Photobucket

Sunday, January 17, 2010

Sedapnya Bebola Ikan tapi HARAM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:58 AM 2 comments

KAJIAN Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dlm bebola ikan yg diambil drpd beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya & Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dlm produk berkenaan.


Kajian awal yg dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yg dicampurkan di dlm ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal & gebu.

Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dgn protein yg boleh membantu memberi ciri² yg lebih baik serta kualiti kpd sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris & berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh drpd plasma darah ternakan seperti ayam, lembu & babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dlm Islam krn ia adalah haram.

“Kajian yg dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif drpd bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya."

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yg lebih cepat dari segi dapatan kajian & lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam & Halal Antarabangsa, baru² ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan utk meningkatkan & mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dlm surimi. 


Plasma adalah bahagian cecair yg tidak berwarna sebahagian drpd darah. Secara sederhana, ia diasingkan drpd darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dgn alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kpd Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) & Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu drpd pasar raya di Putrajaya & Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yg dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, maklumat & pengetahuan, seseorang boleh tahu & mencurigai sesuatu makanan atau minuman yg dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yg dilihat cantik, sempurna & berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej krn ia mungkin mengandungi bahan yg tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu & sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.

“Malah, dlm hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yg tumbuh drpd yg haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dlm makanan juga sudah banyak disebarkan di dlm jurnal oleh pakar saintis yg sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dlm beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dlm produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji & Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman & farmaseutikal.

butterball.JPG (350×262)

~Huhuhu... dahlah aku suka bangat makan bebola ikan nie...~

2 123 Bingkisan Sahabat:

alaaaaaa..saye suke makan makanan segera yang se adek beradik ngan bebola ikan ni..
macam mane ek? tiap kali p paso mesti akan beli
nugget,bebola,kebab ikan..
sedap wooooo..
lebih2 lagi produk berasaskan ayam seperti ayamas hot n spicy.
rugi ar lau xpat makan
macam mane ni?

biasala tue..
dulu pun sy suka makan..
tp Alhamdulillah da dpt didik dri sedikit demi sedikit spya tidak melayan nafsu yang ada..
kalo nak makan pun beli produk HPA..

kadangkala kita kn korban apa yg kita suka sbb tidak semua yg kita suka itu baik utk kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...