Photobucket

Saturday, September 22, 2012

Corat Coret PRK: Sabotaj Memang Hobi Mereka

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 4:59 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


"Jasad di program kawasan, jiwa di kampus"


Berita Panas!!! Berita Panas!!! Berita Panas!!!

Tak panas sangat dah sebab UPSIKINI & Kami Sokong Mahasiswa Pendidik dah mention pun kat wall masing².

Tapi nak cerita gak yg 6 mahasiswa dinafikan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang penamaan calon MPP sedangkan perkara tersebut dikatakan tidak termasuk dlm syarat pemilihan. 

Apalah gunanya bagi Buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris kalau sendiri pun tak baca peraturan tue.

2 kali aku khatam baca Buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris [bukan riak tapi nak bagitau je] semasa bertanding Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2010/2011 & menjadi pengurus calon bagi Nadia Shazwani semasa dia bertanding Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sesi 2011/2012.

Dlm buku tue tertera perkataan  Calon dikehendaki menulis manifesto pada borang penamaan calon di ruang yg disediakan JIKA ADA. [cuba rujuk buku peraturan]




Antara borang yg tiada manifesto pada borang tapi semasa rapat umum mereka bentangkan manifesto mereka.

Mungkin kelainan utk tahun ini pihak Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar telah menggugurkan perkataan JIKA ADA pada borang pencalonan tapi dlm Buku Peraturan masih ada. Perbetulkan aku jika salah.

Aku faham perasaan orang yg dibantah borangnya. Sedih, kecewa, terkilan, bersalah & lain² bersarang dijiwanya.

Aku juga pernah mengalaminya pada PRK 2010 yg lalu apabila borangku dibantah krn kesalahan kecil apabila tulisanku yg besar gedabak nie keluar dari ruangan yg disediakan. 

Pelikkan ASPIRASI nie? Sanggup mengeluarkan duit RM100 utk buat bantahan.

RM100?

U all tak tahu ke? Satu bantahan bernilai RM100 & calon yg bertanding di kerusi yg sama sahaja boleh membuat bantahan.

Pada masa tue, aku nangis je terus. Rasa down & macam² lagi. Alhamdulillah bantahan ditolak sebab kesalahan TEKNIKAL. 

Utk kali ini (2012) ASPIRASI membelanjakan RM600 utk membuat bantahan pada borang penamaan calon Mahasiswa Pendidik. Tahniah!!! Banyak duit ^____^

Ah, dunia ini takkan adil andaikata pemimpinnya tidak adil. Allah saja yg MAHA ADIL. Moga yg terbaik itu ditunjukkan oleh Allah.



InsyaAllah semua akan dibentangkan oleh Allah di MahkamahNya kelak kalau tak diselesaikan di dunia yg fana ini. Berhati²lah bagi yg bersyubahat.

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...