Photobucket

Friday, March 25, 2011

22 Tahun 6 Hari

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:51 AM

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana jari jemari yg dipinjamkan ni mampu lagi mengores dlm blog. Hari ini usia ku genap 22 tahun 6 hari memandangkan 19 Mac 1989 yg lalu ibuku melahirkan aku pada 5.09 pagi di Hospital Lama Labuan. Jika dihitung usiaku dgn amalanku selama ini masih kurasakan tidak mampu kutempah syurga Allah di akhirat kelak.

Diri ini cuba utk mengislahkan diri dr Herwana dulu ke Herwana baru tapi begitu bnyk tohmahan diterima.


"Kau bukan sekolah agama dulu. Takyah nak berlagak baiklah.."

Tiap hari memujuk hati utk Sabar. Tiap hari membelai hati utk Sabar. Tiap hari memaksa hati Sabar.

Lama² aku ganti Sabariah.

Apa² pun itu bukan masalah besar yg aku perlu fikirkan tapi apakah method terbaik harus kugunakan utk mengharungi dunia yg pancaroba?

Semakin aku belajar bertanggungjawab terhadap amanah yg dipikul di dunia ini semakin bnyk dugaan datang menguji.

Kalau tak kuat kecundang di tengah jalan.

Tepat jam 12 am pada 19 Mac 2011 yg lalu, masyaAllah tertalu² ucapan kelahiran kuterima melalui sms, fb, dll dari sahabat handai & juga saudara seperut dgnku iaitu adikku, Ella. Terharu sebenarnya. Baca sms dr Ella membuatkan air mata turun membasahi bumi.

Esok paginya aku menelefon org paling kusayangi iaitu my beloved mom. Pertama kali kulafazkan kalimah


"Terima kasih mak sbb lahirkan aku kat dunia"

Mungkin jika aku berada di sampingnya sudah pasti akan peluk dirinya sepuasnya. Aahhh tidak.. Aku rindu yg teramat pada ibuku.

Setiap kali membuka FB begitu bnyk shbt yg wish hari lahir. Bukan setakat wish tapi doakan diri yang hina ini. Hari tu kerjaku membalas ucapan "Syukran Jazilan Khatiran" kpd semua shbt yg mencoretkan sesuatu di wall FBku. Mcm artis pula famous di dunia bt smntra.

Memandang hari lahirku jatuh pd hr Sabtu & kebetulan ada pasar malam kat pekan TM so sy berhajat utk buat sikit makan² utk shbt. Beli ini, beli itu, beli sana, beli sini. Banyak... Tapi hanya 4 org (fiza, hajar, nita, aisyah) shbt sj dpt dtg.

Oh bukan rezeki yg lain. Lain kali hr lahir sy je lah boleh belanja lg.

Paling terharu dapat hadiah dr akma & linda. Comel. Sy suka. Syukran shbt.

Gmbr2 di bwh sy ambil kat Fb start org yg mula wish befday hingga terakhir. Lucukan? Gmbr ini pun nak ambil. Mmg sah ada kerja buat kerja x b'faedah.












Saya amat m'hargai w/pun hnya ucpn sesingkat HB, SHL, GBU...

Kenangan m'ymbt hr lahir di UPSI akan kuabadikan sapa bila².


Jom aminkan doa ini. Moga bait² yg diucapkan aku dpt tambahkan lagi kesyukuran pd nikmat yg ada.

Terima kasih Ya Allah utk usia yg telah Engkau berikan. Terima kasih juga utk setiap rezeki yg Engkau kurniakan. Terima kasih utk setiap cubaan yg Engkau turunkan. Terima kasih utk bakat & ilham yg Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yg telah Engkau berikan kpdku & terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap & khilaf menafsir makna setiap kurniaan & dugaan. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat² lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan & kesakitan yg amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kpd siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif & lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dgn limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh drpd kesesatan.

Dlm usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dlm usia yang makin jauh ini... aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dlm usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dlm usia ubanan ini yg ku inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan & kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yg sudi.

Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yg hina-dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratul mustakimMu dgn tenang & mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim... berikanlah ilham kpdku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar & dakwah dgn caraku. Hulurkan kpdku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan utkku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yg sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Thursday, March 24, 2011

TauTaN HaTi 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:53 AM



Alhamdulillah, nikmat sakit dr Allah kugunakan sepenuhnya menghabiskan novel Tautan Hati. Tatkala org lain sibuk menyiapkan assignment aku sibuk membaca novel, itupun digagahi mmndg mmg berat sungguh kepala utk bangun. Alhamdulillah skrg dah sihat.


Hari ni nak kongsi sedikit tntg bacaan, moga ia m'jd inspirasi utk shbt yg terbaca entry ini utk mula membaca novel Tautan Hari karya Fatimah Syarha binti Mohd Nordin. Sebelum melangkah lebih jauh syukran jazilan khatiron buat kak Kinah sbb pinjamkan buku ini. InsyaAllah ada rezeki saya akan berusaha memiliki buku ini w/pun dah baca.


Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd Nordin ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yg sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan²nya yg tertarik dengan keperibadiannya yg tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pd jalan ceritanya yg menarik, tetapi juga kebolehan penulis utk menerangkan isu² yg sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yg dituntut Islam, soal psikologi & sebagainya. 


Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dgn penuh hikmah & kita yg membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Jom ikuti...
Asiah Yusra, namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama dlm kalangan rakan²nya yg begitu memerlukan madu dakwah utk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.

Asiah Yusra jiwanya terlalu cekal, hatinya terlalu tabah bak sirna cahaya, misi dakwah yg jelas dlm dirinya. Terintas di benak fikiranku, apakah aku mampu utk jadi sepertinya? Astaghfirullah al-azim. Diri ini t'lalu bnyk kekurangan, kelemahan yg tidak terkata.


Pelbagai langkah dakwah yg diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yg sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya. Namun, halangan
² tersebut dipandang Asiah Yusra hanyalah cabaran kecil yg telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kpd hamba-Nya yg dikasihi.

Berputus asa seakan
² tidak wujud dlm kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan
² pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan & Aisya Bazella ditaklukinya dgn senjata halaqoh beserta keikhlsan yg menggunung dgn harapan sahabat²nya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yg diredhai.


Jika hari ni kita m'punyai mereka² yg b'jiwa Asiah Yusra & rakan²nya yg yakin & b't/jwb m'ympaikan risalah ini, sy pasti akan lahir generasi yg m'jadikan redha Allah sbgi dambaan & juga keutamaan. Allahuakhbar..



Setiap dari mereka mempunyai masalah yg tersendiri. 
 Imtisal dgn tragedi keluarga yg tak berkesudahan, 
 Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dgn pemuda yg bukan menjadi pilihan hatinya 
 Layyinul Harrir pula hanyut dlm arus percintaan sesama insan yg tidak menjanjikan sebarang kebaikan yg hakiki.
 Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yg sering memberontak dek krn latar belakang keluarganya yg porak peranda
 Muslimah (Christine) dgn pegangan Kristian yg menebal & sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dgn cara yg tersendiri. 
 Aisya Bazella pula anak gadis kota yg pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dgn maksiat & akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.

Walaupun sahabat²nya itu hadir dari latar belakang yg berbeza & penuh pancaroba, Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yg menyusahkan. 


Sebaliknya, dia percaya dgn proses tarbiah yg berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah, tetapi juga berpotensi utk menjadi penyambung usahanya dlm menyebarkan dakwah Islamiyyah kpd mereka yg memerlukannya.

Saya sgt b'harap agar diberi kekuatan & semangat oleh Allah seperti Asiah Yusra bagi menyampaikan & menolong agama Allah ini yakni Islam. Seakan m'dapat sinar baru ketika usai membaca kisah² dakwah Asiah Yusra yg tidak pernah jemu. Mungkin kisah yg dipaparkan sedikit di alam fantasi yg sentiasa ingin didiami tetapi teknik & jg seni dakwah itu perlu diteladani & diikuti.



Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yg sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja, didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid & al-Banna, dua pemuda soleh yg juga berasal dr Taman Islam.

Namun, berkat keimanan yg tinggi serta kepercayaan yg menyeluruh bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yg wajar dicintai, Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dlm bidang tarbiah di samping bertawakkal serta menyerahkan sepenuhnya kpd yg Esa agar dianugerahkan pasangan hidup yg boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.


BIDADARI
Aku juga perempuan,
Punyai impian,
Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi,
Bersyair & menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur & menyeri.

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi,
Kemahsyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil? Bagaimanakah kesudahan hidupnya? Siapakah yg telah ditentukan Illahi utk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra? Al-Banna atau Umar al-Mujahid? Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel Tautan hati.

Ayuh sahabat yg belum baca jom baca. Bukan sekadar muslimat saja boleh baca tapi muslimin pun boleh.

PRAKTIKUM... Medan yg bakal kutempuh tak lama lagi. Meremang bulu roma takut menghadapinya utk m'aplikasikan segala teori yg kuperolehi. Medan yg bakal m'yaksikan diriku utk m'bntk anak² didik.



PERKAHWINAN... Tak perlu kubicarakan, bnyk lagi yg perlu kubaiki diri ini. Kuserahkan segala²nya pd Allah. Dia Maha Mengetahui. Daku hanya mampu bermujahadah menjaga hati..

"Allahumma habbib a'bdaka hazaa ila i'baadikal mukminin"
Ya Allah, jdkanlah hambaMu ini m'yintai org yg beriman & jdkanlah org yg beriman m'yintaiku..
(Riwayat Muslim)


Wallahualam..

Friday, March 18, 2011

Beraya Haji di Kelantan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:23 AM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.


Hari ini terasa ingin berkongsi sedikit pengalaman berhari raya haji di Kelantan. Pengalaman yg x dpt dilupakan. InsyaAllah menjadi memori yg akan dikenang smpi bila².

Pada mulanya sy ingat Linda hanya ajak² ayam sj utk berhari raya di rumahnya memandangkan dia telah menyatakan hasratnya sebulan sblm kami balik kelantan. Memandangkan Linda tidakpun sibuk meminta sy membeli tiket pulang ke Kelantan maka sy jangka berhari raya haji di Kelantan bukan realiti. Tetapi dlm masa yg sama MARSIS turut mengadakan program beraya di perantauan di Bachok, Kelantan maka sy bercdng menyertainya. Walau bagaimanapun 3 hari sblm pulang ke Kelantan baru Linda beritahu perancangannya di mana kami akan balik bersama mak cik Linda yg berada di Kajang. Sebenarnya sy jd malu nak ikut Linda tp memandangkan Linda begitu mengharap sy ikut di balik Kelantan maka sy memenuhi jemputan dgn hati terbuka. Sebab kalau bkn skrg bila lagi?

Keramahan keluarga Linda amat memikat hati. Mgkn sbb meraikan tetamu. Berada di rumah Linda membolehkan sy mengenali satu persatu adik-beradik Linda bermula dr kakaknya yg telah kahwin, abgnya yg xsihat, adiknya yg seusia dgn adikku, adik lelakinya, adik perempuannya dan Yanie. Dlm ms yg sama sy memahami suasana kehidupan keluarga Linda yg sederhana. Sepanjang di rumah Linda sy dpt mandi guna air dlm perigi. Sejuk...

Spjg di sn setiap hr dgr org ckp Klntn smpi adik Linda pun mmg petah berbicara bhs Klntn. Terasa lucu bila dikenang kembali. Nasib baiklah faham jg sikit² bhs Kelantan maka tidaklah kebluran yg teramat sms berada di Kltn.





Gambar di atas nie kawasan di rumah Linda di mana lokasi rumah kak Linda di hadapan rumahnya dan rumah Mek (gelaran bg nenek Linda) sebelah rumahnya. Keadaan yg aman tenteram dgn keindahan hijau yang mempersonakan. 



