Photobucket

Saturday, August 13, 2011

Corat Coret Praktikal III

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:00 AM

Alhamdulillah dah 12 hari seluruh umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yg lain daripada Ramadhan yg telah kulalui dahulu. 

Kenapa?  

Sebab kali ini aku menyambut Ramadhan semasa bergelar guru praktikum di SAMSHSB. Cabarannya juga berbeza.

Pada yg sama, Alhamdulillah aku berjaya menempuhi 12 minggu praktikal. Berjaya tak berjaya itu belakang kira. (^^)v

Terasa tidak ingin menamatkan je 2 minggu lagi praktikal memandangkan perlu masuk kampus & belajar semua. Kalau terus konvo tak apalah juga. Batch experiment UPSI kan. Nak Buat Macam mana...


Minggu² terakhir praktikal nie, bilamana tengok muka anak² murid semasa mengajar (1 Nafis, 2 Nafis, 2 Qayyim) sayu pula rasa hati. 


Hurmm... 


Kasihan budak² nie aku tak bagitau pun 26 Ogos 2011 hari terakhir aku di SAMSHSB. Perlukah??? Yg mereka tahu setakat aku akan habis praktikal dalam masa terdekat nie.  =(


Don't be sad Herwana....


Daripada melayan perasaan sedih lagi best kalau sambung tulis pengalaman praktikal kat SAMSHSB. Hurmm... Nak start dari mana ye?


Ok start dari Aku Cabut Gigi.


Cabut Gigi
Mesti org gelak cabut gigi pun nak bagitau. Tapi ia ada kaitan tau.  Apa taknya setelah 2 minggu berperang dgn sakit gigi (gigi geraham berlubang), akhirnya sahabat serumah (Fiezah, Ilya & Kak TG) menyarankan aku untuk mencabut gigi tu. Kasihan mereka tengok aku, sengsara.


Mahu tak mahu aku pun cabut. 27 Jun 2011 mengukir sejarah...


Ingatkanlah sakit cabut gigi geraham nie macam sakit cabut gigi susu masa kecil² dulu. Tapi sakitnya hanya Allah yg tahu.


Setelah cabut gigi menjadi masalah apabila keaktifan untuk mengajar terpaksa dikurangkan sebab dalam seminggu tu juga setiap hari ada kapas kat gigi. Pendarahan tak henti².


Nasib baiklah sepanjang minggu tu tak ada pemantauan drpd guru pembimbing mahupun pensyarah.


Yg lucunya sepanjang aku mengajar rupa²nya budak² nie bukan bagi tumpuan apa yg diajar. Tapi memerhatikan mulut & pipiku yg bengkak. 


Hahh.. Serik dah cabut gigi geraham...


Ceramah Isra' Wa Mikraj

"Ya Rasulullah, aku Rindu padamu"


MasyaAllah sungguh indahnya jika kata² yg dilafazkan selari dengan perbuatan yg dilakukan secara istiqamah. Macam mana nak syafaat daripada baginda. Nak menyahut "Sallallahu 'alaihi wa sallam" ketika nama baginda disebut pun terlalu payah & sukar. Astaghfirullah al-azim.


Begitulah sedikit kandungan ceramah yg disampaikan oleh ustaz yang bagi ceramah sempena Isra' Wa Mikraj peringkat sekolah. Banyak² ibrah yang  diperolehi semasa Ceramah Isra' wa Mikraj tapi ustaz nie banyak tekankan yang berkaitan dengan hati. Allahuakhbar tersentuh hatiku yg berkarat ini.





Ustaz tu (lupa deh namanya) sebenarnya mantan pendidik di SAMSHSB, mengajar MATH. 


Nah.. Sapa bilang guru Math tidak layak untuk bicara soal agama. Yg penting ilmu di dada perlu di pertingkatkan. 

Syukran Jazilan Khatiron buat Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekolah atas inisiatif melaksanakan Ceramah Isra' wa Mikraj. 


