Photobucket

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa Kaum Hawa Pakai Tudung?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:42 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Andaikata kaum hawa/muslimah ditanya sebab² pakai tudung/hijab agak² apa jawapan kalian???


Biasanya ini alasan kaum hawa pd masa kini yg memakai tudung:
´. Gaya: Meniru artis² & terasa cantik apabila tgk model majalah pakai tudung.
´. Terpaksa memakai tudung krn keluarga mereka semua memakai tudung.
´. Memakai tudung hanya krn sekolah mewajibkan memakai tudung.
´. Couple/pakwe/gerek/boyfriend/tunang/suruh pakai tudung.
´. Kalau pekerja restoran: Pakai tudung sebab takut rambut masuk dlm masakan.

Ada lagi alasan? Meh tambah lagi...


Dah tue fesyen tudung pula macam², macam cendewan tumbuh selepas hujan. Antaranya seperti di bawah:
Yg warna pink tue juga buat hatiku tertawan

Apa²pun perbaikilah alasan kita memakai tudung. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:

1) Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan kajian² menunjukkan 40-60% kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain.

2) V.G. Rocine seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pd 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dlm  【ツ】www.islamonline.net/english/Science.【ツ】

3) Dlm artikel lain pula iaitu "Highest Phosphorus Foods" di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online dinyatakan, "Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya krn fosforus otak akan cair & ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dlm keadaan cuaca panas".

4) Mereka yg memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dgn pewarna rambut, menurut pakar Sains pewarna rambut mempunyai bahan yg boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dgn matahari & kesejukan.

Allah Taala berfirman, Maksudnya: 
Dan katakanlah kpd wanita² yg beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka & memelihara kemaluan mereka & janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak drpdnya (iaitu wajah & kedua² telapak tangan) & hendaklah mereka menutup dada mereka dgn kain tudung mereka & janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kpd suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera² mereka atau putera² suami mereka atau saudara² mereka atau putera² saudara² mereka atau putera² saudara² wanita mereka atau wanita² Islam atau budak² yg mereka miliki atau pelayan² lelaki yg tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak² yg belum mengerti tentang aurat wanita (Surah An-Nur: 31).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, katakan kpd isteri²mu, anak² perempuanmu & isteri² orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”(Surah Al-Ahzab: 59)

Ya, sedangkan buku yg kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya?


【ツ】Kuperhatikan kulit bukuku yg bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yg tidak bersampul. 


【ツ】Kuperhatikan langsir yg cantik menghias pintu & tingkap. 


【ツ】Kuperhatikan kain yg mengalas meja & perabot. 


Benar, yg tertutup itu indah! 


Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dgn menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yg berhak. Bukannya diratah² oleh pandangan yg sakit.

P/S: Jom pakai tudung!!! Tapi niat mesti kerana Allah S.W.T :)


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...