Nie adik bongsu Linda. Namanya Yanie. Sgt lain perwatakannya dgn Linda. W/pun baru 6 tahun tp kepetahan xnmpk pun masih berPASTI. Memandang biasa dgn kanak² maka sy terlalu akrab dgn Yanie hingga Linda kata xya layan kalo adiknya mengada². Yanie sgt lasak sbb kanak² seusia dgnnya semua lelaki apatah lagi anak buahnya sendiri (anak kpd kakak Linda), Iwan sama umur dgnnya. Tapi spnjg berada di Klntn sy berusaha mengajar mereka. Setiap hari kami main "cikgu²". Rindu dgn Yanie.



Pada hari raya pertama (17 Nov 2010), terlalu bnyk lembu, kerbau, kambing yg dikorbankan bagi mengingati Sirah Nabi Ibrahim n Nabi Ismail. Keluarga Linda jg xketinggalan melakukan korban cuma dikongsi semasa sanak saudara. Selepas solat sunat AidilAdha kami bergerak ke rumah Mak Long Linda utk melihat korban di sana. Tapi kami hanya berada di rumah Mak Long Linda utk menyediakan bhn² yg digunakan utk memasak daging² korban. Selepas pengagihan daging korban sedikit daging korban digunakan untuk kenduri kecil²an. Sy lupa dah apa istilah yg disebut dlm bhs Klntn. Setiap kali sy sebut mesti Linda gelak. Setelah mengemas kami pulang ke rumah Linda.

Satu pengalaman baru sy adalah melihat kambing biri² dgn lebih dekat. Macam org kuno pula sy nie. Pak cik nie sbnrnya lalu dpn rumah Linda sambil menarik kambing²nya. Waktu lalu rumah Linda smpt lg berbual² dgn parent Linda. So sy ambil kesempatan menenung si kambing biri² dgn mata x berkelip.

Pada hari raya kedua (18 Nov 2010), sepatutnya hari ini kami rancang hendak ke program iaitu Multoqo Murabbi tapi ada sedikit masalah xdpt elakkan maka xdpt pergi. Redha saja.. Bukan rezeki. 



Perkara yg xboleh elakkan adalah sbb sy ikut Linda ke rumah kawannya, Tasya sempena Majlis Pertunangannya. Lucunya Tasya ni tunang dengan abang sahabat baiknya sendiri. Mereka di atas ni teman seperjuangan Linda sms di SMK Kangkong, P. Mas, Kelantan tp sy lupa deh nama² mereka. Yang bestnya sebelum smpi rumah Tasya nie kami konvoi dgn 4 buah motor. Time nie la juga pengalaman pertama sy naik motor xpakai helmet sbb xkeluar pun jalan besar cuma area kawasan rumah Linda saja. Cuma yg menampakkan jauh sbb bnyk lorong dan berliku².



Pada malamnya sekali lagi di rumah Mek buat makan². Panggang ayam yang kami peram sebelum ke Majlis Pertunangan Tasya. Waduh... Sbnrnya perut dah kata kenyang sbb masih lagi ada sisa makanan di perut masa makan kat majlis Tasya petang tadi. Tapi memandangkan sy tetamu so perlu menghormati tuan rumah yg bertungkus lumus. Slps kami bakar semua ayam barulah makan bersama² di rumah tamu dgn pelbagai juadah sperti mihun goreng, kentang, ketam, sosej dll. Ramai jg saudara mara Linda yg dtg. Linda berbisik pd sy smbl memperkenalkan saudara maranya.


Pada malam terakhir (19 Nov 2010) sblm berangkat keesokan paginya sy memenuhi jmptn Mek utk makan di rumahnya. Nak menolak rasanya xberadab pula. Usai solat isya' kami memenuhi rumah Mek. Budak2 di ats nie adik-beradik n sepupu Linda. Makan malam nie sgt menyelerakan. Ikan bakar cicah budu. Linda xmakan sgt budu tp sy n mak cik Linda bersemangat mkn apalgi dgn jmlh cili yg bnyk. Pedasssss... Memandang sy seperti org yg minat makan budu, Mek bekalkan sebotol budu kpd sy w/pun puas ditolak. Maka sy menerima dgn hati yg redha. 



