Photobucket

Saturday, July 7, 2012

Petua CANTIK, SIHAT & MENARIK

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:12 PM 8 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Wah, sudah seminggu cik Wana tak mencoret sesuatu kat blog Teratak Pendidik ni. Sibuk menjalani kehidupan seharian sebagai seorang guru menyebabkan cik Wana tiada masa utk duduk di depan laptop. 


Rasanya cik Wana dah cerita sedikit demi sedikit penyebab masa itu tiada. Cuba tengok SINI.


Fikir punya fikir cik Wana macam nak beli kereta sendiri saja. Cuma pulusnya tiada. okaja*


Berbalik kpd TAJUK yg gempak di atas, cik Wana nak share beberapa petua yg mungkin kalian boleh cuba. Semua berasaskan bahan² yg mudah didapati. 


Sebenarnya perkataan PETUA tu salah, kena guna perkataan PEMUDA. Baru betul. Pemuda CANTIK, SIHAT & MENARIK. Hihi


 Sakit Kepala
Jika asyik sakit kepala, cuba petua ini iaitu apabila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur². Cara ini sesuai utk cegah dari serangan sakit kepala. Pastu, waktu nak mandi tu siramlah bahagian kaki dahulu sebelum kepala. InsyaAllah nanti berkuranglah MR. SAKIT KEPALA.


  Membersihkan Perut
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas sama ada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yg dibuat jus diminum segelas pagi & petang. Amalkan, insyaAllah perut akan rasa lega, tidak meragam & proses pelaburan juga akan mudah & teratur. Tapi bagi yg mengandung jangan buat petua ni, cik Wana tak mahu jadi penyebab keguguran kalian.


  Mulut Harum
Hebat betul ciptaan Allah nie. Selain digunakan dlm masakan, kayu manis boleh menjauhkan MR. MULUT BERBAU BUSUK drpd kita. Jika bau mulut kurang menyenangkan caranya patahkan sedikit kulit kayu manis & hisap rasa kelat kayu manis itu. 




 Sakit Tekak
Apabila MR. SAKIT TEKAK pasti membuat hidup tak menentu.  Caranya nak buat hidup kembali menentu, minumlah air nasi atau air didih nasi yg sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak. 


 Hilangkan Kesan Campak di Muka 
Kesan campak di muka pasti memalukan terutamanya bagi wanita. Wanita mesti ingin kelihatan cantik di hadapan orang yg sepatutnya. Caranya dgn memarut jagung muda & gosokkan pada tempat yg berkenaan. Buat beberapa hari. InsyaAllah ia akan hilang.

 Hilangkan Bau Badan
Bagi menghilangkan bau badan, gunakanlah air rebusan inai ketika mandi & gosok daunnya pada badan. Target yg penting di bawah ketiak utk beberapa minit & bersihkan dengan air. InsyaAllah  nanti keyakinan diri meningkat & tiadalah masalah utk bergaul dgn sahabat handai.

 Tegang Kulit
Muda² dah muka kendur. Itulah, cik Wana ajar selalu senyum tak mahu dengar. Nah, tengok tue sekarang baru menyesal. Oppsss.. Sebenarnya bagi mengatasi masalah ini, bahan²nya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka & biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dgn air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

 Jerawat
Jerawat tidak akan ada dgn mengamalkan cara² ini. InsyaAllah. Bersihkan dahulu muka dgn air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yg dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering & bersihkan. Amalkan semasa nak tidur & bersihkan apabila bangun tidur. Selamat tinggal MR. JERAWAT.





Macam mana? 
Menarik tak petua cik Wana? 



Kehidupan keluarga cik Wana penuh dgn petua yg dikongsi oleh ibu & adik-beradik lain. Kalau seorang mencuba satu petua semua akan cuba. Itulah KAMI.


Cuma nak ingatkan, janganlah bergantung semata² dgn petua ini saja. Tapi letaklah KEBERGANTUNGAN yg TINGGI pada ALLAH. InsyaAllah, Allah saja yg mempermudahkan segala urusan itu berlaku.



Bacalah Selawat Syifa semasa membuat petua di atas. Kalau tak reti Selawat yg lain pun boleh juga. 

Sesungguhnya Allah & para malaikatNya bersalawat (memuji & berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang² yg beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dgn penghormatan.[Surah Al-Ahzab: Ayat 56]


Selamat mencuba.

Wallahualam.

8 123 Bingkisan Sahabat:

hihi..takpa..mn tau terlintas tiba2 nak cuba boleh bt =)

Kak wana banyak masa eh..asyik update blog je..hehe

Hehe..selamat mnyambut ramadhan..semoga kita tak sia-siakan bulan rahmat nie..:)

InsyaAllah.. Ramadhan Kareem...Allahu akram..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...