Assalamualaikum & salam sejahtera
Apakah yg berlaku di Palestin?
Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?
Apabila terjadinya keganasan yg tidak berperikemanusiaan ke atas saudara² kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yg lalu,
Baru mahu kita membuka mata?
Sama²lah kita berusaha utk saling memperingati. Kadang² kelalaian & kealpaan tumbuh dlm sanubari ini.
Penyakit 'wahn' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yg merupakan 2 dlm 1.
❝Dunia sudah tersemat di dlm hati masing². Akhirat hanya sekadar angan².❞
Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.
Drpd Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
❝Hampir tiba suata masa di mana bangsa² & seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang² yg hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.❞
Maka salah seorang sahabat bertanya;
❝Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?❞
Nabi s.a.w menjawab,
❝Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, & Allah s.w.t akan mencabut rasa gerun terhadap kamu drpd hati musuh² kamu, & Allah s.w.t akan mencampakkan ke dlm hati kamu penyakit 'wahn'.❞
Seorang sahabat bertanya,
❝Apakah 'wahn' itu hai Rasulullah?❞
Nabi Muhammad s.a.w menjawab,
❝Cinta pada dunia & takut pada mati.❞
Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia?
Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis²an & bermati²an. Jika mereka kalah, mereka mati dlm keadaan syahid.
Itulah cita² paling tertinggi yg seharusnya ada dlm jiwa kita ini. Namun, seharusnya kita perlu berubah & merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula drpd pembinaan diri (Tarbiyah Tdzatiyah).
❝PALESTIN TIDAK BERMUSIM TAPI KITA YANG BERMUSIM.
TERUSKAN BERDOA❞
Wallahualam
2 123 Bingkisan Sahabat:
pilu hati ini bila melihat mata bdk itu...mata yg sayu..mata yg perlukan kasih sayang & perlindungan...
betul2...
tapi xtau mana dah gmabr tu..
huhuhu
Post a Comment