMS pada pagi ini berjalan seperti biasa tetapi hatiku tidak tenang kerana sms demi sms kuterima tentang keadaan Ust Fadhiri. Hanya doa dapat kusampaikan buat sahabatku. Dalam perjalanan ke kolej, Abu memberitahu bahawa Ust Fadhiri telah menghembuskan nafas terakhirnya. Ya Allah, hati ini bagaikan tidak percaya. Aku cuba sms sahabat yang memberi info dari awal pagi tentang kesahihan berita yang disampaikan Abu & sms balasan yang kuterima

"Ust Fadhiri dah tinggalkan kita"

Ya Allah rasa sebak di hati tidak dapat kubendung. Air mata mengalir dengan lajunya tanpa dipinta. Ketika sampai di bilik, Natasya (roomate) juga sedang bersedih kerana katanya sahabatnya juga telah meninggal dunia. Rupa²nya sahabat yang telah pergi itu adalah orang yang sama iaitu Ust. Faizol. Makin deras air mata ini mengalir. Lihatlah sahabat, Natasya yang bukan beragama Islam boleh menyatakan kebaikan arwah kerana arwah terlalu baik kepada semua orang.

Kelas TMC kuhadiri seperti biasa walaupun sebenarnya fikiran melayang² terkenang kedua² arwah yang sangat baik. Sepanjang kelas TMC 10 sms kuterima daripada sahabat. Antaranya berbunyi,

"Jenazah Ust. Faizol akan disolatkan di Surau Al-Falah selepas Zohor, jadi kepada sahabat yang tiada musyakah marilah sama² turun untuk solat jenazah. 2 buah bas disediakan oleh HEP ke rumah allahyarham Ust Fadhiri & Ust. Faizol, bagi sahabat sahabat yang hendak ke sana, bersiap sebab kita akan bertolak selepas solat jenazah. Sebarkan."

Seusai tamat kelas TMC, aku & Fiza segera ke Surau Al-Falah, Kolej Aminuddin Baki untuk sama² menunaikan solat Zohor & seterusnya solat jenazah. Pada mulanya, aku & Fiza tidak merancang untuk turut ikut ke Kelantan bagi mengiringi arwah & melawat keluarga mereka kerana petang ini ada kelas makmal TKO & esoknya pula jadual kelas penuh. Tetapi, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk turut mengiringi arwah ke Kelantan & melawat keluarga mereka walaupun banyak lagi urusan lain di UPSI menanti.

"Kelas kalau tak pergi boleh pergi lain kali, tapi sahabat kita yang pergi ini takkan kembali lagi"

Begitulah kata² sahabat padaku yang membuat aku redha dengan keputusan untuk terus pergi walaupun ketiga² kelas confirm tidak dapat aku menghadirkan diri. Sehelai sepinggang bersama beg kuliah kubawa bersama ke Kelantan. Setelah membuat percaturan bas yang aku naiki akan menuju ke Pasir Mas iaitu rumah arwah Ust Faizol manakala 1 bas lagi akan menuju ke Tanah Merah iaitu rumah arwah Ust Fadhiri. Sepanjang perjalanan terlalu sukar untuk aku lelapkan mata kerana terbayang² kepada kedua² sahabatku.

Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti di kawasan rehat sambil menunggu kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Fadhiri dari Hospital Teluk Intan. Manakala kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Faizol terus memecut ke Kelantan tanpa berhenti di mana² tempat.

Apabila kenderaan jenazah sampai ke kawasan rehat, bas kami naiki turut memulakan perjalanan kembali. Memandangkan bas yang aku naiki bergerak begitu pantas maka bas sentiasa bergerak di belakang kenderaan jenazah yang membawa arwah Ust Fadhiri. Sayu hati hanya Allah yang tahu.

Bersambung.....

Tuesday, January 12, 2010

2 Pelajar UPSI Maut Motosikal Dilanggar Lori

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:25 PM



TANJUNG MALIM: "Arwah ceria & tidak menunjukkan apa² perubahan ketika dia pulang bercuti ke kampung pada pertengahan Disember lalu."

Rokiah, ibu Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, 23, seorang daripada dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dekat sini, yg terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kira² jam 4.40 pagi semalam, berkata dia reda dgn pemergian anak kelima daripada sembilan beradik itu.

Turut terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 126, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu ialah rakan baik arwah, Mohd Faizol Abdul Syukor, 25.

Menurut Rokiah, arwah baru saja menamatkan pengajiannya di UPSI baru² ini & dijadualkan menjalani praktikal di Sekolah Menengah Methodist di sini, bermula 18 Januari ini.

“Saya terkilan kerana cita-cita arwah menjadi guru tidak kesampaian. Ketika kali terakhir bertemunya di kampung di Tanah Merah, Kelantan, arwah juga tidak sabar menunggu Mei ini kerana abangnya berjanji akan membawa kami sekeluarga melancong ke Singapura.

“Namun, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ia sebagai takdir,” katanya sebak.


Rokiah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di bilik mayat Hospital Teluk Intan (HTI) selepas dibedah siasat. Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan selepas disembahyangkan di surau HTI.

Monday, January 11, 2010

Pemergiannya 2 Mujahid

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:48 AM


Cikgu Faizol

Cikgu Fadhiri

Assalamualaikum.


Marilah semua ahli kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Cikgu Faizol dan Cikgu Fadhiri pelajar UPSI yang menetap di KUO yg telah kembali ke rahmatullah tadi akibat kemalangan jalan raya. 
Al-Fatihah buat sahabat kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...