Sekurang²nya mengingatkan generasi muda akan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w yg berulangkali bertemu Allah untuk mengurangkan jumlah solat fardhu yg diturunkan Allah daripada nilai 50 kali sehari kepada 5 kali sehari. Demi Umatnya tercinta. Yg 5 kali pun susah sangat nak buat. =(

"Ya Allah ampunkanlah dosa²ku"

Handle Kokurikulum

Time praktikal nie, saya diamanahkan utk melibatkan diri dalam kokurikulum sekolah. Wajib. Salah satu syarat b'praktikal tau. =)

Setelah dicatur²kan oleh PK KOKO, saya kena handle Persatuan Matematik (PM...bukan Perdana Menteri tau), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) & bola jaring.



Alhamdulillah sepanjang praktikal nie dah 2 kali handle perjumpaan PM & 2 kali handle perjumpaan PPIM.
PM  

1. Gotong royong bersihkan makmal

2. Tayang video "Math is Easy"

PPIM

1. Kawad kaki

2. Kawad kaki

Cuma bola jaring je seriously langsung tak takepart walaupun sekali. 

So setiap kali habis je perjumpaan PM, duk dulu kat bilik guru menanti masa 4.30 pm.



6 Julai 2011, waktu menanti saat pulang tengok budak² main futsal kat dataran hijau. Kalau budak kelas aku (1 N, 2 N, 2Q) yang main, excited aku tengok mereka main. Memang berbakat budak² nie dalam sukan. 


Cuma kemudahan yg kurang lengkap & tiada masa PJ (Pendidikan Jasmani) sedikit menyekat utk mereka menyerlahkan kebolehan masing².

Apa²pun aku bangga tengok mereka beraksi.


Usrah Tunjang Tarbiyah

Sepanjang praktikal nie, aku terlalu rindu dengan ahli usrahku (Kak Yani, Linda, Azlina, Ain). Paling rindu kat Kak Yani. Entahlah. Mungkin sebab lepas nie dah tak jumpa kot.. :x

Alhamdulillah kesedihan lama tak berusrah diubati pada 8 Julai 2011 bila usrah dijalankan kat SAMSHSB setelah 2 bulan praktikal. Tertanya² juga apasal usrah nie takda.



Hati berbaik sangka berkata:
"Budak² nie bukan semua duk asrama so susah sikit nak kumpul semua untuk buat usrah. Kamu (ditujukan pada saya) lainlah sebab masa sekolah dulu setiap malam sabtu wajib pi usrah"

Ok fine. Memang betul pun. 


Waktu budak² nie usrah, guru² pun ada usrah di bilik gerakan. Usrah disampaikan oleh Ustaz Zahri. 

Perkara yg membuat saya kagum rupa²nya ustaz sedang buat Master. Kalau Ustazah Nazian (PK 1) tak mention waktu usrah guru, confirm ramai guru² tak tahu sampai sekarang. Diam² ibu berisi. Alhamdulillah.

Amali Haji


Wah... Time amali haji yg dijalankan oleh Form 5 yg membuat aku teruja untuk tengok. Apa taknya macam betul² tengah buat hajilah. Siap ada Kaabah, Makam Nabi Ibrahim, tempat sai'e, tempat melontar & macam² lagi.





Sejujurnya aku dah lupa tentang haji & umrah yg dipelajari time sekolah dulu. Belajar sebab nak exam kan tu yg tak melekat ilmu kat kepala.

Malas nak ulas panjang². Biar gambar² ini yg berbicara...=)







 








Apa²pun cuma nak pesan pada semua pelajar² kat SAMSHSB "BERSYUKUR tau Allah pilih kamu berada di sini"


Persaraan Ustazah Nazian


Sapa sangka PK 1(Ustazah Nazian) yg wajah masih tampak muda sebenarnya akan berusia 56 tahun keesokan harinya setelah bersara pada 18 Julai 2011 yang lalu.

Semua guru² & pelajar² terasa kehilangan selepas ketiadaannya di sekolah. Jasanya pada bidang pendidikan akan dikenang² sampai bila². Allahuakhbar. Begitu mulianya martabat seorang guru.