Keesokkannya(20 Nov 2010) kami pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang ke KL kami melalui jalan Terengganu utk elak kesesakan jalan raya tp malangnya sama jga jalan kecil pun jam. Agak penatlah juga berada dlm kereta. Nasib baik ada buku Sinergi yg menjadi teman sepanjang perjalanan. Nak bercerita pun semua layan tidur kecuali kak Jaa & suami.

Jam pula semakin teruk. Rupa²nya accident berlaku di dpn. Sgt dashyat. Waktu lalu tmpt kemalangan sy smpt snap gmbr kat atas. So secara xlgsg sbnrnya accident berlaku kat kwsn sn cuma sy xtau nama kg.

Alhamdulillah jam 10 mlm kami tiba di rumah kediaman kak Jaa di Kajang. Smpi saja terus menguruskan diri yg kusut masai setelah berada dlm kereta hmpr separuh hari.

Pengalaman yg sgt berharga & tidak dapat dibeli di mana² pun. Terima kasih buat kak Jaa & keluarga, Linda & keluarga serta saudara mara Linda yg sudi menerima sy sbgi tetamu.

Akhirnya sy m'genali kehidupan Linda dgn lebih dekat. Mengetahui beberapa rahsia Linda. Mengenali semua adik-beradiknya. mengenali saudara maranya.

Terima kasih Linda. InsyaAllah sy cuba utk memahamimu. 


"Sayang LINDA kerana Allah"

Nanti ada rezeki sudi²lah bertandang di teratak burukku di Labuan.

Wallahualam.

Thursday, March 17, 2011

TauTaN HaTi 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:49 AM

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


"Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh Sukarnya mengajakmu!
Namun kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada yang Satu
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas RasulMu,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Rabb, Yg Maha Penyayang, Yg Maha Pengasih. Segala pujian bagiMu yg telah membuka hatiku utk meraih cintaMu telah Kau bukakan hatiku membaca novel Tautan Hati ini.

Alhamdulillah, diberi kesempatan membaca sebuah novel Islam yg menyentuh jiwa yg benar² ketandusan kasihNya. Walaupun belum tamat membacanya tapi hati ini telah tertaut pd kisah di dalamnya krn novel nie memberi bimbingan & menekankan tentang Islam...

Berkisah tentang kehidupan seorang wanita solehah yg hatinya benar² butuh kpd kasih Pencipta, yg cukup tegas menjaga auratnya walau diperlekehkan oleh ramai orang.

✔ Tentang kasihnya seorang dai'e (pendakwah) kpd mad'unya krn Allah.

✔ Tentang perit getirnya seorang dai'e yg benar² inginkan cinta Allah meraih hati orang² yg dikasihinya krn Allah.

✔ Tentang cinta manusia yg benar² buta andai tidak disalurkan ke arah yg diredhai.

✔ Tentang cinta seorang lelaki kepada wanita idaman yg didiamkan demi menjaga hati drpd terus difitnah oleh syaitan.

✔ Tentang cita² ke arah generasi Qurani yg akan membawa Islam sebagaimana golongan Sahabat As.


Subhanallah, indahnya tutur bicara penulis ini..

Sarat dgn dakwah..

Sarat dgn kasih sayang..

Sarat dengan hikmah...

Siapa wanita ini?

Adakah aku mampu menjadi sepertinya?

Bersambung....

Saturday, March 12, 2011

"Denyut Kasih Medik"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:10 PM


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!!!


Tujuh lautan sekalipun tak mampu menjadi tinta utk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah s.w.t...


Hari nie masuk hari kelima sakit @ batuk², sakitnya hanya Allah je tahu. Pernah satu malam tu mmg rs mcm nak keluar dah anak tekak batuk tak henti² selama beberapa jam. Waktu tu duk blk sorang², my roomate balik kg. Tiada tmpt nak m'gadu, tiada org nak tlg urut belakang, tiada org nak tlg ambilkan air minuman.. Waktu tu betul² teringat kat IBUku, insan yg amat menyayangiku & aku jg amat menyayanginya..


