Photobucket

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan Datang Lagi, Tudung Labuh Itu Indah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:15 PM 3 comments

Tulisan asal oleh: Fatimah Syarha Mohd Noordin - Majalah Solusi Isu-21

Akak, kenapa akak pakai tudung labuh? Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yg sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya.


Aku pernah remaja & terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya krn mereka sedang mencari² identiti diri.


Saat itu, aku bertudung labuh krn keindahannya menghiasi wanita² berakhlak mulia yg kukenali. Ibuku, kakakku, kakak² naqibahku, ustazah²ku semuanya bertudung aku mensinonimkan tudung labuh itu dgn keindahan, keperibadian & kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman² bertudung labuh yg akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh krn aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yg terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yg aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak² naqibah menerangkan pelbagai soalan yg kutagih pengertian. Jasa kalian selamanya harum dlm ingatan.

~Yg Tertutup Itu Indah~


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yg kuterima, “Yg tertutup itu indah!” Jawapan yg membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59 maksud & tafsirannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kpd isteri²mu, anak² perempuanmu, & isteri² orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tiidak diganggu.

Ya, sedangkan buku yg kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? 


´.✿ Kuperhatikan kulit bukuku yg bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yg tidak bersampul. 
´.✿ Kuperhatikan langsir yg cantik menghias pintu & tingkap. 
´.✿ Kuperhatikan kain yg mengalas meja & perabot. 


Benar, yg tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dgn membariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah² oleh pandangan hati yg sakit.


~Istimewa Bertudung Labuh~

Di sini aku bukan mahu berbicara tentang kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dlm hidupku yg membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar² istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan & memudahkan urusanku dgn asbab tudung labuh.


:)Dikejar Tebuan Tanah


Dlm satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yg siap sedia memasuki hutan.

Menderap ke tengah belantara, tiba² peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Seorang peserta menjerit kesakitan krn disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yg turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yg lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dgn tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yg terkepung dgn tudung labuhku drpd disengat. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah! Maha Suci Engkau yg menyelamatkan dgn secebis kain ini.

:)Terlindung drpd Bahaya Malam


Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus setelah tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas & berusaha mencari bas yg mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakan duduk bertemankan seorang lelaki asing.

Sebelum bas bergerak, aku berpesan kpd pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.

Dlm perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dgn mengembara ke dlm mimpi seketika. Kedengaran sayup² suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.

Jam menunjukan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat & urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dlm keadaan mamai menuruni bas, aku masih berasa sangat mengantuk. Sejurus itu, secepat kilat bas meniggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut krn hanya aku seorang yg menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Jalan raya dihadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yg sedang bergelap. Jalur² cahaya hanya sedikit. Kupanfang ke belakang & mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar & garang sedang berlegar² di luar pagar masjid. Ya Allah, padaMu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza utk mengambilku. Pada masa yg sama, mataku melilau mencari² kayu atau besi yg akan aku gunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.

“Di mana?” tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yg asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yg menunjukkan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.

Tiba² sekumpulan penunggang motosikal dgn pelbagai aksi berhenti beramai² di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam & bertudung juga hitam. Aku menggunakan kesempatan itu utk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajah yg berkulit cerah.

Apa yg mampu kulakukan adalah tetap berdiri disitu & membaca segala ayat al-Quran yg kuhafal. Tawakalku memanjat langit.

Tiba² anjing tadi berlari kearahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku krn ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan² memandang kearahku. Ketika itu aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali². Aku siapkan emosi utk berjihad mempertahankan diri.

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah² langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu krn dia asyik menelefonku.

Tiba  mereka beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi dgn pelbagai aksi. Mereka seakan² memandang dgn pandangan yg kosong sahaja kearahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambah syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!


:)Selamat Daripada Diragut


Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya, dia menunjukan pipinya yg calar sambil bercerita dgn juraian air mata.

Dua orang pemuda yg menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir² keguguran. Kedua² lututnya terluka, pipi & tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak nampak beg tangan akak.” Kata² itu benar² membuatkanku berfikiran jauh. Aku bersyukur kpd Allah s.w.t, krn tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor² yg menyelamatkanku adalah krn beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

:)Menemui Jodohku


Beberapa temanku yg mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan krn takut tidak dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.

Suamiku mengakui antara faktor yg menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga utk disunting adalah krn nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yg mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali utk memiliki suri yg bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dgn hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadang kala masa terlalu singkat & peluang tidak ada utk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luaran, contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan
✔ Penjual di gerai yg pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh
✔ Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung. 
Mana yg kita pilih? 
Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua² dahulu?Apa nilaian kita ketika itu? Fikir²kanlah.


Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat


Ya! Ya! Ya! Kudengari suara²  hati berkata:

“Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.”

“Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.”


Don’t judge a book by its cover.”
Kempen Aurat Saya Maruah Saya!
Kuhormati semua kata² ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dlm hidupku yg menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa. Buat adik² remaja yg bertanya, moga adik² menemui jawapannya.

3 123 Bingkisan Sahabat:

tp knapa ade org suka judge dari luaran erk kak wana?

biasalah dik m'sia xakan pernah puas hati dlm hidupnya...

bnyk komen..

tp xda tndkn..

moga kita bkn gol. itu

Bahasa saudari sangat indah... semoga kita dapat berkenalan lebih dekat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...