Alhamdulillah usai sudah membaca buku CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA. Menjadi inspirasi apabila mendirikan rumahtangga kelak. (^^)v
Kalau boleh bakal suami saya pun wajib baca buku nie. (sedihnya calon pun tiada)
Mesti ada yang lupa² ingat dekat mana terdengar nama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Jawapan:.......(Al-Mathurat)
Buku ni memang baik sebab kita dapat menyorot bagaimana peribadi Hasan Al-Banna dari pandang sisi anak²nya sebagai seorang ayah yg berperanan aktif dalam kepimpian sebuah Jemaah Islam.
Walau sesibuk manapun keluarga tidak pernah diabaikan.
❝Dan tanah yg baik, tanaman²nya tumbuh subur dgn izin Allah; dan tanah yg tidak subur, tanaman²nya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda² kebesaran (Kami) bagi org² yg bersyukur.❞ [Surah Al-A'araf: 58]
Ayah adalah org penting dlm membangunkan umat. Dlm sebuah keluarga, kedudukan ayah adalah salah satu batu-bata yg menyokong bangunan umat Islam.
Jika para ayah berjaya menunaikan misinya dlm keluarga, akan kukuhlah bangunan umat Islam di pelbagai bidang kehidupan.
Sebaliknya, sikap endah tak endah para bapa dlm menjalankan misinya di dlm keluarga akan menyebabkan lemah rapuhnya bangunan umat ini.
Lontaran kalimah emas Hasan al-Banna;
❝Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin yg ada di dalam perut ibu mereka.❞
MasyaAllah... Begitu hebatnya keinginan beliau.
Salah satu daripada wasiat ayah kpd anaknya;
❝Sebenarnya pekerjaan yg harus dilakukan lebih banyak drpd waktu yg tersedia.❞ (Tsana: Anak Hasan Al-Banna)
❝Berikan cinta kamu sepenuhnya tanpa henti & berubah, meskipun pada suatu masa anak kamu mungkin tidak menyenangkan kamu.❞ (Syeikh Abdul Hamid Jasim al-Bilali-Funun Tarbiyati al-Abna')
Hasan al-Banna memberikan anak²nya 3 kategori wang belanja;
Sesetengah org menganggap bahawa perbuatan tidak bergaul membantu pendidikan yg betul untuk memelihara anak daripada pelbagai musuh akhlak yg ingin merosakkan mereka.
Tapi sebenarnya ketertutupan ini tidak menghasilkan peribadi yg stabil & sulit untuk boleh membangunkan mental sosial di mana seseorang boleh hidup di tengah² masyarakat & bekerja dengan tulus.
Orang yg hanya mementingkan diri sendiri tidak patut dilahirkan sebagai manusia. Seorang pendidik yg berjaya adalah yg boleh mendidik anaknya untuk bangkit bersama² dgn umatnya dgn cara memberikan manfaat kepada org lain.
Perkara ini dapat dimulakan secara sederhana semasa anak itu masih kanak² agar dia mahu berinfaq di jalan Allah. Agar dia kelak tidak menjadi manusia egois yg hanya memikirkan dirinya sahaja.
Ayah yg berjaya adalah ayah yg selalu menghapuskan air mata anak²nya & mengusir kesedihan dalam hati mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
❝Fatimah adalah sebahagian daripada diriku, sesiapa yg menyakiti hatinya bererti dia telah menyakitiku❞
Pelihara perasaan seseorang, meskipun dia telah melakukan kesalahan, diiringan dgn anjuran yg lembut, memberikan pendidikan yg baik & meninggalkan kesan kepadanya untuk mengubah kesalahan yg dilakukannya.
Moga menjadi iktibar.
Wallahualam.
Ramadhan Kareem. Allahu Akram.
3 123 Bingkisan Sahabat:
NaDia ShazwAni....kn baca tau..hihihi
insyaAllah..dlm proses utk membaca, xsangka Herwana Herman mendahului yer..hehe
tapi nadia kawen dulu..jeles nie..haha
Post a Comment