Byk aktiviti hjg minggu t'paksa batal t'msklah nak gi Walimah Kak Nab & Akh Malik.. Tak sangka akhirnya mereka dpt disatukan dlm ikatan perkahwinan. Moga berkekalan hingga akhir hayat.


Dalam keadaan kesihatan yg tak baik, namun Allah mudahkan sy utk menghabiskan baca novel DENYUT KASIH MEDIK hasil karya Dr Farhan Hadi. Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah.. Sangat teruja sy baca novel nie. 


Terasa ingin membeli buku nie utk simpanan w/pun dah baca.. Sy sarankan yg belum baca jgn ketinggalan utk membaca. InsyaAllah banyak ilmu dr segi FIQH PERUBATAN + FIQH WANITA + FIQH CINTA + ILMU BARU yg kita perolehi utk melengkapkan diri sbgi hamba Allah & khalifah di muka bumi ini.




Kalau seorg doktor merasakan kesibukannya bukan penghalang utk menegakkan deen Allah smsa bekerja di mana setiap org yg ditemui tak kira rakan sejawat atau pesakit, dia akan tak lekang utk berdakwah. 


Mampukah aku? 


Itu b'makna sy bakal seorg PENDIDIK perlu muhasabah diri. Semua yg mustahil akan berlaku, yg penting perlu ada semangat dan keimanan yg teguh. Dalam novel nie, sy lihat penulis amat menekankan USRAH krn kekuatan USRAH sms dia belajar dulu yg m'guatkannya sms m'jadi Doktor. Allahuakhbar.. Sy ulang sekali lagi novel ni mmg menarik, tak rugi beli & tak rugi baca.


Sy nak kongsi sedikit ilmu yg sy dpt dlm novel nie, kalau nak lebih jgn lupa baca.


1. Clexane ialah sejenis ubat yg m'cegah darah beku dlm salur darah kaki digunakan ms p'bedahan ganti sendi lutut adalah haram. Boleh diganti dgn Heparin.
Dr. Muslih berusaha mengubah protokol hospital utk menggantikan Clexane dgn Heparin bg pesakit Musli. Kalau kita mcm mn?


2. Ibn Abbas b'kata: " Nabi S.A.W pernah m'jamakkan antara Zuhur & Asar serta antara Maghrib & Isya' di Madinah bukan sbb musafir dan hujan." Ibn Abbas ditanya: "Mengapakah Nabi S.A.W melakukannya?" Dia b'kata:"Baginda mahu m'beri kelapangan kpd umatnya."(Sahih Muslim)
Dari sini bnyk situasi sbnrnya kita boleh jamak solat cnthnya sms p'bedahan, kesesakan jalan raya yg tak boleh dielakkan. Tiba² teringat kesesakkan jalan raya yg berlaku kat Malaysia bln Feb yg lalu. Adakah kita tahu?


3. Walaupun kononnya KFC Malaysia kepunyaan JCorp & pengarahnya org Melayu tapi knp masih guna logo sama, brand sama. P'garah KFC sendiri m'gaku JCorp bayar royalti 6% p'gunaan jenama KFC pd YAHUDI.
Memandangkan KFC dibwh JCorp, ramai yg lega mknanya tiada isu ayam xdisembelih dan lain² tapi ia masih beri saham pada YAHUDI. Astaghfirullah al-azim. Maknanya pengemar KFC m'bantu YAHUDI utk beli peluru tembak saudara ISLAM kita di PALESTIN. Adakah kita terlibat?


4. Simpanlah rasa takut kpd Allah dgn m'jauhi p'bohongan semata² utk m'gelakkan diri drpd melakukan kewajipan² syarak.
Tidak ramai yg solat sms mereka berada dalam wad. Semua menjadikan alasan sakit penghalang utama tidak melakukan solat. Sy suka satu ayat Dr Muslih "Mcm mn kalau sakit ni tidak smpt sembuh?''