 


Beliau orang yg pertama kutemui ketika melangkah kaki ke SAMSHSB untuk mendaftarkan diri sebagai guru pelatih. Rasanya saya dah cerita pesanan beliau pada kami (saya, Fiezah & Farid) dalam entry bertajuk Corat Coret Praktikal I.

Sedikit biodata tentang beliau. Namanya Nazian Bt Mohd Salleh. Bekas pelajar Sek Agama Naim Al-Banat, Kelantan (betul tak ejaan tu erk? yg pentingnya ada perkataan Naim). Lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Bahasa Arab.


Melalui ucapan terakhir beliau semasa Majlis Persaraan, beliau amat menitikberatkan Bahasa Arab. "Martabatkan Bahasa Arab". Itulah pesanan yg diulang² & diingatkan kepada pelajar² & guru² yg mengajar Bahasa Arab.

Aku harap SAMSHSB akan menerima penganti PK 1 yg baru secepat mungkin.


Pemantauan Nazir dari KPM & JPS


Alhamdulillah hari tu dapat makan kek free  yang disponsor oleh Kak Radhiah (Guru Bidang Bahasa). 

Kenapa erk dia belanja?



Al-kisah bermula bila Nazir² dari KPM & JPS datang memantau pengurusan di SAMSHSB. Sebelum kedatangan nazir² tu lagi guru² kat bilik guru tak menang tangan menyiapkan fail masing². Aku sekadar menjadi pemerhati sebab seriously tak tahu nak tolong apa. 

Sebenarnya tak faham sangat pun apa fungsi utama nazir² tu datang ke sekolah². Cuma yang aku tahu biasanya nazir akan masuk kelas yang disuka untuk masuk untuk melihat guru mengajar. Nasib baiklah minggu exam. So tak ada seisi PNP pun ketika itu.

Alhamdulillah hasil pantauan pujian daripada Nazir tentang pengurusan fail kurikulum yang CEMERLANG terutamanya PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU.

Tahniah & Jazakillah Khairan Jaza kpd  kak Radhiah sebab belanja makan kek secret recipe yang amat² sedap. Memang kaw² sedap lah sehingga muak nak makan. Huhuhu..


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Rasanya sampai sini dahulu Corat Coret Praktikal III. InsyaAllah di lain kesempatan sekiranya masih belum menarik nikmat yg dipinjamkan akan bersambung Corat Coret IV.


Segala salah & silap harap dimaafkan. [Mood: Sedih nak tinggalkan SAMSHSB]





Wallahualam..




Ramadhan Kareem, Allahu Akram

Friday, August 12, 2011

Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna ♥

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:30 PM

Alhamdulillah usai sudah membaca buku CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA. Menjadi inspirasi apabila mendirikan rumahtangga kelak. (^^)v

Kalau boleh bakal suami saya pun wajib baca buku nie. (sedihnya calon pun tiada)


Mesti ada yang lupa² ingat dekat mana terdengar nama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Jawapan:.......(Al-Mathurat)

Buku ni memang baik sebab kita dapat menyorot bagaimana peribadi Hasan Al-Banna dari pandang sisi anak²nya sebagai seorang ayah yg berperanan aktif dalam kepimpian sebuah Jemaah Islam

Walau sesibuk manapun keluarga tidak pernah diabaikan.

Dan tanah yg baik, tanaman²nya tumbuh subur dgn izin Allah; dan tanah yg tidak subur, tanaman²nya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda² kebesaran (Kami) bagi org² yg bersyukur. [Surah Al-A'araf: 58]

Ayah adalah org penting dlm membangunkan umat. Dlm sebuah keluarga, kedudukan ayah adalah salah satu batu-bata yg menyokong bangunan umat Islam. 

Jika para ayah berjaya menunaikan misinya dlm keluarga, akan kukuhlah bangunan umat Islam di pelbagai bidang kehidupan. 

Sebaliknya, sikap endah tak endah para bapa dlm menjalankan misinya di dlm keluarga akan menyebabkan lemah rapuhnya bangunan umat ini.

Lontaran kalimah emas Hasan al-Banna

Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin yg ada di dalam perut ibu mereka.

MasyaAllah... Begitu hebatnya keinginan beliau.

