Photobucket

Thursday, July 26, 2012

Kapal Bunga Alpinia Meletup di Labuan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:42 PM 18 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam Ramadhan Al-Mubarak [6 Ramadhan 1433H].

Nak cerita satu kisah iaitu:


"Boommmmm..."

Satu letupan kuat tiba² kedengaran kira jam 7 pagi semasa aku tgh handle murid² bacaan pagi. Pada waktu tue semua guru berada dlm bilik guru utk mesyuarat pagi & aku seorang di luar.

Tiada gegaran aku rasa tapi letupan yg sangat kuat saja didengari tapi guru² lain yg dlm bilik guru terasa bangunan bergegar.

Alhamdulillah murid² masih dlm keadaan terkawal, tiada yg berlari², tiada yg menjerit²

Pada masa yg sama sedikit demi sedikit ibu bapa datang utk mengambil anak mereka terutama yg bekerja di kawasan Asian Supply Base & Petronas Methanol Labuan krn mereka lebih tahu punca letupan yg berlaku.

Barulah otak ligat berfikir & teringat akan perbualan kami semasa makan sahur tadi. 

Ibu berkata:
Pagi tadi dlm jam 2 ada letupan besar. Kuat betul bunyinya

Aku:
Guruh kali mak, sekarang pun tengah hujan renyai²

Ibuku:
Iya kali

Rupa²nya inilah yg berlaku pada 2.30 pagi tadi & letupan yg berlaku jam 7 pagi ada letupan susulan.

Kapal meletup pada jam 2 pagi

Berita Harian

Selepas letupan itu, kepulan asap hitam dapat dilihat jelas di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha. Tempat kejadian lebih kurang 2km drpd tempat kami berada. 



Ya Allah, selamatkanlah kami.

Murid² yg diambil oleh ibu bapa mereka dibenarkan utk pulang pulang ke rumah mereka. Kelihatan juga penduduk kampung yg tinggal di sekitar Kg. Rancha-Rancha Laut mencari tempat selamat memandangkan mereka tinggal berhampiran dgn tempat kejadian. Pertama kali juga melihat jam di hadapan SKRR.

Maka tinggallah guru² di sekolah menunggu arahan drpd Jabatan Pelajaran Labuan utk pulang juga. Kami terpaksa memakai MASK memandangkan kualiti udara di Labuan tidak bersih.

Alhamdulilah syukur kpd Allah S.W.T kapal yg meletup & masih marak apinya telah berjaya ditarik ke tengah laut. Terima kasih kpd bomba yg bertugas termasuk pasukan beruniform yg lain atas hasil kerja yg memuaskan. 




Chemical Tanker Kapal MISC Bunga Alpinia 3 exploded at Jeti Petronas Methanol Labuan

Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri drpd warganegara Malaysia & Filipina. Seramai 24 anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 4 masih dilaporkan hilang & seorang telah pun ditemui & disahkan meninggal dunia.

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser 
Hilang: Muhammad Nazrin Khamasani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Hilang: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Hilang: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Hilang: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman

 Kpd keluarga mangsa² yg tidak dapat diselamatkan Al-Fatihah & salam takziah.

Kapal MISC Bunga Alpinia 3: Sebelum & Selepas

Musibah, ujian & bala bencana yg menimpa manusia itu kehendak Allah.

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yg kamu lakukan (dari perbuatan² yg salah & berdosa); & (dlm pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa² kamu. (As-Syura: 30)

✿ Bersangka baik dgn Allah. Sesungguhnya tujuan ALLAH berbuat  sesuatu itu bukanlah sesuatu yg membinasakan hamba, akan tetapi adalah utk menguji ketabahan serta kerelaan hati seseorang. 

✿ Di samping itu, juga tujuan ALLAH adalah utk mendengar permohonan seseorang dgn penuh rasa kerendahan diri kehadratNya.

