Photobucket

Monday, July 23, 2012

Aku Mahu Tinggalkan Dunia dalam Sujudku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:30 AM 4 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Ramadhan Al-Mubarak [3 Ramadhan 1433H]


* * * * * * * * * * *
SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba² aku melihat seolah² ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan²kan lagi, lalu aku berteriak: 
Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!



Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil² ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf² lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.


Apabila aku mendongak ternampaklah istana² indah yg dikelilingi taman² pawana serta anak² sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana & taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu² istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah² patung bernyawa yg sangat jelita, sentiasa tersenyum & bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kpdku: 
Selamat datang wahai makhluk yg diciptakan syurga utknya,  & krn ayahanda kamu, kami diciptakan...

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yg dipenuhi istana² yg lebih indah drpd sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dlm setiap istana itu terdapat rumah² berisi pelbagai perhiasan indah yg belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga & tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana² ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa & ceria.

Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis & tebal. Juga terdapat selimut² drpd sutera dgn pelbagai warna & corak.

Di atas rak² kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat drpd emas & perak yg sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah²an serta air minuman yg lazat & enak tersedia utk dimakan.


Pemandangan di taman² pula sungguh memukau dgn aliran sungai yg warnanya lebih putih drpd susu, rasanya lebih manis drpd madu & baunya lebih semerbak drpd kasturi.

Aku yg kehairanan & takjub lantas bertanya:
Utk siapakah tempat² indah sebegini dicipta? Apa nama sungai² yg harum mewangi ini?

Malaikat² itu menjawab:
Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi & tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas utk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada & syiddiqun yg dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yg telah Allah janjikan kpd ayahandamu.

Aku bertanya lagi: 
Di mana ayahandaku?

Malaikat² menjawab: 
Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!

Tidak lama kemudian aku ternampak istana² yg sangat putih & permaidani yg tersangat indah. Tiba² aku sudah berada di atas permaidani yg terbentang di atas singgahsana. 


Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yg tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku & mencium dahiku berkali².


Ayahanda berkata: 
Selamat datang wahai puteriku!

Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya & berkata lagi:
Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yg telah dijanjikan Allah kpdmu & yg akan engkau perolehi?

Ayahanda menunjukkan istana² yg disaluti bermacam² hiasan yg indah menawan serta berkilau²an, saujana mata memandang. 

Ayahanda berkata: 
Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua² anakmu serta orang² yg mencintaimu & mencintai mereka. Bergembiralah, engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi...

Aku berkata: 
Kalau begitu senanglah hatiku & bertambah rindu pada ayahanda.



Selepas berjumpa beberapa ketika dgn ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil & terasa takut yg amat sangat. Aku masih teringat² bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. 


Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yg sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yg menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis & bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. 

Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini utk bersama ayahanda tercinta di akhirat yg kekal, aman & sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku & juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah utk membuat usungan seperti yg dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yg marah apabila melihat jenazahku.

Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda.

Tubuhku  terasa sangat lemah utk memijak. Tapi aku gagahi juga utk bersembahyang dua rakaat antara mimbar & makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dgn roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk & cium kedua²nya bertubi². Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu.

Selamat tinggal sayangku, puteraku & suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku & suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda & suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dlm bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku & membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yg ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yg sentiasa mengurus & merawatku.

Pada Asma aku berpesan, 
Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali & aku akan menjawab panggilanmu. Tapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil² nama wanita itu tapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dlm sujudnya

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

* * * * * * * * * * *

Aku dlm cerita di atas ialah Saidatina Fatimah az-Zahra r.a, anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah s.a.w drpd pernikahan dgn Ummu Mukminin Khadijah binti KhawailidSaidatina Fatimah az-Zahra r.a meninggal dunia dlm usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah saw wafat & jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah



Hari ini dlm sejarah Ramadan.

Tahukah kita?

3 Ramadhan 11H 

Pada hari ini (3 Ramadhan 1433H) merupakan hari pemergian  Saidatina Fatimah az-Zahra r.a



Saidatina Fatimah az-Zahra r.a lahir 5 tahun sebelum baginda Rasulullah s.a.w diangkat sebagai Rasul. 

Saidatina Fatimah az-Zahra r.a dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kpd bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2H. Drpd pernikahan yg penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain, Zainab, Ummi Kultsum & Muhsin yg meninggal di saat kecil.

Semoga Allah meredhai amalan mereka & mengganjari kita dgn kebaikan mereka. (Sumber: Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy & Qosim Abdullah. Cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir)


:)Masih adakah wanita solehah seperti Saidatina Fatimah az-Zahra r.a  di zaman moden ini? 


:)Ayuh jadikan bulan Ramadhan yg Mulia nie utk membentuk diri menjadi Wanita Solehah.




"..Ya Allah Ya Rabbi aku belum solehah tapi aku mahu jadi solehah... Ayuh sahabat kita berusaha ke arah itu... Haiya bina.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...