Salah satu daripada wasiat ayah kpd anaknya; 

Sebenarnya pekerjaan yg harus dilakukan lebih banyak drpd waktu yg tersedia. (Tsana: Anak Hasan Al-Banna)


Berikan cinta kamu sepenuhnya tanpa henti & berubah, meskipun pada suatu masa anak kamu mungkin tidak menyenangkan kamu. (Syeikh Abdul Hamid Jasim al-Bilali-Funun Tarbiyati al-Abna')

Hasan al-Banna memberikan anak²nya 3 kategori wang belanja; 
wang harian (3 qirsy), 
wang mingguan (10 ma'adin),
wang bulanan (50 qirsy).

Sesetengah org menganggap bahawa perbuatan tidak bergaul membantu pendidikan yg betul untuk memelihara anak daripada pelbagai musuh akhlak yg ingin merosakkan mereka. 

Tapi sebenarnya ketertutupan ini tidak menghasilkan peribadi yg stabil & sulit untuk boleh membangunkan mental sosial di mana seseorang boleh hidup di tengah² masyarakat & bekerja dengan tulus.

Orang yg hanya mementingkan diri sendiri tidak patut dilahirkan sebagai manusia. Seorang pendidik yg berjaya adalah yg boleh mendidik anaknya untuk bangkit bersama² dgn umatnya dgn cara memberikan manfaat kepada org lain. 

Perkara ini dapat dimulakan secara sederhana semasa anak itu masih kanak² agar dia mahu berinfaq di jalan Allah. Agar dia kelak tidak menjadi manusia egois yg hanya memikirkan dirinya sahaja.

Ayah yg berjaya adalah ayah yg selalu menghapuskan air mata anak²nya & mengusir kesedihan dalam hati mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; 

Fatimah adalah sebahagian daripada diriku, sesiapa yg menyakiti hatinya bererti dia telah menyakitiku

Pelihara perasaan seseorang, meskipun dia telah melakukan kesalahan, diiringan dgn anjuran yg lembut, memberikan pendidikan yg baik & meninggalkan kesan kepadanya untuk mengubah kesalahan yg dilakukannya.

Moga menjadi iktibar.

Wallahualam.

Ramadhan Kareem. Allahu Akram.

Thursday, August 11, 2011

A New me After Ramadhan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:56 PM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Rabbi,
Lembutkanlah hati² hambaMu yg membacanya... Amin~
Moga Allah redha dgn perkongsian ini~

*******************

'Sejak bila weh dia jadi macam tu?' ,


'Tiba² je ni, ke mata aku yg rabun sekarang ni'' Betul ke tu Aisyah? Macam ustazah la pulak.

Di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil mengukir senyuman,

'Assalamualaikum Siti, Mia' .. Aisyah masih mengukir senyuman buat sahabat kesayangannya.

Dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik & penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu.

Apa tidaknya, sebelum sebulan cuti yg jatuh pada bulan Ramadhan, dia seorang yg bergaya, pakai selendang, baju vogue, dgn baju ikut curve body, legging & heals.

Selepas Ramadhan?
Penampilannya berubah terus!
Bertudung labuh, berjubah, memakai kasut, sejuk mata memandang, aurat terpelihara ditutup sempurna.

'Waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? Lepas bulan puasa terus berubah, asal? Tak nak kawan dgn kitorang lagi ke?'


'Yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa² ke ni???'

'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila² tau!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua.


Doanya di hati, 


'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq & hidayahMu, lembutkanlah hati² insan yg aku kasihi ini ya Allah, moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'

Penghijrahan...


Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yg mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yg sarat dgn keimanan, mungkin ada yg mencerca, ada yg pelik, ada yg takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai baju macam tu'. 


Mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini & pelbagai lagi tomahan yg dikenakan bagi insan² terpilih yg diberi hidayah dari Allah S.W.T.

Alhamdulillah.

Kemudian dari sisi yg satu lagi, bagi insan² yg sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yg membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yg menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yg timbul di hati mereka.

'Family aku boleh terima ke perubahan aku ni?'