Selamatkanlah kami Ya Allah

Wallahualam

P/s: Nak tahu cerita lanjut tengok kat FB Aduan Rakyat Labuan & FB Info Labuan

18 123 Bingkisan Sahabat:

Innalillah...

semoga negeri kelantan juga diberikan haknya kembali-royalti minyak daari Petronas. Ameen.

Yup, setakat ni ada seorang yang telah disahkan meninggal. Ya Allah...sedihnya...4 orang lagi masih giat dicari..

Khairul: insyaallah ameen.. xtau sgt tentang royalti minyak klntn nie..huhu

kapl xdpt dtrik kluar msih lgi dijeti...yg mmadamkn kbkaran bkn BOMBA tpi KREW KAPAL OFFSHORE PACIFIC HAWK< LEWEK PETREL n JAYA CONCORDIA...hrap maklum..^__^..

al fatihah buat sahabat ku pumpman zahari hashim

oh ye ke? xpernah lalu p0n tmpt tue..tgk dr sekolah sj..sy org yg padam2 api semuanya sy panggil bomba..hihi..anyways thanz 4 information =)

3 dah meninggal dunia...

innalillahiwainnailaihirojiun

27 Julai 2012, Labuan - Dua mayat ditemui oleh pasukan maritim, bomba dan penyelamat kelmarin di sekitar lokasi kejadian kapal MISC Bunga Alpina yang meletup Khamis lalu di jeti Petronas Methanol Labuan (PML).

Ketua Polis Labuan, Saiman Kasran kelmarin berkata kedua mayat itu ditemui terapung di laut dan kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.

“Mayat pertama ditemui pada jam 12.40 tengahari, manakala mayat yang kedua ditemui 17 minit kemudiannya. Kedua-dua mayat ditemui di kira-kira 30 meter dari jeti PML.

“Sementara itu, operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan oleh pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya kepada Utusan Borneo.

“Kedua-dua mayat berkenaan telah mengalami kebakaran yang serius namun telah dikenalpasti sebagai Hanafi Khalil, 24 dan Zahari Hassim, 46.

Ketika ditemui di hospital, salah seorang ayah kepada mangsa yang hilang, Khalil Abdullah yang berasal dari Melaka berkata anaknya iaitu Hanafi Khalil, 24, sudah bekerja dengan syarikat perkapalan itu sejak tiga tahun lalu.

“Anak saya dikenalpasti salah seorang dari mangsa yang hilang, tetapi saya masih lagi menunggu keputusan dari pihak hospital untuk mengenalpasti identiti anak saya itu,” katanya ketika menunggu keputusan bedah siasat di hospital.

Apabila dihubungi, pihak Petronas berkata kesemua anak kapal yang terselamat kini diletakkan di satu tempat khas, di mana mereka belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa termasuk pihak media.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal telah melawat kesemua anak kapal yang terselamat pada pagi kelmarin.
Anak-anak kapal terbabit dikatakan masih lagi dalam keadaan trauma akibat letupan yang menggegarkan sekitar bandar Labuan kerana lokasi kejadian terletak berhampiran dengan kawasan bandar.

Sebahagian dari dinding kaca dan siling bangunan di PML juga dilaporkan pecah akibat dari gegaran yang berpunca dari letupan kapal berkenaan.

28 Julai 2012, LABUAN - Mayat seorang lagi mangsa tragedi letupan dan kebakaran kapal milik MISC Berhad di jeti Terminal Loji Petronas Methanol ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, mayat itu ditemui terapung di perairan Kampung Nagalang, kira-kira 11.7 kilometer dari tempat kejadian. - UTUSAN

Terkini

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser
Hilang: Muhammad Nazrin Khamasani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Terkorban: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Terkorban: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Terkorban: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman

Assalam kak wana,
al-fatihah kpd Muhammad nazrin khamsani,arwah senior saya masa di sek menengah dulu,semoga rohnya dirahmati Allah..aminn..

assalam,kak wana
al-fatihah kpd muhammad nazrin khamsani,,arwah senoir saya masa sen menengah dulu,semoga rohnya dirahmati Allah..aminnn

wsalam...yeke...al-fatihah...

insyaAllah aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...