Sunday, September 16, 2012

Muslimah Solehah Harapan & Impianku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:09 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Wanita solehah hatinya terikat dgn Allah,
Si gadis dihiasi sifat sopan & malu,
Si anak mentaati ibu bapa,
Srikandi dihiasi keberanian & ketegasan,
Si daie penuh kesopanan serta prihatin terhadap masyarakat,
Si isteri penuh ketaatan, kesetiaan & kasih terhadap suami. 

Semuanya berteraskan rasa cinta kpd Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yg berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini krn pastinya hidup akan terarah ke syurga. 

Syurga dunia yg disegerakan & syurga hakiki yg kekal abadi.

Sebaliknya, 
Jika hati dibawa jauh dari Allah,
Hilanglah kejernihan wajah & jadilah dia duri yg menjadi punca kemelut serta kacau bilau.


Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, 
Maka terbukalah segala pintu yg akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan,
Hilanglah redup wajah yg menjadi dambaan & yg terserlah ialah kecantikan palsu yg menanti utk dieksploitasi oleh manusia buas yg menjadi hamba nafsu.

Tapi jangan gusar duhai hati,
Allah itu Maha Pengampun,
Allah itu Maha Pengasih,
Allah itu Maha Mendengar,
Mohonlah keampunan dariNya,
Pintalah hidayah dariNya,
Bersujudlah menghadapNya


Firman Allah Ta'ala: 
Sesiapa yg mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yg menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk & sesiapa yg datang kepadaKu dlm keadaan berjalan maka Aku akan kpdnya dlm keadaan bersegera.


Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud: 
Sesiapa yg banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya drpd setiap kesusahan jalan penyelasaian, drpd setiap kesempitan jalan keluar & akan diberikan rezeki dgn cara yg tidak diketahui.

P/s: Masih terlalu jauh perjalanan utk mencari redha Allah. Duhai hati, istiqamahlah sayang


Terima kasih buat sahabat yg selalu singgah blog cik Wana.

Terima kasih buat sahabat yg selalu menyebut nama cik Wana dlm doanya.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...