'Mesti kawan²aku pelik nanti aku tiba² berubah pakai macam ustazah'


'Boleh ke aku kekal baik macam ni, macam² dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'


'Allah boleh terima aku ke? Macam² dah aku buat dulu,'

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran & keinsafan yg membuatkan insan² ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yg memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik & tak kurang juga, ada yg mengatakan pemakaian yg menutup aurat dgn sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. 


Bagi yg dikurniakan kesedaran & kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh²kan pelaksanaan & mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.

Rasulullah SAW bersabda:“Islam telah bermula dgn dagang & ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” (Hadith Riwayat Muslim)

Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dgn sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yg jarang nampak leher, memakai baju yg singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yg juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan,

Mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah², suka menghentam org lain, malas belajar.

Kini, kesedaran itu hadir, rasa yg hadir untuk m'perbaiki diri m'jadi lebih baik. m'perbaiki diri utk m'jadi seorg hamba Allah.

“Apakah kamu b'iman dgn sebahagian al-Kitab & ingkar dgn sebahagian yg lain? Tiadalah balasan org yg b'buat demikian drpd kamu, melainkan kenistaan dlm kehidupan dunia & di Hari Akhirat mereka dikembalikan kpd siksa yg sgt berat. Allah tidak lengah drpd apa yg kamu perbuat.” (Surah al-Baqarah: ayat 85)

Ujian m'giringi p'jalanan kehidupan.


Pabila seseorang itu mahu berubah, ia memerlukan keazaman & kesungguhan yg utuh, selepas berubah perlu m'hadapi kecaman orang² di sekeliling pula. 


Ada yg m'cerca, ada yg m'hina, ada yg m'jauhkan diri, dipulaukan & terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat m'gadu, tiada teman b'kongsi sedih, tiada sesiapa yg memahami. 


Tetapi ketahuilah, bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa & ketika, sentiasa b'sama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian & dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di ats jalan yg diredhai.

Berputus asa? Kembali ke masa lalu? Pekat dgn jahiliyah, diri b'bangga dengan dosa, p'gaulan bebas antara lelaki & perempuan?

Tidak.Tidak.Tidak.

"Wahai orang² yg b'iman, masuklah kamu ke dlm Islam keseluruhannya & jgn kamu m'gikuti jalan² syaitan.” (Surah al-Baqarah: ayat 208)

Walau jalan yg dipilih ini penuh duri, m'galir mutiara² kaca saban hari, pedih ditindas & dihina, t'asing, dipulaukan atau kehilangan, jgn sesekali b'patah balik ke masa lalu. 


Ketahuilah Allah b'sama kita saban hari tiap waktu utk m'bantu kita m'bina jati diri sebagai seorg mukmin yg sejati.

Setiap ujian & dugaan yg melanda kita, adalah tarbiyah dr Ilahi utk kita m'perbaiki diri sebagai seorg hamba kpd Allah S.W.T. 


Bukannya hamba kpd nafsu diri, bukan juga hamba kpd syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi. 


Bagaimana pula dgn kehendak Allah S.W.T? 


Adakah kita telah memenuhi & m'syukuri segala nikmat pemberianNya?


Sentiasa b'taubat kepadaNya? 


Di mana kita letak DIA di hati kita? 


Adakah dgn meletakkan nafsu & ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? 


Nauzubillah.

Adakah patut kamu m'yangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian & cubaan) seperti yg telah b'laku kpd org² yg t'dahulu drpd kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) & serangan p'yakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga b'katalah Rasul & org² yg b'iman yg ada bersamanya: Bilakah (datangnya) p'tolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya p'tolongan Allah itu dekat (asalkan kamu b'sabar & b'pegang teguh kpd agama Allah). (Surah Al-Baqarah: 214)


Manfaatkan Ramadhan sepenuhnya.

Jadikan Ramadhan kali ini satu platform utk m'ubah diri, m'buang segala karat jahiliyah yg masih melekat pd diri.


Rebut peluang sebaiknya, jgn biar Ramadhan b'lalu sepi, kerna mungkin ini adalah Ramadhan t'akhir buat kita.