Ingatlah, tiada lebih sakit melainkan Nabi Ayub a.s. Baginda m'dpt cubaan berua pelbagai jenis p'yakit yg memudaratkan tubuhnya hingga ulat² jijik merayap². Tiada satu bah. pun drpd anggota tubuhnya bebas drpd penyakit itu. Hanya hati & lisannya saja yg tidak dijangkiti. Baginda memanfaatkan sepenuhnya kedua² organ yg masih tinggal utk beribadat pd Allah.


5. Hukum asalnya doktor lelaki tidak boleh merawat pesakit wanita dan sebaliknya. Hanya dibolehkan doktor lelaki merawat pesakit wanita dalam keadaan darurat iaitu tiada doktor wanita dan sebaliknya.
Sy ada sorang kawan dr tadika skrg ni ambil MEDIK kat INDIA. Namanya Dahziela Hj Yunus. Nanti nak melahirkan kn bt temujanji dgn dia nie..


6. Rasulullah S.A.W b'sabda: Barangsiapa yg m'baca Surah Kahfi (pd hr Jumaat) beliau akan memperolehi cahaya drpd tempatnya hingga ke Makkah".
Jom sama² kita amalkan sunnah Nabi.


7. Islam m'galakkan p'tambahan penduduk krn p'tmbhn penduduk akan dpt m'guatkan umat Islam.
Dr Muslih mengatakan pakar² di bah. Obstetrics & Gynaekology (perbidanan & sakit puan) sgt garang & tegas. Sehingga ada polisi di hospital yg akan memberi nasihat kpd ibu² yg baru melahirkan utk makan Pil Perancang kehamilan w/pun baru sekali melahirkan. Dr Muslih amat tak bersetuju cara penasihatan itu. Nak tahu knp? Maka jgn lupa baca novel ini.


Kegarangan pakar² di bah O&G sbnrnya pernah dirasai oleh ibuku sendiri. Entah brp kali disindir, dihina, dicaci bilamana setiap kali ibuku melahirkan anak sehingga pelbagai peristiwa yg dilaluinya bermula dr melahirkan anak ke-5 iaitu Syawal hingga ke-9 iaitu Hidayah.


~Syawal: Ibu takut nak melahirkan di hospital sbb doktor dah janji akan potong dan ikat tiub folopio slps melahirkan. Tapi akhirnya xjd potong sbb keadaan tidak mengizinkan wktu tu. Pertama sbb hr tu 1 Syawal.. Sy tipu.. Sbb anak yg lahir terlalu besar & hampir mati sms lahir maka terpaksa diletakkan dlm inkubator.


~Syapiqah: Masih tak jd sbb ayah sy tak smpt dtg masa ibu melahirkan krn Iqa lahir bukan waktu yg ditarget maka tiada yg t/tgn surat.


~Syam: Masih tak jd sbb sama kes mcm syawal. Hairan knp adik² lelaki aku gemuk² time lahir?


~Aisyah: Waktu ni mmg doktor akan potong jg walau apa yg terjadi. Maka Allah takdirkan ibu melahirkan Ica di rumah. Pengalaman yg amat b'makna. Waktu ni sy baru darjah 6 usia 12 tahun tp sy yg bersihkan darah pd pakaian ibu slps melahirkan Ica di rumah. Sy yg m'guruskan adik² yg masih kecil ketika itu. Sy yg masak, mengemas dan sebagainya.


~Hidayah: Ibu b'janji akan potong dan ikat tiub folopio slps melahirkan Ida. Manusia merancang tapi Allah sbaik² perancang. Ditakdirkan Ida songsang sms hndk dilahirkan maka pembedahan terpaksa dilakukan dan pada masa yg sama tiub folopio ibu dipotong & diikat. W/bagaimana pun kesakitan stlh dibedah tak dirasai memndgkan tumpuan sepenuhnya pd Ida. Ida satu²nya adik sy yg tidak menangis sms lahir sehingga berusia hmpr sebulan baru menangis. Sepnjg itulah jg dia berada dlm inkubator dan pd waktu itu sbnrnya ibu lgsg tak seberapa mempedulikan kami memandangkan lebih risau pd ida yg lgsg tidak menunjukkan respon bayi yg normal shingga hmpr sebulan lahir. Waktu tu juga ibu berendam air mata. Alhamdulillah hasil berkat doa barulah Ida m'jd bayi yg normal.


