Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

Kasih Sayang Aku & Adikku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:48 AM 3 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nak share satu kisah yg pasti membuat kalian juga bersedih & akan menghargai ikatan antara adik beradik. 

Teruskan membaca.


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda drpd aku. Suatu hari, utk mendapatkan sehelai sapu tangan yg menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku & adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. 

Siapa ambil duit ayah? tanya ayah bagai singa lapar. 

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua² kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

Baik, kalau tak mengaku dua² ayah rotan! sambung ayah sambil mengangkat tangan utk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 

Tiba², adik menangkap tangan ayah dgn kedua² belah tangannya sambil berkata, saya yg ambil!

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata² itu, hayunan & balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu utk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yg akan memalukan ayah di luar kelak?

Malam itu, emak & aku tak lepas² mendakap adik. Belakangnya yg berbirat dipenuhi calar balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yg mencucuk²

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dgn sikap aku yg takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dgn kedua² belah tangannya lalu berkata, jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!

Aku mengutuk diri sendiri krn tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah krn mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh & aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. 

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, Zah, kedua² anak kita cemerlang dlm pelajaran. Abang bangga sekali!

Tapi apalah maknanya bang... ! aku terdengar ibu teresak².

Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah & ibu. 

Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!

Perlahan² ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya & merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam²

Panggggg.... 

Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yg mampu aku lakukan ialah menutup muka & menangis.

Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis krn persekolahan kamu, ayah akan lakukan! 

Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar drpd kemiskinan, aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yg bengkak. 

Kakak perempuan... biarlah kakak yg berhenti.

Tiada siapa yg menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yg dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yg tercatat...

Kak... utk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja & akan kirim wang buat akak.

Apa lagi yg saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yg menggunakan air matanya memujuk ayah. 

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!

Pemuda kampung? bisikku. 

Siapa?

Tergesa² aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dgn pakaian comotnya yg dipenuhi lumpur & simen.

Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yg datang!

Sambil tersenyum dia menjawab, Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yg akan kawan² akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas² bebutir pasir & tompokan simen pada pakaian adik. Dlm suara antara dengar & tidak, aku bersuara, Akak tak peduli apa orang lain kata. 

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu². Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu utk akak.

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik & dadanya dibasahi air mataku yg tak dapat ditahan².

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap & dinding rumah bersih, tak seperti selalu. Emak, tak payahlah kerja teruk² bersihkan rumah sambut saya balik.

Adik kamu yg bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka².

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. 

Sakit ke? aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 

Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil & serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yg dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya utk bekerja keras.

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kpd adik. 

Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain? kata adik. 

Adik tiada pelajaran. Biarlah adik bekerja dgn kelulusan yg adik ada.

Adik tak ke sekolah pun krn akak. kataku memujuk. 

Kenapa sebut kisah lama, kak? katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung & bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dgn seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, Siapakah orang yg paling anda sayangi?

Spontan adik menjawab, Selain emak, kakak saya....

Lantas dia menceritakan suatu kisah yg langsung tidakku ingati.



Semasa sama² bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya & memberikannya pada saya. Dia berjalan dgn sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul & calar balar. Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila².

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh² sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Adakah kita sanggup sungguh² berkorban untukNYA sbg bukti cinta & kasih kita?

Fikir & Renungkan. Moga mengambil iktibar dgn kisah ini.

Wallahualam

3 123 Bingkisan Sahabat:

fuh..touching. syukran atas perkongsian dik..:)

wah..sgt menyentuh hati...huhu
sy skrg masih ada mslh ngan adek sndiri..x tau nak buat apa..huhuu

kak kina..huhuhu..baru perasan komen akak tahun lalu..he3x

anonymous..kena eratkan kembali hubungan adik-beradik..bt la apa bt caranya..besanya kakak/abg kn mengalah..bukan nak manjakan adik tp nak tnjk kita syg mrka..biar tegas ada kelembutan, biar lembut ada ketegasan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...