Ertinya: "Hai org² yg b'iman! Diwajibkan atas kamu m'gerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kpd org² yg t'dahulu dr kamu, supaya kamu b'taqwa (t'pelihara dr kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)

Mari sama² kita renungkan, fikir²kan, ats sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, ats sebab apa kita b'jalan di bumiNya, m'hirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?

Adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?


T'jadi dgn sendiri & hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?


P'akhiran hidup yg bagaimana kita mahukan?


Penilaian apa yg kita perlu utamakan?


Neraca hidup yg mana kita gunakan?

Jika ditakdirkan esok kita mati,

Bersediakah kita m'persembah amalan kita kpd Ilahi?


Sudah cukupkah kebaikan yg dilakukan utk menutupi dosa² lalu?


Sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?

MATI itu pasti b'laku

Bagaimana p'sediaan kita utk m'hadapi kematian?


B'sediakah kita utk b'temu Yg Dicintai?

Mari sama² kita muhasabah diri kembali
Tundukkan hati tundukkan nafsu

Moga kita mampu merasa kerdil diri sebagai seorg hamba Ilahi

InsyaAllah
Amin~

~Niatkan segala p'ubahan yg ingin dilakukan hanya keranaNya & bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati juga diakhirnya meninggalkan kita~

Ramadhan Kareem, Allahu Akram



Monday, August 8, 2011

TaWaRaN Terhebat

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:12 PM



Lelong...Lelong...Lelong...
Beli satu percuma tiga (adakah orang jual gini)..
Jimat murah..


Beginilah suara yang akan didengari bila berada di kawasan jual beli kalau nak dekat dengan raya. Tapi rasanya sekarang pun memang dah sibuk orang ramai buat persiapan raya walaupun puasa tak sampai 8 hari lagi. Yang tak boleh blah ada yang pasang lagu raya dah. Sesak my heart tau.

Walau bagaimanapun daripada banyak tawaran jual beli yang hanya habiskan duit tu, tawaran Allah pailng mantap. Tidak perlu modal malah mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Saham untuk di akhirat kelak. InsyaAllah..

Jom sertai TAWARAN TERHEBAT ni..








JOM GROOM AMALAN
MOGA LEBIH TAQARUB DENGAN ALLAH
BEROLEH PENGAMPUNAN
HAMPIRILAH ALLAH
NESCAYA ALLAH AKAN HAMPIR DENGANMU


Wallahualam

Sunday, August 7, 2011

TerMOTIVASI

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:47 AM

Alhamdulillah usai lagi membaca 2 buku motivasi yang sangat menyentuh jiwa sebagai seorang hamba kepada Allah Maha Esa. Jika dihitung², jika difikir², ilmu di dada masih belum banyak. Masih perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tak kiralah melalui pembacaan ataupun kuliah².

Berbalik kepada buku yang dibaca. Jom terjah apa yang best.


Buku KERAMAT SEORANG IBU. Subhanallah pelbagai kisah seorang ibu dikongsikan dalam buku nie ditambah dengan ilmu menjadi seorang ibu. Persediaan yang MANTAP perlu disediakan oleh wanita sesudah berkahwin. Bukan berkahwin setakat ingin menamatkan status BUJANG ataupun bergelar  ISTERI tapi tanggungjawab yang lebih mencabar menjadi seorang IBU.

Memang ada juga beberapa part buat diri ini menangis. Kenapa? Sebab teringat akan IBU yang kucintai & terfikir adakah pernah menyakiti hati IBU sehingga dia tidak redha akan kehidupan ku ketika itu. Nauzubillahi minzalik. 

"Ya Allah janganlah kau jadikan aku dan adik-beradikku anak yang derhaka pada ibu bapa."

Sejak berpraktikal nie, memang banyaklah belajar tentang ANAK melalui guru² yang telah berumahtangga. Bagus guru² SAMSHSB sebab tidak segan untuk berkongsi ilmu RUMAHTANGGA walaupun diri ini belum berkahwin. 

Melalui perkongsian, tertanya di lubuk kecil hati bersediakah aku menjadi seorang ISTERI seterusnya IBU kepada bakal ANAK²ku nanti. Wah, ayat serius di situ. ^_^

Jom cari & baca buku nie. InsyaAllah bermanfaat.

