Tuesday, January 12, 2010

2 Pelajar UPSI Maut Motosikal Dilanggar Lori

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:25 PM No comments



TANJUNG MALIM: "Arwah ceria & tidak menunjukkan apa² perubahan ketika dia pulang bercuti ke kampung pada pertengahan Disember lalu."

Rokiah, ibu Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin, 23, seorang daripada dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dekat sini, yg terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kira² jam 4.40 pagi semalam, berkata dia reda dgn pemergian anak kelima daripada sembilan beradik itu.

Turut terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 126, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu ialah rakan baik arwah, Mohd Faizol Abdul Syukor, 25.

Menurut Rokiah, arwah baru saja menamatkan pengajiannya di UPSI baru² ini & dijadualkan menjalani praktikal di Sekolah Menengah Methodist di sini, bermula 18 Januari ini.

“Saya terkilan kerana cita-cita arwah menjadi guru tidak kesampaian. Ketika kali terakhir bertemunya di kampung di Tanah Merah, Kelantan, arwah juga tidak sabar menunggu Mei ini kerana abangnya berjanji akan membawa kami sekeluarga melancong ke Singapura.

“Namun, saya reda dengan apa yang berlaku dan anggap ia sebagai takdir,” katanya sebak.


Rokiah ditemui ketika menuntut jenazah anaknya di bilik mayat Hospital Teluk Intan (HTI) selepas dibedah siasat. Jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan selepas disembahyangkan di surau HTI.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...