Photobucket

Saturday, July 14, 2012

Corat-coret Guru Ganti [Aku Ustazah]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:07 PM 8 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hai... Hai... Hai... 

Rindu tak cik Wana bercoleteh di blog Teratak Pendidik. Perasan betul anak Herman nie, macam ayah dia juga. [Kasihan ayahku]

Nie entri kedua [entri pertama di sini] cik Wana sebagai Guru Ganti. InsyaAllah kurang 2 minggu lagi maka cukuplah 6 bulan aku mengajar di SK Rancha-Rancha (SKRR), W.P. Labuan selepas habis belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hari nie pula genaplah 6 bulan, aku tamat belajar di UPSI & hanya 2 minggu saja tanam anggur di rumah. Alhamdulillah!


Tengok tajuk entri saja, aku sudah pasti pembaca blogku (kalau ada) dah tahu benda yg nak dikongsi.

Wana jadi ustazah? Biar betul kos Matematik & Kimia boleh jadi ustazah.

Wana pakai tudung begini sejak jadi ustazah ka?


Nielah antara soalan yg pernah diajukan kpdku. 

Senyum, itu saja yg mampuku lakukan.

Aku pun bagaikan tak percaya semasa dapat tawaran kerja sebagai Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) & apatah lagi perlu  mengajar subjek Pendidikan Agama Islam (PAI). Berani utk menerima sebab
Hanya perlu mengajar PAI sekolah rendah.
Takut Jabatan Pelajaran W.P. Labuan (JPWPL) cop saya demand nak jadi cikgu Math saja.


Kalau dulu masa praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB) Klang Selangor, aku hanya berpengalaman mengajar 13 masa seminggu (1 masa = 35 minit) tapi menjadi guru ganti nie 2 kali ganda aku mengajar iaitu 26 masa seminggu (1 masa = 30 minit).

24 masa diperuntukkan mengajar PAI & 2 masa diperuntukkan mengajar Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK). So murid² di SKRR lebih mengenali & memanggilku dgn nama "USTAZAH HERWANA". Wah, betapa keramat panggilan itu.


6 masa PAI tahun 6 Amanah (3 jam)
6 masa PAI tahun 4 Bestari (3 jam)
6 masa PAI tahun 2 Bestari (3 jam)
6 masa PAI tahun 1 Amanah (3 jam)
2 masa PJK tahun 4 Bestari (1 jam)
26 masa seminggu di SKRR (13 jam)

Allahurabbi, terlalu banyak perkara dipelajari sepanjang menjadi ustazah khasnya & guru ganti umumnya.

Perkara yg paling tak dapat nak sesuaikan diri ialah menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dlm tulisan jawi. Kalau dulu tulis RPH dlm English. Baca jawi insyaAllah aku boleh tapi menulis jawi banyak perkataan yg masih failed, yg mudah saja aku tahu.

Benda kedua yg baru aku tahu adalah rupa²nya PAI nie ada 3 bahagian iaitu Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah, Ibadat, Sirah, Adab & Akhlak) & Jawi.


Aku ingatkanlah perlu masuk seorang ke dlm kelas utk mengajar tapi rupa²nya 2 atau 3 orang sama ada ustaz/ustazah masuk kelas sekaligus utk mengajar terutamanya bahagian Al-Quran sebab ada tasmiq Al-Quran. Ada yg handle yg pandai baca Al-Quran, ada yg handle yg lemah baca Al-Quran. Wah, dulu tidak macam nie pun. 

Jadualku utk PAI sama mcm kak Farah, so semua masa agama kami sama. Kalau aku masuk kelas, kak Farah pun masuk kelas yg sama. Ustaz Hilmi masuk sama² dgn kami masa Al-Quran utk kelas 1 Amanah, 2 Bestari & 6 Amanah. Ustaz Maslan pula masuk sama² dgn kami masa Al-Quran utk 4 Bestari.

Mula² aku & kak Farah masuk bersama, lama kelamaan aku masuk seorang saja dlm kelas sebab kak Farah dah sarat mengandung. Sejak bulan 5 yg lalu, kak Farah bersalin. Tahniah kak!

Kalau masuk kelas dgn kak Farah mesti dapat ilmu baru. Bahagia. Tugasku hanya handle set induksi & semasa murid² buat latihan.

Kini aku handle kelas seorang diri saja. 

Banyak persoalan yg berada di minda,
Banyak tanda tanya & juga kata kerja,
Otak kata jangan hati pula kata ya,
Hidup tak menentu adakah ini ILMU.

Sepatutnya CINTA, saja tukar dgn ILMU. Maaf erk Najwa Latif.okaja*

Apabila aku mengajar tahun 1, 2 & 4, mereka menerima saja ilmu yg diberikan tanpa bantahan tapi mengajar tahun 6 maka banyaklah persoalan yg diutarakan oleh mereka.


Kadangkala aku sedih sebab persoalan yg diajukan sebenarnya banyak berkisar dgn kehidupan mereka. Contohnya:

Ustazah, bolehkah minum arak masa azan? Bapaku selalu minum. Dulu jarang², sekarang selalu.

Ustazah, aku nda tau pun lepas haid kena mandi wajib. Selalunya lepas haid habis aku sembahyang terus jak.

Ustazah, macam mana mau hilangkan dai rambut. Dulu bha mamaku pakaikan masa aku kecil?

Ya Allah, kasihan mereka. Tidak hairanlah ada yg masih merangkak² mengenal Huruf Hijayiah (ا hingga ي) malah tulisan jawi pun tidak boleh baca.

Ya ALLAH, ya tuhanku. Jadikan aku seorang pendidik yg lebih baik & benar boleh memahami anak muridku. Jadikan aku seorang yg sentiasa penyayang, tenang & sabar. Jadikan aku seorang yg jujur, baik hati, adil & tegas dlm melaksanakan amanahMU ini. Amin


Setakat nie saja perkongsian cik Wana. Yg baik jadikanlah tauladan, yg kurang baik jadikanlah sempadan. Hakikatnya kedua² datang dari Allah.


Wallahualam

8 123 Bingkisan Sahabat:

seronok tak jadi cikgu :) tp mak sy pun cikgu..dulu tengok mak balik petang mesti penat..

Alhamdulillah..
moga rasa seronok itu sampai bila2..
dgr crta cg2 yg dah b'keluarga mmg penat. apa taknya kat sek jaga ramai ank org =)

salam...sy nk tahu cmna awk aply kgsk..sy bminat untk mjadi guru ganti...tq

wsalam..ambil je borang kat ppd atau jpn..isi & tunggu kekosongan..tapi kgsk utamakan graduan yg ada ijazah pendidikan tp xposting lagi..kalo yg xda isi borang guru ganti sja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...