”...anakku sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka & duka. Teman baik, yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang bisa kau ajak bercinta untuk surga.”

Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.

”Apa maksud ayah dengan teman yang bisa diajak bercinta untuk surga?”tanyanya dengan nada penasaran.

”dia adalah teman sejati yang benar² mau berteman denganmu bukan karena derajatmu, tetapi kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keihlasan hati. Dia mencintaimu karena Allah. Dengan dasar itu, kau pun bisa mencintainya dengan penuh keikhlasan; karena Allah cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat.


Dialog nie antara sebahagian isi kandungan buku KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA. Pada mulanya ingatkanlah buku nie sebuah novel tapi rupa²nya buku ini mengisahkan tentang berbagai² kisah menarik tentang sahabat Rasulullah SAW dulu. Karya dari penulis best seller Ayat-ayat Cinta ini menampilkan bahwa cerita² tersebut diambil dari hadits dan ayat² yang termaktub dalam Al-Quran.

Banyak pengajaran yang diperolehi daripada kisah² dalam buku nie.


Moga sahabat pun boleh meluangkan masa untuk membaca.


Wallahualam...


Ramadhan Kareem, Allahu Akram

Wednesday, August 3, 2011

Jatuh Cinta Lagi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:08 AM

Assalamualaikum w.b.t & Salam Ramadhan Kareem...


Alhamdulillah dah lama sangat selesai membaca  dua novel cinta cuma belum berkesempatan menulis dalam blog. Wah, jiwang sakan saya beberapa minggu yang lalu. (",) 

Jika sebut tentang Novel Cinta mesti "mindset" org sekarang tentang cinta manusia semata². Tapi kedua² novel yang dibaca merupakan gambaran cinta suami kepada isteri & sebaliknya setelah cinta pada Allah & Rasulullah s.a.w. Tahniah penulis kedua² novel. (",)



“Rabbi dengan penuh kesyukuran, hamba bersimpuh di hadapan-Mu. Lakal hamdu ya Rabb. Telah Kau muliakan hamba dengan al-Quran. Kalaulah bukan karena karunia-Muyang agung ini, niscaya hamba sudah terperosok ke dalam jurang kenistaan. Ya Rabbi, curahkan tambahan kesabaran dalam diri hamba,” -Raihana


Novel Psikologi Islam Pembangunan Jiwa sebuah lagi hasil karya Habiburrahman El Shirazy yang bertajuk Pudarnya Pesona Cleopatra. Walaupun hanya setebal 125 mukasurat, masyaAllah ia mampu mencuit hati untuk membacanya. Sebenarnya dalam novel nie ada dua cerita yang berbeza iaitu Pudarnya Pesona Cleopatra & Setitis Embun Cinta Niyala. Kedua² cerita sangat "BEST". 


Sampai hati bergetar², air mata meleleh saat saya membaca untaian kata² penuh makna dan benar² membangunkan jiwa. Fuhh.. Rugi kalau tak baca.


“Ya Allah…. Segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta & memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu… Berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku.. Cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina

Jalan cerita novel nie amat menuntut terus membaca sebab nak tahu siapa lelaki terpilih untuk dilengkapkan tulang rusuknya oleh AMNI SORFINA. Adakah IRFAN IKMAL atau TAUFIQ IMRAN?

Memandangkan kawan dah TERcerita pengakhiran novel so kurang bestlah. Potong jalan betul. Tapi..tapi saya tetap juga habiskan baca sebab banyak sekali ilmu yang diperolehi dalam novel nie. Nah, jangan pandang sebelah mata tau.

Saya malas nak tulis balik jalan cerita novel nie, kalau nak tahu lebih lanjut baca novel ni @ buka blog penulis Novel (Sini)

__ღ___ღ___ღ___ღ___ღ___ღ___


Apa²pun kedua² novel mendidik pembaca untuk melatih CINTA PADA MANUSIA SETELAH ALLAH  & RASULULLAH.

Jangan ketinggalan untuk membaca.

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...