Photobucket

Sunday, July 8, 2012

Kisah Tentang si Dia

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:44 PM 2 comments



Simpan segala memori semalam. Hari ini lakar memori baru.

Siapa sangka? 
Dia yg tidak pernah berasa sempurna semalam, hari ini mampu mengecapi rasa itu. 

Siapa sangka? 
Dia yg jahil semalam, hari ini Allah beri petunjuk kepadanya utk melihat, utk sedar bahawa keindahan dunia yg dilihatnya selama ini hanyalah tipu daya semata².

Siapa sangka? 
Dia yg leka dgn angan² kosong semalam, kini sedar akan impian sebenar yg lebih bermakna.

Siapa sangka?
Dia yg berjiwa batu semalam, mampu menjadi hambaNya yg mudah menangis. Menangis mengenang dosa semalam, menangis krn telah lama leka dgn dunia. Menangis apabila menyedari betapa beratnya tanggungjawab yg harus digalas.


Di atas jalan tarbiyah, Allah hadirkan insan² yg sentiasa memberi tunjuk ajar, dorongan & semangat kpdnya. Insan² yg sentiasa menegur di saat dirinya terleka sejenak. Insan² yg sentiasa menguntumkan senyuman manis di kala diri merasai pahit kelatnya kehidupan. Insan² yg tidak pernah kisah akan kredit hp yg terbuang semata² hendak mengirimkan sms² tazkirah buat dirinya. Insan² yg tidak pernah putus mendoakan dirinya, walaupun dia tidak mengetahuinya. Segalanya krn ukhuwwah. Krn mereka menyayanginya krn Allah. Merekalah yg membuatkan dia lebih mengerti, bahawa hidup bukan sekadar hidup, tapi hidup adalah utk Yang Maha Esa.

Orang di sekelilingnya sentiasa melihat dirinya di sisi yg baik, sedangkan hanya dia yg tahu betapa tidak sempurna amalnya di hadapan Allah. Dlm dirinya, masih ada karat² jahiliah yg sukar utk dihilangkan. Andai aib itu terbuka, pasti tiada sesiapa yg akan memandangnya seperti pandangan hari ini. Sememangnya dia sedar, menghilangkan tatu dosa di hati itu lebih sakit berbanding menghilangkan tatu di kulit. Namun, di situlah perlunya jihad yg dipelajarinya ketika usrah lalu. Terus bermujahadah walaupun sakit krn hasilnya itu manis.



Kini, dia masih belajar. Belajar utk menerima & melepaskan. Belajar utk terus istiqamah di atas jalan. Jalan yg dia yakin akan menemukannya dgn Tuhan. Cukuplah dgn dosa semalam, cukuplah usia remaja yg telah dibazirkan, cukuplah mengejar dunia yg hina. 

Hari ini dia sedar, Allah telah membuka hijab dihatinya sehingga dia dapat melihat dunia dari sudut yg berbeza.

Alhamdulillah!!!

P/S: Mungkin Kisah Tentang si Dia mirip dgn kisahku. Mungkin Kisah Tentang si Dia mirip dgn kisahmu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...