Mgkn cerita sms kelahiran adik² sy ni tidaklah menunjukkan kegarangan pakar² O&G. Apa²pun kelahiran adik²ku ni yg mengajar aku banyak perkara di dunia ni yg kadangkala ia tidak pernah dilalui oleh remaja seusia aku pada waktu itu. TERIMA KASIH ALLAH.


8. Tip usaha m'cari jodoh bagi kaum wanita. Pertama: Berusaha menyediakan diri sebagai produk "solehah" yg idam²kan. Biasanya produk "solehah" yg b'mutu tinggi dr segi agama dan akhlaknya m'punyai p'mintaan yg tinggi di dunia & akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orgnya, serahkanlah "kesediaan hati" anda utk dirisik & dipinang dgn jln yg syarak.
Kedua. Ketiga. Kalau nak tahu bacalah novel nie.


"Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."


Rasanya nak kongsi sampai sini saja. Nak tahu lebih kn baca sendiri. Sekarang ni sy kn penangan membaca buku spnjg masa. Buku akademik tak pernah baca. crabemoticon Apa²pun sy tetap juga ingin meneruskan hobi nie sbb skrg ni dlm proses membaca novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha (isteri penulis Denyut Kasih Medik). Moga dipermudahkan Allah.




Wallahualam.

Thursday, March 10, 2011

"Terasing" daripada SAHABAT

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:49 AM

Alhamdulillah dalam masa tiga hari saya dapat menghabiskan 313 mukasurat novel yang ditulis oleh Hilal Asyraf yang bertajuk TERASING.


Fuyoo... Laju betul saya baca buku apa taknya jalan cerita dlm buku ni membuatkan pembaca terus tertanya² perkara yang berlakunya seterusnya. Mgkn sbb nipis dari novel SINERGI maka saya lebih mudah membacanya di mana saja berada tak kira duduk, berdiri, berjalan mahupun baring... Macam orang obses baca buku pula.

Jalan cerita dalam novel ni masih berkisar tentang PERSAHABATAN tetapi diselitkan juga PERCINTAAN, KEKELUARGAAN, KERJAYA dan lain
². Kalau baca bhgn kekeluargaan macam nak kahwin cepat je rasanya. Hayoo...Memang novel mengasyikkan cuma ia tidak seperti novel lain memandangkan banyak pengajaran yang diperolehi dalam novel ini.

"Letakkan dunia di tapak tanganmu bukan dihatimu"

Ayat ini membuat sy terfikir berkali-kali sehingga fahami maksudnya sedalam
². Yup, memang betul dgn ayat ini memandangkan sekiranya dunia diletakkan di tapak tangan bukan dihati maka kita yang menentukan hala tuju kita di dunia berbanding meletakkan dunia dihati bukan di tapak tangan maka hati yang akan memandu kita di dunia.

Satu lagi ayat yang saya suka dalam novel ini


"Kalau aku jatuh, hulurkanlah tgnmu kpdku. bila aku bengkok, kau luruskanlah aku"

Betapa bermaknanya ayat ini. Seperti inginku khabarkan saja pada semua teman
²ku. Aku takut gugur di medan perjuangan Islam bila sendiri nanti pulang ke kampung halaman. Astaghfirullah al-Azim..
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam Islam.
Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam dakwah Islam. Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, thabatkanlah hati ini dalam perjuangan Islam.
Apa-apapun pengajaran yang paling besar dilihat dalam novel ini adalah jangan mengasingkan diri apabila terjatuh, tersungkur dalam landasan Islam. Berusaha untuk kembali ke jalan yang benar menuju REDHA ALLAH.

Jom sahabat
² baca buku ni bagi yang belum baca. InsyaAllah banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi. Sekarang tengah baca novel bertajuk "Denyut Kasih Medik".


Moga dipermudahkan Allah. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...